Toshiba: Pemacu cakera keras Siri 18TB MG09 (Foto: Business Wire)
Reka bentuk dan inovasi kedap helium 9-cakera generasi ketiga di dalam rakaman berbantukan tenaga membantu pelanggan mencapai tahap baharu bagi ketumpatan storan dan kecekapan kuasa
TOKYO, 18 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (Toshiba) mengumumkan HDD 18TB[1] Siri MG09, model HDD pertama Toshiba dengan rakaman magnetik yang berbantukan tenaga. Siri MG09 itu menampilkan reka bentuk kedap helium 9-cakera generasi ketiga dan Kawalan Fluks Toshiba yang berinovatif – teknologi Rakaman Magnetik Berbantukan Gelombang Mikro (FC-MAMR), untuk meningkatkan ketumpatan Rakaman Magnetik Konvensional (CMR) kepada 2TB bagi setiap cakera, bagi mencapai jumlah keseluruhan kapasiti 18TB.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210217006068/en/
Sampel penghantaran bagi HDD Siri 18TB MG09 kepada pelanggan dijangka dimulakan secara berurutan pada akhir Mac 2021.
Dengan 12.5% lebih kapasiti berbanding dengan model 16TB sebelum ini, pemacu 18TB MG09 CMR adalah serasi dengan rangkaian aplikasi dan sistem pengendalian yang paling luas. MG09 itu disesuaikan dengan beban kerja baca dan tulis secara rawak campuran dan berurutan dalam kedua-dua kes penggunaan berskala awan dan pusat data tradisional. MG09 itu menampilkan prestasi 7,200 putaran per minit atau rpm, satu penilaian[2] beban kerja 550TB setahun, dan satu pilihan bagi antara muka SATA dan SAS — kesemuanya di dalam satu faktor bentuk 3.5-inci[3], standard industri kedap helium yang cekap berkuasa.
Siri MG09 itu menggambarkan dengan lebih jauh komitmen Toshiba untuk memajukan reka bentuk HDD bagi memenuhi keperluan yang berkembang bagi peranti storan di pelayan berskala awan dan infrastruktur storan Objek dan Fail. Dengan kecekapan kuasa dan kapasiti 18TB yang dipertingkatkan, Siri MG09 itu membantu infrastruktur berskala awan memajukan ketumpatan storan untuk mengurangkan perbelanjaan modal dan meningkatkan TCO (jumlah kos bagi pemilikan). Ketika pertumbuhan data berterusan pada satu kadar yang sangat pantas, 18TB MG09 termaju dengan teknologi FC-MAMR akan membantu penyedia perkhidmatan berskala awan dan pereka penyelesaian storan mencapai ketumpatan storan yang lebih tinggi untuk storan awan, awan hibrid dan rak berskala di premis.
“Siri 18TB MG09 Toshiba yang baharu menyampaikan tahap baharu bagi ketumpatan storan dan kecekapan kuasa kepada pelanggan kami yang berskala awan dan penyelesaian storan yang mengutamakan penjimatan kos. Teknologi HDD kami berupaya untuk mencapai objektif TCO kritikal pelanggan kami pada satu kos yang lebih murah bagi setiap GB,” kata Shuji Takaoka, Pengurus Besar bagi Bahagian Penjualan & Pemasaran Produk Storan di Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation. “Reka bentuk kedap helium 9-cakera generasi ketiga kami menyediakan satu asas yang telah diuji di lapangan untuk mencapai satu kapasiti 18TB yang besar. Penambahan teknologi FC-MAMR Toshiba yang berinovatif meningkatkan kapasiti CMR kepada 18TB, dengan menyampaikan keserasian dengan rangkaian aplikasi dan persekitaran pengendalian yang paling luas.”
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/storage/product/data-center-enterprise/cloud-scale-capacity/articles/mg09-series.html
Untuk maklumat lanjut mengenai barisan lengkap bagi produk storan HDD Toshiba, https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html.
[1] Definisi bagi kapasiti: Satu terabait (TB) = satu trilion bait, tetapi kapasiti storan yang tersedia sebenarnya mungkin berbeza-beza bergantung kepada persekitaran pengendalian dan pemformatan. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, penetapan, perisian dan sistem pengendalian dan/atau aplikasi perisian pra-pemasangan, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang telah diformat mungkin berbeza-beza.
[2] Beban kerja adalah satu ukuran bagi daya pemprosesan data dalam satu tahun, dan ia didefinisikan sebagai jumlah data yang ditulis, dibaca atau disahkan oleh arahan dari sistem hos.
[3] “3.5 inci” bermaksud faktor bentuk bagi HDD. Ia tidak menunjukkan saiz fizikal bagi sesuatu pemacu.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah terkini dan diyakini tepat pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210217006068/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Motohiro Ajioka
Bahagian Perancangan Perniagaan
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-3576
e-mel: semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
No comments:
Post a Comment