Saturday, February 27, 2021

VAULT MICRO: CAMERAFI LIVE, SEBUAH APLIKASI PENSTRIMAN LANGSUNG ANDROID, MELANCARKAN CIRI-CIRI PENSTRIMAN MENEGAK DSLR UNTUK E-DAGANG SECARA LANGSUNG




SEOUL, Korea Selatan, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Vault Micro, pembangun bagi aplikasi penstriman langsung CameraFi Live, telah mengumumkan bahawa aplikasi tersebut telah mengeluarkan kemas kini yang menghubungkan DSLR dalam mod potret bagi penstriman e-dagang secara langsung yang berkualiti tinggi. Ini membolehkan pengguna CameraFi Live untuk menggunakan DSLR atau kamkorder mereka untuk menyiarkan video berkualiti profesional bagi membeli-belah langsung secara menegak.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210225005057/en/
 
Pandemik COVID-19 telah mengubah kehidupan kita, termasuk cara kita berbelanja. Oleh kerana akses yang terhad kepada kedai fizikal, orang beralih kepada membeli-belah dalam talian. Pengguna mula menonton video penjualan penstriman langsung untuk mengalami interaksi tepat masa seperti yang biasa mereka lakukan di kedai-kedai tempatan. Apabila trend itu meningkat secara mendadak, peruncit mula mencari penyelesaian penstriman langsung profesional untuk memastikan pelanggan berminat dan menjual lebih banyak produk. Bagaimanapun, pembekal kecil-kecilan tidak dapat dengan mudah menyewa sebuah studio dan membeli peralatan penstriman yang berkualiti tinggi.

Memandangkan kebanyakan video membeli-belah langsung adalah menegak, dan permintaan peruncit untuk penstriman berkualiti tinggi meningkat, CameraFi Live telah dikemas kini untuk menyokong penyiaran menegak DSLR. Tidak seperti telefon pintar, kamera DSLR menggunakan sensor imej besar yang menghasilkan di dalam resolusi dan kejelasan yang lebih baik. Lebih-lebih lagi, DSLR menyokong zum masuk atau keluar dan fokus tajam untuk menunjukkan produk itu secara terperinci. DSLR tersedia dalam pelbagai jarak dan fokus agar penjual dapat menjawab permintaan pelanggan secara fleksibel.

CameraFi Live adalah sebuah aplikasi penstriman langsung untuk pengguna Android yang menyediakan satu cara mudah bagi menjual produk melalui penstriman langsung dengan video seperti profesional di pelbagai platform media sosial seperti Facebook, YouTube, dan Instagram. Aplikasi itu menghasilkan kira-kira 30,000 siaran langsung setiap hari dari pelbagai tempat di seluruh dunia, terutama di negara-negara Thailand, Indonesia, dan Amerika Selatan. CameraFi Live juga menyediakan kesan membeli-belah tepat masa kepada maklumat produk seperti nama barangan, harga, acara diskaun, dan butiran lain yang relevan semasa bersiaran. Berkat kepada fungsi-fungsi tersebut, ia telah dinilai sebagai satu daripada peralatan perdagangan langsung yang paling berguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Vault Micro  Seongil Kim berkata, “Penstriman langsung adalah satu cara terbaik untuk membantu pelanggan memahami produk itu dengan lebih baik dan mendapatkan kesetiaan mereka yang dapat menghasilkan kepada lebih banyak jualan. Saya berharap CameraFi Live dapat membantu pengguna menjual produk mereka secara dalam talian dan menghubungkannya dengan pelanggan dalam talian melalui penyiaran tepat masa.” Beliau juga menekankan bahawa beliau merancang untuk terus bekerjasama dengan platform e-dagang langsung agar pengguna bukan profesional dapat memulakan penstriman langsung tanpa menghadapi masalah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14295

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...