Monday, February 22, 2021

EXONE MENAMBAHKAN ABC CORPORATION SEBAGAI RAKAN JUALAN PENCETAK 3D DI KOREA SELATAN

 ABC Corporation komited untuk membantu memodenkan operasi faundri dan memperluaskan teknologi lestari di dalam industri tuangan logam.


NORTH HUNTINGDON, Pa., 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The ExOne Company (Nasdaq: XONE), peneraju dunia di dalam pencetak 3D pasir dan logam perindustrian dengan menggunakan teknologi pengikat jet, hari ini mengumumkan bahawa ABC Corporation kini adalah sebuah rakan saluran yang sah untuk menjual penyelesaian perindustrian ExOne di Korea Selatan.

“Ada begitu banyak kemungkinan dalam mewujudkan teras pasir dan acuan untuk penuangan yang kompleks sehinggakan kami sangat teruja untuk mengalu-alukan ABC Corporation ke dalam rangkaian pengedaran kami,” kata Ben Leung, Naib Presiden ExOne, Asia. “Pengalaman faundri ABC akan membantu ExOne menjangkau pasaran tempatan untuk berkongsi banyak faedah bagi menggabungkan jet pengikat pasir ke dalam model perniagaan mereka.”

“Dengan menjalin kerjasama dengan ExOne, ABC Corporation amat gembira untuk mempunyai peluang bagi memperkenalkan teknologi canggih itu ke dalam proses faundri tradisional. Kami menjangka perniagaan pencetakan 3D ExOne dapat memenuhi keperluan pelanggan kami untuk melaksanakan dengan jayanya penuangan moden yang memerlukan geometri yang sangat kompleks dan nipis,” kata Encik JH Lee, Timbalan Pengurus Besar ABC Corporation.

Proses pencetakan 3D jet pengikat ExOne yang dipatenkan mengubah bahan serbuk — logam, pasir atau seramik — menjadi bahagian ketepatan yang sangat padat dan berfungsi atau perkakas pada kelajuan tinggi. Sebuah kepala cetak industri secara selektif memasukkan sebuah pengikat ke dalam lapisan partikel serbuk yang membentuk satu bahagian padat satu lapisan nipis pada sesuatu masa, sama seperti mencetak pada kepingan kertas. Pencetakan 3D pasir dapat membantu mengurangkan masa pusing balik dari minggu dan bulan kepada beberapa hari sahaja. Teknologi itu dilihat sebagai satu kaedah pengeluaran yang meningkatkan kelestarian bagi penuangan dengan tahap kitar semula bahan yang tinggi, sisa yang rendah, sekerap yang dikurangkan melalui kualiti acuan yang dipertingkatkan, dan keupayaan untuk menyatukan dan bahagian-bahagian yang ringan.

“Syarikat-syarikat automotif dan pembekal tingkat satu mereka adalah komited untuk melakukan inovasi penuangan bagi kenderaan elektrik dengan matlamat untuk membangunkan reka bentuk ringan dan berdinding tipis yang tahan lama untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar. Oleh kerana tempoh pembangunan yang terhad untuk model baharu, lelaran yang pantas dan tepat adalah sangat penting, dan di sinilah kami berpendapat ExOne sesuai dengan keperluan industri itu. Sebagai peneraju dunia di dalam teknologi jet pengikat, pengalaman ExOne yang lama dan kemajuan teknologi terkini mereka akan membantu pelanggan kami mendapatkan kelebihan di dalam persaingan yang akan datang,” kata Lee.

ExOne telah melayakkan lebih dari 20 bahan logam, seramik, dan komposit untuk proses jet pengikat mereka. Pelbagai bahan pasir, termasuk penuangan pasir silika dan Cerabeads®, dipadankan dengan kombinasi pengikat yang berbeza, termasuk pengikat tak organik, untuk kedua-dua proses penuangan pasir ferus dan bukan ferus.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14275

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...