Tuesday, February 23, 2021

77 UNIT RUMAH PKNS TERJUAL DALAM 14 HARI

 KOTA PUTERI, 24 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya menjual secara dalam talian sehingga 77 unit rumah sepanjang pra pelancaran bermula 1 Februari lalu walaupun seluruh negara masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Projek yang dikenali sebagai Puteri Soraya merupakan rumah teres dua (2) tingkat berkeluasan dari 1,642 kps yang merangkumi empat bilik tidur dan tiga bilik air sesuai untuk didiami oleh seisi keluarga.

Pelancaran projek Puteri Soraya akan berlangsung secara atas talian bermula 27 Februari ini dan bakal pelanggan hanya perlu membuat panggilan ke talian PKNS X Line iaitu 03 5022 0188, melayari laman web di alamat www.pkns-property.com atau facebook PKNS Property untuk mendapatkan butiran lanjut berkaitan projek tersebut.

Terletak di lokasi yang strategik, Puteri Soraya dihubungkan melalui dua jalan utama iaitu Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya LATAR selain turut dikelilingi oleh pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, universiti dan balai polis.

Projek Puteri Soraya yang terdiri daripada 176 unit rumah dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir 2021 dan akan dijual dengan harga serendah RM388,888 seunit. PKNS turut menawarkan diskaun sepuluh peratus (10%) di samping yuran guaman SPA dan duti setem MOT percuma untuk semua pembeli.

Puteri Soraya yang terletak di mukim Rawang, Gombak ini sesuai bagi mereka yang mengimpikan kawasan perumahan yang damai dikelilingi pemandangan alam hijau dengan suasana persekitaran yang tenang. Puteri Soraya adalah kediaman ideal bagi meraih pulangan pelaburan berganda dengan faktor lokasi strategik di koridor pembangunan dan kejiranan matang.

Sesi pelancaran ini boleh diakses menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi, PKNS Property, bermula 27 Februari sehingga 28 Februari 2021.

 Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.
 

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...