Tuesday, February 23, 2021

POPBOX ASIA SERVICES MENINGKATKAN PROSES PENGHANTARAN MEREKA DENGAN VONAGE

 SINGAPURA, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Vonage (Nasdaq: VG), sebuah pemimpin dunia di dalam komunikasi awan yang membantu perniagaan mempercepatkan transformasi digital mereka, telah dipilih oleh PopBox Asia Services, sebuah penyedia perkhidmatan lokar bungkusan berautomatik, untuk meningkatkan proses penghantaran ke destinasi terakhir di Indonesia. Pelanggan PopBox Asia termasuk syarikat-syarikat e-dagang seperti Lazada, Zalora, Herbalife, Blibli, jenama-jenama FMCG seperti Coca-Cola, Indofood, dan syarikat kurier seperti Pos Malaysia dan Ninja Express, GDEx dan banyak lagi.


Dengan menggunakan API Mesej  Vonage -- disatukan secara langsung dengan penyelesaian Perniagaan WhatsApp -- PopBox Asia Services berkomunikasi dengan pelanggan di aplikasi mudah alih utama di Indonesia, dengan memaklumkan kepada mereka mengenai pengiriman pakej. Sekiranya penghantaran mesej tidak berjaya melalui saluran ini, API Penghantaran Vonage akan mengirim mesej itu melalui saluran alternatif, seperti SMS. Peralihan syarikat itu dari pemberitahuan SMS kepada WhatsApp adalah sangat penting kerana ia berfungsi untuk memenuhi permintaan yang meningkat dalam penghantaran bungkusan semasa pandemik itu.

“Kami melihat satu peningkatan di dalam pengiriman bungkusan terutama semasa waktu pandemik ini. Ini telah mempercepatkan keperluan bagi PopBox Asia untuk lebih berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan kami melalui cara yang cepat dan boleh dipercayai. Kadar penghantaran pesanan SMS yang tidak boleh dipercayai di Indonesia menimbulkan satu cabaran bagi kami,” kata Greta Bunawan, Ketua Pegawai Operasi di PopBox Asia.

“API Mesej dan Penghantaran Vonage, yang tertanam di dalam sistem kami, mengatasi halangan bagi pesanan yang tidak dihantar. Sejak berhijrah ke WhatsApp, kami telah melihat kadar kejayaan penghantaran mesej melebihi 86 peratus. Sehingga kini, kami telah melayan beratus ribu pengguna melalui WhatsApp, dengan membantu kami mengurangkan kos SMS yang meningkat, mengurangkan bilangan interaksi pusat hubungan dan akhirnya, meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan. Dengan kejayaan pelaksanaan ini, kami yakin dapat melancarkan pemberitahuan WhatsApp bagi pengguna di Malaysia juga.”

Pandemik Covid-19 itu telah menyebabkan perniagaan e-dagang untuk muncul sebagai perkhidmatan penting. Platform e-dagang di Indonesia telah mengalami satu peningkatan di dalam volum penjualan.¹ Walaupun sebahagian besar perniagaan mengalami penurunan, satu tinjauan oleh syarikat perundingan pengurusan Redseer menunjukkan bahawa trajektori pertumbuhan e-dagang Indonesia akan kekal positif dengan jangkaan pertumbuhan 50 peratus tahun ke tahun, untuk mencapai AS$ 35 bilion pada tahun ini. ²

Menurut Kumpulan iPrice, trafik beli-belah dalam talian di rantau itu meningkat sehingga 60 peratus pada April dan Mei, yang menyebabkan satu peningkatan di dalam volum bungkusan di kebanyakan pasaran³ ASEAN. Langkah-langkah sekatan pergerakan semasa pandemik itu bermaksud pengirim beroperasi pada waktu yang lebih pendek dan penghantaran mengambil masa yang lebih lama. Lokar bungkusan menjadi satu penyelesaian langsung, yang membolehkan perkhidmatan penghantaran yang lebih cepat dan fleksibel dan pada masa yang sama meminimumkan hubungan langsung di antara kakitangan dan pelanggan.

PopBox Asia adalah pengendali lokar pintar pertama di Indonesia. Syarikat itu menguruskan purata hampir 100,000 penghantaran bulanan kepada lokar pintar mereka, yang terdapat di lebih 350 lokasi merentasi Indonesia dan Malaysia.

“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh perniagaan di rantau kami untuk berkomunikasi dengan lancar dengan pelanggan mereka,” kata Sunny Rao, Naib Presiden Kanan Vonage, Penjualan Global API. “Kami berbangga bahawa Vonage dapat membantu PopBox Asia mewujudkan satu pengalaman pelanggan yang lebih kaya dan menarik melalui pesanan berbilang saluran yang mudah dan boleh dipercayai, dan pada masa yang sama memenuhi peningkatan permintaan di dalam pengiriman bungkusan di tengah-tengah pandemik itu.”

Dengan satu rangkaian yang terus berkembang bagi lebih satu juta pemaju berdaftar, Platform Komunikasi Vonage memudahkan bagi perniagaan untuk menggunakan API bagi mengganggu industri mereka, dan membolehkan jenis kesinambungan perniagaan, kerja jarak jauh, dan penyampaian perkhidmatan jarak jauh yang begitu penting di dalam persekitaran masa kini. Melalui rakan mereka, platform Vonage berada di tengah-tengah bagi banyak projek transformasi ketara di wilayah APAC, dan satu de facto untuk syarikat permulaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Vonage, sila layari www.vonage.com.

###

Maklumat mengenai Vonage

Vonage (Nasdaq: VG), sebuah pemimpin komunikasi awan global, membantu perniagaan mempercepatkan transformasi digital mereka. Platform Komunikasi Vonage boleh diprogramkan sepenuhnya dan membolehkan integrasi bagi Video, Suara, Sembang, Mesej dan Pengesahan ke dalam produk, aliran kerja dan sistem yang sedia ada. Aplikasi pusat hubungan dan komunikasi disatukan Vonage yang boleh diprogramkan sepenuhnya dibina dari platform Vonage dan membolehkan syarikat-syarikat untuk mengubah cara mereka berkomunikasi dan beroperasi dari pejabat atau di mana sahaja, dengan memberikan kelenturan dan memastikan kesinambungan perniagaan.

Vonage Holdings Corp. beribu pejabat di New Jersey, dan mempunyai pejabat di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia. Untuk mengikuti Vonage di Twitter, sila layari  twitter.com/vonage. Untuk menjadi peminat di Facebook, sila ke  facebook.com/vonage. Untuk melanggan di YouTube, sila layari youtube.com/vonage.

Maklumat mengenai PopBox Asia Services

Menerokai lokar pintar untuk logistik, PopBox Asia adalah sebuah penyedia lokar pintar kurier-agnostik untuk membolehkan penghantaran yang cekap dan pengalaman logistik yang lancar. Dengan hampir 400 rangkaian lokar, PopBox membolehkan kurier untuk menghantar bungkusan dengan lebih cekap, mengurangkan salah penghantaran, dan kelenturan dan kemudahan kepada pengguna bagi mengambil bungkusan 24/7. PopBox bekerjasama dengan kompleks kediaman untuk menyediakan perkhidmatan bilik mel elektronik dan menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pengurusan bangunan dalam menguruskan bungkusan mereka.

Untuk mengikuti kemas kini dan berita mengenai PopBox Asia, sila layari www.popbox.asia  dan ikuti IG kami @popbox_asia

¹https://oxfordbusinessgroup.com/news/e-commerce-provides-economic-boost-indonesia-shoppers-migrate-online-during-covid-19-pandemic
²https://www.thejakartapost.com/news/2020/05/20/covid-19-helps-create-new-normal-in-online-shopping-survey.html
³https://www.businesstoday.com.my/2020/10/06/iprice-group-reports-health-supplements-face-masks-and-canned-goods-among-most-sought-after-on-e-commerce-websites/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210223005605/en/

Hubungi

Hubungan Media Vonage
Elise Leonard
+1 732-837-3801
elise.leonard@vonage.com

Hubungan Pelabur Vonage
Hunter Blankenbaker
+1 732-444-4926
hunter.blankenbaker@vonage.com

Sumber : Vonage

No comments:

Post a Comment

FALCON 2: TECHNOLOGY INNOVATION INSTITUTE UAE MELANCARKAN SIRI MODEL AI BAHARU, YANG BERPRESTASI LEBIH BAIK DARIPADA LLAMA 3 BAHARU META

•  Siri Falcon 2 melancarkan Model AI yang bersifat Sumber Terbuka, Berbilang bahasa dan  Berbilang modal – dan merupakan satu-satunya Model...