Sunday, February 21, 2021

SIMPOSIUM DALAM TALIAN OLEH JETRO - MASYARAKAT MASA DEPAN SELEPAS PANDEMIK, JANGKAAN UNTUK EKSPO 2025, DAN POTENSI BAGI WILAYAH OSAKA KANSAI

 


Table

(Grafik: Business Wire)


OSAKA, Jepun, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) dan Persatuan Jepun untuk Pameran Dunia 2025 akan mengadakan satu simposium “Masyarakat Masa Depan selepas Pandemik, Jangkaan untuk EKSPO 2025, dan Potensi bagi Wilayah Osaka Kansai” secara dalam talian pada 3 Mac, 2021.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210219005225/en/

Di samping kepada perubahan iklim, isu-isu alam sekitar dan perbezaan ekonomi, pandemik COVID-19 baru-baru ini telah menjadi satu cabaran global yang menonjol. Dalam simposium ini, peserta akan membincangkan cara bagaimana EKSPO 2025 Osaka Kansai boleh menyumbang kepada penyelesaian isu-isu ini.

Dalam bahagian pertama, simposium itu akan mengkaji semula peranan dan kepentingan bagi EKSPO 2025 Osaka Kansai di samping kepada ramalan untuk masa depan selepas pandemik COVID-19 itu. Bahagian kedua akan memberi tumpuan kepada fungsi ekosistem dan inovasi bagi wilayah Kansai itu.

RINGKASAN ACARA
Tarikh: Rabu, 3 Mac, 2021, 14:00-16:30 (JST)
Tempat: Dalam talian (penstriman langsung Zoom)
Bahasa: Jepun, Inggeris (Penterjemahan serentak)
Penganjur: Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO), Persatuan Jepun untuk Pameran Dunia 2025
Penganjur Bersama: Biro Ekonomi, Perdagangan dan Industri Kansai
Pendaftaran: Dari laman web (https://www.jetro.go.jp/en/events/20210303.html)
 
Agenda:
[Ucapan Perasmian]
Hiroyuki Ishige, Setiausaha Agung, Persatuan Jepun untuk Pameran Dunia 2025
Nobuhiko Sasaki, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, JETRO
[Ucapan Dasar]
“Masa depan yang tidak dapat diketahui tetapi tidak dapat dielakkan – kerjasama adalah penyelesaiannya”
Richard Baldwin, Profesor bagi Ekonomi Antarabangsa, Graduate Institute, Geneva
“Masyarakat Masa Depan dan EKSPO 2025 Osaka Kansai”
Hiroshi Ishiguro, Profesor di Universiti Osaka dan Makmal Robotik Cerdas ATR dan Komunikasi
[Pembentangan & Perbincangan Panel]
Pembentangan 1: “Inovasi dan Matlamat Pembangunan Lestari”
Jonas Svensson, Ketua bagi Inovasi dan Teknologi Global, UNOPS
Pembentangan 2: “Satu Model Makmal Hidup untuk Mencipta Bersama Inovasi Lestari”
Matt van Leeuwen, Ketua Pegawai Inovasi, kumpulan SUNWAY
Perbincangan Panel: “Sebagai sebuah Platform Inovasi Terbuka, bagaimana cara Wilayah Kansai Bekerjasama dengan Masyarakat Global dan Menyumbang kepada Pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari”
Ahli panel:
-Yasuo Kitaoka, Penolong Eksekutif kepada Pengarah, Biro Pembentukan Bersama, Universiti Osaka
Pengarah, Bahagian Inovasi
-Yoshimasa Sakai, Ketua Pengarah bagi Biro Strategi Perhubungan Awam, Persatuan Jepun untuk Pameran Dunia 2025
-Jonas Svensson, Ketua bagi Inovasi dan Teknologi Global, UNOPS
-Chikara Takagishi, Pengurus Besar Kanan bagi Bahagian Pengurusan Bandar, Hankyu Hanshin Properties Corp.
-Shogoro Fujiki, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Biome Inc.
[Ucapan Penutupan]
Takeshi Yonemura, Ketua Pengarah, Biro bagi Perdagangan Ekonomi dan Industri Kansai
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210219005225/en/

Hubungi

JETRO Osaka
Toyokazu Fukuyama
E-mel: osc@jetro.go.jp
Tel: +81-6-4705-8604 (9:00-17:00 pada Isnin hingga Jumaat kecuali cuti kebangsaan Jepun)

Sumber : JETRO Osaka

No comments:

Post a Comment

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

  Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa ...