Thursday, February 11, 2021

Pacific Prime Memperolehi Brokeraj Kumpulan CXA Untuk Menjadi Broker Faedah Pekerja Ke-3 Terbesar Di Singapura Dan Hong Kong

SINGAPURA, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brokeraj insurans global Pacific Prime telah mengukuhkan kehadiran mereka di Asia Pasifik dengan memperoleh cabang brokeraj Hong Kong dan Singapura bagi Kumpulan CXA, sebuah syarikat teknologi insurans atau insurtech yang telah keluar daripada sektor ini untuk memberi tumpuan kepada perniagaan SaaS perusahaan yang berasaskan awan. Perjanjian bagi pemerolehan itu telah diadakan pada 4 Februari, 2021.

Perniagaan insurtech CXA disokong oleh HSBC, Singtel Innov8, cabang pelaburan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura EDBI dan B Capital Group, firma usaha niaga bagi pengasas bersama Facebook Eduardo Saverin.

Pemerolehan bagi cabang brokeraj Kumpulan CXA di Hong Kong dan Singapura adalah satu kejayaan, oleh kerana Pacific Prime berusaha untuk terus berkembang di rantau Asia Pasifik dan di peringkat global. Pemerolehan itu memberikan Pacific Prime dengan teknologi untuk menawarkan penyelesaian kelenturan sepenuhnya dan kelenturan dipermudahkan kepada semua pelanggan mereka di seluruh dunia.

Neil Raymond, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pacific Prime, menyambut baik langkah ini: “Kumpulan CXA mempunyai kepakaran yang dapat kami manfaatkan, terutamanya dalam menggunakan teknologi untuk mengubah landskap faedah pekerja. Saya percaya ini menjadikan kami sebagai broker faedah pekerja ketiga terbesar di Singapura dan Hong Kong setelah penggabungan Aon-WTW dan Mercer-JLT. Pemerolehan ini mendorong kami ke arah objektif jangka panjang kami untuk menjadi pakar faedah pekerja global yang terkemuka.”

Rosaline Chow Koo, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan CXA, berkata: “Kami yakin dapat meninggalkan cabang brokeraj Hong Kong dan Singapura kami dengan Pacific Prime, kerana kami berkongsi komitmen yang sama untuk didorong oleh teknologi.”



No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...