Wednesday, February 3, 2021

SPOTIFY DILANCARKAN DI KOREA SELATAN

Perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dilancarkan di tempat kelahiran K-Pop

SEOUL, Korea Selatan, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT) hari ini melancarkan perkhidmatan mereka di Korea Selatan, dengan memberikan akses kepada pendengar Korea dengan lebih daripada 60 juta trek dan lebih 4 bilion senarai main dari seluruh dunia. Sebagai perkhidmatan langganan penstriman audio yang paling popular di dunia, Spotify menawarkan sebuah antara muka yang sangat mudah, sebuah kerangka teknologi berinovatif, penemuan muzik baharu pada setiap hari dan cadangan algoritma yang diperibadikan kepada cita rasa muzik setiap pendengar. Pelancaran ini membawa jumlah pasaran Spotify kepada 93.

Sebagai pasaran muzik keenam terbesar di dunia*, Korea Selatan adalah satu langkah kritikal yang seterusnya di dalam perjalanan pengembangan global Spotify. Korea Selatan bukan sahaja merupakan antara pasaran yang paling inklusif secara digital di dunia, tetapi ia juga diakui secara meluas sebagai sebuah pusat kebudayaan dan muzik, sebahagiannya disebabkan oleh fenomena K-Pop di peringkat global. Sejak Spotify melancarkan senarai main K-Pop mereka yang pertama pada tahun 2014, bahagian pendengaran K-Pop di platform itu telah meningkat lebih 2,000%. Dengan pelancaran ini, Spotify merancang untuk mempercepatkan pertumbuhan bagi keseluruhan ekosistem penstriman muzik Korea, yang memberi manfaat kepada pencipta, label, pengedar dan peminat.

“Kami selalu ingin berada di tempat di mana pendengar dan artis berada, dan Korea kaya dengan kedua-duanya,” kata Alex Norström, Ketua Pegawai Perniagaan Freemium bagi Spotify. “Pelancaran ini memberikan satu peluang besar bagi kami untuk tidak hanya memajukan misi kami bagi membawa kandungan baharu dan berkualiti kepada lebih banyak audiens, tetapi juga membantu artis Korea tempatan memanfaatkan 320 juta pendengar Spotify di seluruh dunia. Kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang bagi artis Korea merentasi semua genre untuk ditemui oleh pendengar di seluruh dunia.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14217 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...