Tuesday, February 16, 2021

SPOTIFY MENGUMUMKAN PENAMBAHAN KEPADA LEMBAGA PENGARAH

Mona Sutphen (Foto: Business Wire)

NEW YORK, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Spotify (NYSE: SPOT) hari ini
mengumumkan bahawa Mona Sutphen akan menyertai Lembaga Pengarah Spotify pada April 2021, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham. Cik Sutphen adalah seorang penasihat ekuiti persendirian dan juga seorang pengasas bersama/penasihat bagi beberapa syarikat permulaan teknologi, dan merupakan seorang pegawai kanan Rumah Putih semasa Pentadbiran Obama.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210216005146/en/

“Mona telah membina sebuah kerjaya di kedua-dua sektor swasta dan awam dengan menasihati pemimpin berhubung dasar domestik Amerika Syarikat dan antarabangsa, teknologi, ekonomi makro dan perdagangan, dan hak asasi manusia...dan itu baharu sebahagian kecil daripada yang sebenarnya,” kata Daniel Ek, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi bagi Lembaga Pengarah Spotify. “Mona akan membawa satu perspektif baharu dan sangat berharga kepada Lembaga itu ketika kami memberi tumpuan kepada memacukan strategi kami ke hadapan pada masa perubahan luar biasa ini di seluruh dunia.”

SPOTIFY MENGUMUMKAN PENAMBAHAN KEPADA LEMBAGA PENGARAH

No comments:

Post a Comment

MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025

“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...