• Memperkenalkan kerjasama baharu dengan SkyNRG, pelopor dan peneraju dunia bagi bahan api penerbangan yang mampan
• Kejayaan rancangan kemampanan semasa VistaJet telah menyaksikan 80% Ahli menyertai rancangan untuk mengurangkan jejak karbon
• Pengoptimuman yang diterajui teknologi, mengurangkan penggunaan bahan api secara purata sebanyak 8% setiap penerbangan sejak bulan Januari 2020
LONDON, 2 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan perniagaan global, hari ini telah mengumumkan perkembangan yang dibuat tentang ikrarnya untuk Kemampanan dalam Penerbangan. yang dilancarkan pada bulan Januari 2020 untuk mengurangkan jejak karbonnya dengan cepat dan bermakna, serta untuk meneroka semua cara untuk mencapai tahap kemampanan yang lebih tinggi. Syarikat ini juga mengumumkan kerjasama peneraju pasaran dengan SkyNRG, iaitu pelopor dan peneraju untuk bahan api penerbangan mampan (SAF).
Industri SAF telah membuat kemajuan sejak penubuhannya, namun ketersediaan bahan api mampan untuk kapal terbang jet masih terhad disebabkan faktor kewangan, teknikal dan kawal selia. Dengan perjalanan udara yang bertumpukan di sekitar hab dan 20 buah lapangan terbang paling sibuk di dunia, mengendalikan hampir satu perlima semua lalu lintas penumpang di udara, maka ini sepatutnya memudahkan penggunaan sumber tenaga baharu sepenuhnya oleh para pengendali*. Walau bagaimanapun, selepas sedekad pengenalan dibuat, hanya beberapa hab di seluruh dunia yang mempunyai biobahan api jet dan ini hanya membentuk kurang daripada 0.1% jumlah penggunaan bahan api penerbangan.
Sebagai langkah penting untuk meningkatkan lagi kemampanan, VistaJet telah menandatangani kerjasama baharu dengan SkyNRG, lantas menawarkan akses bahan api penerbangan mampan kepada semua pelanggan VistaJet di seluruh dunia. Langkah ini akan menggalakkan pengurangan yang banyak dari segi pengeluaran karbon penerbangan dan meningkatkan permintaan dan ketersediaan yang stabil di seluruh dunia. Perkongsian dengan SkyNRG akan menawarkan pelanggan VistaJet penyelesaian yang paling mampan, menjimatkan kos dan boleh skala untuk menyahkarbon penerbangan mereka dan pada masa yang sama, mengembangkan penggunaan ini di seluruh industri.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13818
No comments:
Post a Comment