Pemodal teroka dan usahawan Vab Goel menubuhkan firma itu untuk membantu syarikat permulaan meningkat dengan pantas dari konsep kepada relevansi global
Lima pelaburan pertama sedang memacukan masa depan perusahaan dan kesihatan digital
PALO ALTO, Calif., 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTTVC hari ini secara terbuka mengumumkan dana $500 juta mereka untuk membantu syarikat permulaan mencapai skala global yang pesat dengan memanfaatkan kuasa perkongsian. Firma modal teroka persendirian itu telah diasaskan oleh usahawan dan pelabur Vab Goel dalam kerjasama dengan penyedia perkhidmatan teknologi global NTT. Firma itu juga mengumumkan pelaburan dalam lima syarikat permulaan yang menyampaikan inovasi yang memberi kesan untuk perniagaan dan pengguna: Celona, Eko, nference, Shoreline dan UDP Labs.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201026005262/en/
NTTVC melabur secara meluas merentasi semua peringkat dan sektor, dengan satu penekanan kepada masa depan perusahaan, kesihatan digital dan inovasi yang dijanakan oleh AI, pembelajaran mesin dan data. Dengan menggabungkan perhubungan mendalam bagi pasukan pelaburan mereka dengan jangkauan NTT, firma itu menawarkan akses kepada satu rangkaian pakar industri yang teguh, pelanggan, usahawan, pemimpin perniagaan, penyepadu sistem dan penyedia perkhidmatan yang dapat membantu syarikat permulaan membuat keputusan yang lebih baik, dan lebih cepat.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13905
No comments:
Post a Comment