Dinamik pasaran mencipta titik infleksi untuk potensi pertumbuhan pendapatan awan peribadi operator
BRIDGEWATER, N.J., 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) dan Arthur D. Little mendedahkan analisis baharu yang memperincikan jumlah pasaran yang tersedia untuk perkhidmatan awan peribadi akan mencecah $8.9 bilion menjelang 2025 di Amerika Syarikat sahaja. Tiga pemacu utama aliran ini ialah pertumbuhan dalam keperluan penjanaan data mudah alih dan storan, pertumbuhan rata dalam tawaran percuma oleh pemain pasaran semasa, dan perkembangan berterusan dalam keupayaan penyelesaian awan peribadi. Analisis menunjukkan bahawa jika strategi yang betul digunakan, peluang awan peribadi global yang tersedia untuk operator adalah bernilai antara $15-$25 bilion.
Perkhidmatan awan peribadi menyediakan storan data pengguna – foto, video, dokumen dan banyak lagi – yang boleh diakses daripada mana-mana peranti. Operator telekom hari ini hanya memiliki 1% daripada pangkalan pengguna awan peribadi A.S., memberi mereka peluang pertumbuhan yang amat besar. Dengan telefon pintar sebagai tempat utama individu menjana dan menyimpan kandungan peribadi, operator berada di barisan hadapan tatkala pasaran ini berubah dan berkembang.
“Di Amerika Syarikat sahaja, jumlah pasaran yang tersedia untuk perkhidmatan awan peribadi akan mencecah $8.9 bilion menjelang 2025. Memandangkan pengguna sudah menghargai dan mempercayai operator dengan data peribadi mereka, penambahan pemilikan pangkalan pengguna awan peribadi ialah peluang pendapatan tambahan terbesar yang tersedia kepada operator hari ini,” kata Jeff Miller, Presiden Interim dan CEO Synchronoss Technologies. “Pelanggan dengan perkhidmatan awan yang disediakan operator ialah empat kali lebih cenderung untuk menggunakan pelan berbayar berbanding pelanggan dengan awan yang disediakan platform. Jelas sekali, dinamik pasaran memihak secara aktif operator memanfaatkan potensi pertumbuhan ini. Saya percaya operator boleh dan akan merebut peluang ini.”
Peluang awan peribadi global bernilai $15-$25 bilion yang tersedia untuk operator dipacu oleh tiga faktor utama:
· Penjanaan data: Semakin banyak data pengguna dijanakan oleh dan disimpan pada telefon pintar. Trafik data global yang dijanakan melalui telefon pintar dijangka akan berkembang pada CAGR sebanyak 31% hingga tahun 2025.
· Penggunaan awan sehingga pengewangan awan: Awan peribadi kini digunakan secara meluas, kebanyakannya dipacu oleh pilihan ekosistem (penggunaan iOS, G-Suite, dll.) dan bukannya pilihan aktif. Pengguna mengutamakan harga, tahap storan dan saling kendalian. Keselamatan, privasi dan pemilikan data ialah aliran utama yang ketara apabila pengguna mencari hab storan utama yang operator bersedia untuk berikan. Operator bukan sahaja berpeluang menyokong perkakasan, mereka juga boleh menjadi pusat sehenti untuk semua keperluan peranti dan data kandungan.
· Keperluan storan: Apabila pengguna melebihi elaun storan awan peribadi percuma, mereka perlu beralih kepada model awan peribadi berbayar. Operator berada pada kedudukan yang baik untuk mengalihkan pelanggan kepada pelan awan berbayar tetapi mereka mestilah memenuhi jangkaan untuk pengalaman pelanggan yang baharu dan dipertingkat.
Sean McDevitt, Rakan kongsi di Arthur D. Little, menambahkan bahawa awan peribadi mewakili peluang pendapatan yang ketara untuk operator telekom dalam masa lima tahun akan datang. “Cara kita berkomunikasi, hidup, menghiburkan, belajar, kekal sihat dan bekerja sedang berubah dan mengukuhkan peluang ini. Penjanaan data akan terus meningkat dengan mendadak, tawaran storan awan ‘percuma’ adalah penuh atau hampir penuh, dan pengguna perlu membuat keputusan tentang individu yang mereka percayai untuk melindungi data peribadi dan aset mereka. Dengan strategi yang betul, operator telekom boleh melaksanakan langkah yang berani untuk pasaran awan peribadi.”
Miller menyimpulkan: “Operator telekom perlu melaksanakan strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk menawan pasaran awan peribadi. Dalam jangka masa pendek, ini bermakna meningkatkan kebolehlihatan dan keupayaan saling kendalian aplikasi awan peribadi dan meletakkan awan sebagai ‘aplikasi hab’ untuk meningkatkan kadar percubaan dan langganan. Tempoh yang lebih panjang, falsafah awan diutamakan yang memacu pengguna untuk menggunakan awan peribadi yang disediakan operator bagi pelbagai aplikasi adalah penting. Menangkap foto melalui aplikasi, bermain permainan melalui aplikasi, dan aktiviti lain yang serupa akan memacu penggunaan aplikasi tinggi dan memberi pengguna sesuatu yang lebih bernilai daripada sekadar untuk storan. Baru-baru ini, kita telah mendengar banyak perbincangan tentang pemilikan pengguna dan cara operator kehilangan kawalan. Strategi awan yang betul akan membolehkan operator akhirnya dapat merebut sebahagian daripada pasaran awan peribadi yang besar ini, dan mewujudkan pendapatan berbilion dolar.”
Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.
Maklumat Hubungan
Media
Anais Merlin
CCgroup (Antarabangsa)
T: +44 20 3824 9219
E: synchronoss@ccgrouppr.com
Diane Rose
CCgroup (Amerika Utara)
T: +1 727.238.7567
E: diane@ccgrouppr.com
Pelabur
Todd Kehrli/Joo-Hun Kim
MKR Investor Relations, Inc.
investor@synchronoss.com
SUMBER: Synchronoss Technologies, Inc.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment