Tuesday, October 13, 2020

LEDDARTECH MENGUMUMKAN PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN FLEX UNTUK PEMBANGUNAN PENYELESAIAN LIDAR HADAPAN AUTOMOTIF

QUEBEC CITY, 13 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD tahap 1-5, berasa sukacita untuk mengumumkan perjanjian projek kerjasama dengan Flex (NASDAQ: FLEX) untuk pembangunan kit penilaian LiDAR dan tawaran perkhidmatan berkaitan untuk reka bentuk, pembangunan, dan pengeluaran penderia LiDAR automotif. Flex ialah syarikat pengeluar, rantaian bekalan, dan teknologi global utama. Perkongsian kerjasama antara LeddarTech dengan Flex menggabungkan teknologi penderiaan LeddarTech dengan kepakaran dan perkhidmatan reka bentuk Penyelesaian Automotif Flex untuk menyampaikan penderia LiDAR automotif dioptimumkan kepada pelanggan.

LeddarTech mengalu-alukan Flex sebagai ahli kepada Leddar™ Ecosystem pasukan peneraju teknologi dan industrinya. Kerjasama menggabungkan kefleksibelan dan kebolehskalaan platform penderia dan ekosistem LeddarTech dengan kepakaran reka bentuk dan pengeluaran penderia LiDAR Flex yang diperibadikan untuk keperluan pelanggan dan penggunaan. Platform LeddarTech juga merangkumi pergabungan penderia dan perisian persepsi, yang menyokong kerjasama ini secara lebih lanjut dengan mendayakan pelanggan untuk mencapai prestasi dan kos sistem ADAS & AD optimum berserta kamera, RADAR, dan penderia LiDAR yang dibekalkan Flex.

Secara keseluruhannya, kerjasama ini memberikan laluan yang berdaya maju kepada pengerahan volum untuk sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) dan pemanduan berautonomi (AD).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13855

No comments:

Post a Comment

MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025

“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...