Wednesday, October 21, 2020

APLIKASI MUDAH ALIH SUMBER MANUSIA SWINGVY MEMBANTU PKS MENANGANI JURANG PENGLIBATAN DI DALAM TENAGA KERJA JARAK JAUH

Pengurusan Sumber Manusia dengan ciri-ciri tuntutan cuti dan perbelanjaan membantu untuk meningkatkan produktiviti melalui aplikasi mudah alih Swingvy; menghubungkan pasukan-pasukan terpencil dalam sebuah dunia pekerjaan yang terus berkembang.

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, platform Sumber Manusia Swingvy yang disokong oleh Samsung, mengumumkan ketersediaan aplikasi mudah alih Sumber Manusia baharu mereka yang termasuk hab Sumber Manusia, pengurusan cuti dan tuntutan perbelanjaan di dalam Platform Operasi Orang Swingvy semua dalam satu.

Sejak Mac, pandemik COVID-19 telah mencabar setiap aspek tenaga kerja, memaksa banyak majikan untuk mengubah dan mengamalkan bekerja secara jarak jauh. Dalam keadaan ini, telekerja, penglibatan pekerja dan komunikasi tenaga kerja secara semula jadi menjadi lebih mencabar bagi perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS). Deloitte meramalkan bahawa sehingga 47.8 juta orang merentasi 6 negara ASEAN akan beralih kepada bekerja secara jarak jauh dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Dari negara-negara tersebut, Singapura (45%) dan Malaysia (26%) mempunyai potensi tenaga kerja jarak jauh yang terbesar disebabkan oleh industri perkhidmatan mereka yang dominan.

Untuk menyokong PKS yang berkembang dan keperluan mereka untuk menguruskan tenaga kerja jarak jauh dengan lebih baik — Swingvy memperluaskan peranti Sumber Manusia mereka dengan satu aplikasi mudah alih untuk menyelaraskan proses operasi dan meningkatkan aliran kerja bagi pengurusan orang, dan pada masa yang sama mendorong penglibatan pekerja di dalam sebuah organisasi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13875

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...