Thursday, October 29, 2020

​BAHAGIAN MARIN STARR MELANCARKAN PROGRAM KAWALAN KERUGIAN SISTEM PENGURUSAN TERMINAL

NEW YORK, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Marine, satu bahagian dari Starr Insurance Companies, telah memperkenalkan satu Program Penilaian Sistem Pengurusan Terminal (TMS) yang komprehensif, yang direka untuk membantu pelanggan Starr mengenal pasti dan mengurangkan risiko yang unik kepada operasi terminal marin dari segenap saiz.


Program TMS itu, yang dibangunkan bersama dengan pakar-pakar industri, adalah satu peranti proprietari yang direka untuk mengukur operasi terminal terhadap amalan terbaik industri. Dengan menggunakan juruukur marin bebas, Pasukan Perkhidmatan Kawalan Kerugian Marin Starr bekerjasama dengan pihak pengurusan terminal untuk melakukan penilaian dan kajian semula secara menyeluruh di lokasi berhubung prosedur operasi, penyelenggaraan dan keselamatan.

Penilaian itu menyediakan kepada pelanggan dengan satu skor penanda aras dan cadangan terperinci untuk meningkatkan inisiatif pengurusan risiko dan pelan kawalan kerugian bagi operasi mereka.

“Usaha kami untuk membangunan peranti TMS itu wujud sebelum kerugian pelabuhan yang berprofil tinggi baru-baru ini,” kata Matthew Davis, naib presiden kanan dan ketua bagi Starr Marine. “Peristiwa seperti ini, bagaimanapun, merupakan satu peringatan mengapa pendekatan kawalan kerugian Starr menjadi penting mengenai bagaimana kita bekerja dengan pelanggan -- untuk mencegah kerugian sebelum ia berlaku.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13912

No comments:

Post a Comment

Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya

Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...