Thursday, October 22, 2020

PULSE SECURE MENCATATKAN PERTUMBUHAN PERNIAGAAN CEMERLANG DAN PENGEMBANGAN RAKAN NIAGA DI RANTAU ASIA PASIFIK JEPUN

Peningkatan mendadak dalam permintaan untuk mobiliti tenaga kerja, Sifar Kepercayaan dan penyelesaian akses selamat mendorong pengembangan perniagaan serantau dalam jangkauan dan skala.


SINGAPURA, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, penyedia utama penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan pertumbuhan perniagaan dan rakan niaga yang cemerlang di seluruh rantau Asia Pasifik Jepun (APJ), bagi separuh pertama tahun 2020. Permintaan yang kukuh bagi Sifar Kepercayaan dan penyelesaian akses jauh Pulse Secure menghasilkan peningkatan lebih daripada 18 kali dalam langganan keseluruhan, dan lebih daripada 260 peratus pertumbuhan dalam pendapatan perniagaan baharu, tahun ke tahun.

Mencatatkan lima suku pertumbuhan berturut-turut sejak tahun 2019, Pulse Secure telah meraih sokongan yang luar biasa daripada pelanggan baharu dan sedia ada di rantau APJ. Sementara perusahaan memajukan mobiliti tenaga kerja dan pendigitalan perniagaan dengan memanfaatkan pengkomputeran awan, utiliti dan IT hibrid, pengguna memerlukan akses yang selamat dan terjamin kepada aplikasi awan dan di premis daripada mana-mana peranti, di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa.

Selain itu, ancaman siber, pencerobohan data dan kewajipan pematuhan telah menyebabkan pengesahan dan kawalan suaian menjadi kritikal untuk akses wajar, yang mendorong organisasi beralih kepada penyelesaian yang akan membantu untuk meringkaskan pengurusan akses terjamin dengan keterlihatan hujung ke hujung, kaya analisis, peruntukan automatik dan tindak balas terhadap ancaman yang maju.

Berikutan krisis kesihatan COVID-19, Pulse Secure melancarkan programnya iaitu Pulse Cares untuk membantu pelanggan menyokong inisiatif bekerja dari rumah (WFH) dan kesinambungan perniagaan melalui jualan dan tindak balas perkhidmatan yang dipercepat. Syarikat ini bekerja dengan lebih daripada 1,500 pelanggan di seluruh dunia yang memerlukan lesen langganan sementara serta-merta dan panduan pengerahan untuk mengembangkan kapasiti akses jauh selamat mereka dengan cepat semasa perolehan mereka.

Bagi menangani pertumbuhan perniagaan yang eksponen di APJ, Pulse Secure telah memperluas jejaknya di seluruh rantau tersebut dengan pembukaan pejabat baru di China, Korea dan Australia untuk melengkapkan kehadiran langsung sedia ada di Singapura, India dan Jepun. Jumlah bilangan kakitangan di rantau ini telah meningkat lebih daripada 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pelanggan serantau kami tahu kepentingan kesinambungan dan produktiviti perniagaan sambil kekal dilindungi dan patuh dalam dunia digital, dan telah mengamanahkan Pulse Secure untuk menyediakan penyelesaian terbaik untuk pilihan tempat kerja jauh dan fleksibel kepada mereka, dan untuk mempercepat aliran kerja pengguna kepada aplikasi berasaskan awan,” kata Joe Signorelli, Naib Presiden untuk APJ di Pulse Secure. “Kami komited untuk melayani pelanggan dan rakan niaga kami sementara mereka memanfaatkan pengkomputeran mudah alih dan awan melalui pelaburan dan pengembangan berterusan kami bagi jangkauan dan skala perniagaan serantau kami.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13884

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...