Friday, October 30, 2020

TOSHIBA MELANCARKAN NISBAH PENOLAKAN-RIAK TINGGI, PENGATUR LDO BUNYI RENDAH DENGAN PENSTABILAN TALIAN KUASA YANG DITINGKATKAN

 



Table

Toshiba: Siri TCR3RM bagi 32 pengatur LDO yang membawa penstabilan kuasa yang ditingkatkan kepada talian kuasa DC bagi peranti mudah alih (Foto: Business Wire)


TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “Siri TCR3RM” bagi 32 pengatur LDO yang membawa penstabilan kuasa yang ditingkatkan kepada talian kuasa DC untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan peranti boleh pakai. Penghantaran bagi produk pertama di dalam siri ini bermula hari ini, dan yang lain akan menyusul.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201029005516/en/

Siri TCR3RM yang baharu itu menggabungkan satu jurang jalur litar dengan sebuah turas laluan rendah yang membolehkan laluan hanya untuk frekuensi yang sangat rendah, dan amplifier pengendalian berkelajuan tinggi dengan bunyi rendah, untuk merealisasikan satu nisbah[2] penolakan-riak tinggi yang terkemuka di dalam industri[1] dan voltan bunyi output yang rendah.

32 produk dalam barisan itu mempunyai arus output maksimum 300mA dan voltan output di antara 0.9V dan 4.5V. Pelanggan boleh memilih voltan output mengikut penggunaan.

Pakej itu adalah sebuah pakej DFN4C yang kompak, hanya 1mm x 1mm, sesuai untuk penggunaan kamera, penggunaan audio, dan untuk litar RF bagi talian bekalan kuasa di dalam peranti mudah alih yang memerlukan pemasangan berkepadatan tinggi, seperti telefon pintar dan peranti boleh pakai.

Pada pengatur LDO yang biasa, apabila frekuensi bunyi pada voltan input melebihi 1kHz, nisbah penolakan riak turun kira-kira 20dB bagi setiap 10 kali peningkatan dalam frekuensi. Untuk bunyi yang melebihi 100kHz, ia turun kira-kira 40dB bagi setiap 10 kali peningkatan. Akibatnya, pengatur LDO itu mungkin tidak berupaya untuk menghilangkan bunyi yang melebihi 100kHz yang dihasilkan oleh litar penukar DC-DC atau litar yang serupa.

Produk baharu itu menawarkan satu nisbah penolakan riak yang mencukupi dan ciri-ciri voltan bunyi output, walaupun pada frekuensi bunyi 100kHz atau lebih tinggi. Ini menyumbang kepada penstabilan bagi talian bekalan kuasa, termasuk ketepatan voltan output yang tinggi.

Penggunaan

Peranti mudah alih
  • Telefon pintar
  • Peranti boleh pakai
  • Sistem audio
  • Litar RF, dll
Ciri-ciri
  • Nisbah penolakan riak tinggi :
    R.R.=100dB (jenis) @f=1kHz, VOUT=2.8V
    R.R.=68dB (jenis) @f=100kHz, VOUT=2.8V
  • Voltan bunyi output rendah : VNO=5μVrms (jenis) @10Hz≤f≤100kHz
  • Arus tidak aktif rendah : IB(ON)=7μA (jenis) @IOUT=0mA
  • Pakej DFN4C nipis dan kompakt : 1.0×1.0mm, t=0.38mm (jenis)
Spesifikasi Utama

Table


Nota:
[1] Di antara pengatur LDO dengan satu output maksimum 300 mA, tinjauan Toshiba pada 28 Oktober, 2020.
[2] Nisbah penolakan riak (R.R.: Nisbah penolakan Riak) adalah sama dengan kadar penolakan bekalan kuasa (PSRR: Nisbah Penolakan Bekalan Kuasa) yang ditunjukkan pada produk pengeluar lain.
[3] 32 produk. Jumlah itu menunjukkan voltan output menjadi "xx".
[4] Kecuali kawalan arus tarik ke bawah (ICT)

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
Siri TCR3RM
https://toshiba.semicon-storage.com/list/index.php?f%5B%5D=9%7CTCR3RM&p=&h=&sort=3,
asc&code=param_610®ion=apc&lang=en&cc=&scroll_x=0&scroll_y=0


Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pengatur LDO Toshiba.
Pengatur Ciciran Rendah (Pengatur LDO)
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/
semiconductor/product/power-management-ics/low-dropout-regulators-ldo-regulators.html


Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talilan, sila layari:
TCR3RMxxA
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/
semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TCR3RM.html


Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam siaran media ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah terkini dan diyakini adalah tepat pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20201029005516/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...