NEW YORK & TOKYO, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The We Company (“WeWork” atau “Syarikat” itu) dan SoftBank Group Corp. (“SoftBank”) hari ini mengumumkan bahawa WeWork telah menerima $1.5 bilion dalam pembiayaan, yang merupakan satu pencepatan bagi tanggungjawab pembayaran sedia ada, yang diluluskan oleh pemegang saham WeWork pada $11.60 bagi setiap saham. Sehubungan dengan penyiapan bagi pembiayaan $1.5 bilion itu dari SoftBank, beberapa perubahan tadbir urus dikuatkuasakan hari ini, termasuk penyusunan semula Lembaga Pengarah WeWork.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, pembayaran $1.5 bilion dan perubahan tadbir urus adalah sebahagian daripada satu perjanjian dengan WeWork yang kini telah diluluskan oleh pemegang saham WeWork, di mana SoftBank akan memberikan pembiayaan yang signifikan kepada Syarikat itu. Pakej pembiayaan itu termasuk $5 bilion dalan pembiayaan hutang baharu.
“$1.5 bilion dalam pembiayaan yang diterima oleh WeWork hari ini daripada SoftBank menempatkan Syarikat itu untuk masa hadapan dan menegaskan keyakinan Softbank terhadap perniagaan itu,” kata Marcelo Claure, Pengerusi Eksekutif bagi Lembaga Pengarah WeWork. “WeWork sedang mengetuai inovasi bagi industri yang bernilai berbilang trilion dolar, dan pakej pembiayaan ini membolehkan syarikat itu untuk mempercepatkan laluan ke arah keuntungan dan membebaskan penjanaan aliran tunai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan, seluruh pasukan WeWork, ahli-ahli kami, tuan-tuan tanah dan komuniti di seluruh dunia di atas sokongan dan dedikasi mereka yang berterusan.”
Claure berkata, “Pelaburan berkeyakinan tinggi oleh Softbank datang dengan sokongan operasi serta tadbir urus yang lebih baik. Dengan jumlah kerusi kami yang diperluaskan di Lembaga Pengarah kami menjangka untuk melantik dua pengarah tambahan di masa terdekat.”
Selaras dengan perjanjian yang diumumkan sebelum ini dengan WeWork dan penyiapan bagi komitmen pembayaran $1.5 bilion yang dipercepatkan, beberapa perubahan tadbir urus berkuat kuasa serta merta. Lembaga WeWork telah disusun semula untuk memasukkan 10 ahli, yang pada awalnya terdiri daripada:

- Lima pengarah yang ditetapkan oleh sama ada SoftBank atau SoftBank Vision Fund, termasuk Ron Fisher, Marcelo Claure, Steven Langman, dan dua orang lagi yang akan dinamakan pada hari kemudian;
- Dua pengarah yang ditetapkan oleh pelabur yang sedia ada Benchmark Capital dan Hony Capital, yang masing-masing adalah Bruce Dunlevie dan John Zhao;
- Dua pengarah yang tidak bergabung dengan WeWork, iaitu Jeff Sine dan Mark Schwartz; dan
- Seorang pengarah dari Jawatankuasa Khas bagi Lembaga Pengarah, Lew Frankfort.
Perubahan tadbir urus yang lain, yang berkuat kuasa hari ini termasuk:
- Marcelo Claure hari ini telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif bagi Lembaga Pengarah itu.
- Adam Neumann telah menjadi seorang pemerhati Lembaga, dan Lembaga itu telah menerima kawalan pengundian ke atas saham beliau.
Maklumat mengenai The SoftBank Group
The SoftBank Group adalah sebuah syarikat teknologi global yang bercita-cita untuk memacukan Revolusi Maklumat. The SoftBank Group terdiri daripada syarikat induk SoftBank Group Corp. (TOKYO: 9984) dan portfolio global bagi syarikat-syarikat mereka, termasuk penyedia telekomunikasi termaju, perkhidmatan Internet, AI, robotik pintar, loT dan teknologi tenaga bersih. Pada September 2016, Arm Limited, syarikat IP semikonduktor terkemuka di dunia, menyertai SoftBank Group. SoftBank Group Corp. dilaburkan dalam SoftBank Vision Fund, yang merancang untuk melabur hingga $100 bilion di dalam perniagaan dan teknologi global yang SoftBank Vision Fund percaya akan membolehkan peringkat seterusnya bagi Revolusi Maklumat. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://group.softbank/en/.
Maklumat mengenai WeWork
WeWork menyediakan kepada ahli-ahli di seluruh dunia dengan ruang, komuniti, dan perkhidmatan melalui kedua-dua penawaran fizikal dan maya. Misi mereka adalah untuk mewujudkan sebuah dunia di mana orang ramai boleh bekerja untuk mencari nafkah, bukan hanya untuk hidup. Sehingga suku kedua tahun 2019, WeWork mempunyai 528 lokasi di lebih 111 buah bandar raya dan 29 buah negara. Seramai 527,000 keahlian kami mewakili perusahaan global merentasi pelbagai industri, termasuk 38% daripada Global Fortune 500. Kami komited untuk menyediakan kepada ahli-ahli kami di seluruh dunia dengan hari yang lebih baik di tempat kerja.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191030006117/en/
Hubungi
SoftBank
sbpr@softbank.co.jp
+81 3 6889 2300
atau
Ben Spicehandler / Emily Claffey / Hannah Dunning
Sard Verbinnen & Co
212.687.8080
WeWork
Gwen Rocco / Erin Clark
press@wework.com
atau
Joele Frank / Meaghan Repko
Joele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
212.355.4449
Sumber : WeWork
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.