Tuesday, April 30, 2019

MYCC LANCAR GARIS PANDUAN HAK HARTA INTELEK DAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN



PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- YB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah melancarkan Garis Panduan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Berkaitan Hak Harta Intelek dan Undang-Undang Persaingan.

Matlamat garis panduan ini adalah untuk menangani kekeliruan serta pertindihan perundangan yang berlaku di antara undang-undang hak harta intelek dan undang-undang persaingan. Melalui garis panduan ini, proses persaingan dapat dilindungi melalui pencegahan perjanjian anti-persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan yang melibatkan hak harta intelek.

“MyCC sentiasa memandang berat terhadap kepentingan kepada pengguna serta perusahaan di Malaysia. Kami tidak akan memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pihak untuk menyalahgunakan undang-undang yang berkaitan untuk melakukan aktiviti yang bersifat anti-persaingan”, kata Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC.

Garis Panduan ini memfokuskan kepada empat (4) tunjang utama iaitu: penjelasan mengenai pertindihan di antara hak harta intelek dan undang-undang persaingan; pasaran relevan yang melibatkan hak harta intelek; larangan di bawah Akta Persaingan 2010; dan situasi percanggahan di antara hak harta intelek dan undang-undang  persaingan.

Orang awam dan pemain industri boleh mendapatkan garis panduan tersebut di dalam laman sesawang MyCC dengan mengakses ke www.mycc.gov.my.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Suruhanjaya Persaingan)

Ditubuhkan pada April 2011, Suruhanjaya Persaingan ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, yang dilaksanakan untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi, lantas mewujudkan pilihan produk atau servis yang lebih banyak kepada pengguna dan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan.

Akta ini digunapakai kepada semua aktiviti komersil yang ditanggung didalam dan diluar Malaysia yang boleh menjejaskan persaingan di pasaran Malaysia. Ia memberikan satu rangka kerja kawal termasuk kuasa menyiasat, menghakimi dan mengenakan penalti-penalti kepada pesalah undang-undang persaingan. Untuk maklumat lanjut tentang Akta dan Suruhanjaya Persaingan, sila rujuk laman web www.mycc.gov.my.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12095

THE WE COMPANY MENGUMUMKAN PENYERAHAN SULIT BAGI DRAF PENYATA PENDAFTARAN UNTUK TAWARAN AWAM PERMULAAN YANG DICADANGKAN

NEW YORK, 30 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The We Company (“WeWork”) mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan secara sulit satu draf penyata pendaftaran yang dipinda pada Borang S-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) yang berkaitan dengan satu tawaran awam permulaan bagi saham biasa mereka. WeWork pada mulanya telah menyerahkan Borang S-1 mereka dengan SEC pada Disember 2018. Proses ini akan membolehkan WeWork untuk membuat keputusan bagi menjadi perniagaan awam, tertakluk kepada pasaran dan syarat-syarat lain.

Siaran media ini tidak merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli sebarang sekuriti. Sebarang tawaran, permintaan bagi tawaran untuk membeli, atau sebarang jualan bagi sekuriti akan dibuat mengikut keperluan pendaftaran bagi Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda (“Akta Sekuriti”). Pengumuman ini dikeluarkan menurut Peraturan 135 di bawah Akta Sekuriti.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190429005696/en/

Hubungi

Media
Press@wework.com

Pelabur
Investors@wework.com

Sumber : The We Company

UNISYS LANCAR VERSI BAHARU BAGI PLATFORM PERBANKAN SALURAN OMNI ELEVATE(TM) UNTUK MEMUDAHKAN PERALIHAN KEPADA PERBANKAN TERBUKA

BLUE BELL, Pa., 29 April (Bernama) -- 

-- Versi baharu bagi perisian membolehkan bank-bank untuk dengan mudah mengintegrasikan aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga bagi mempertingkatkan pengalaman pelanggan, dan pada masa yang sama keselamatan termaju melindungi data pengguna merentasi semua titik sentuh

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) mengumumkan ketersediaan untuk versi terkini bagi platform perisian perbankan saluran omni Unisys Elevate(TM) (http://www.unisys.com/elevate) mereka, yang membolehkan bank-bank untuk mengguna pakai satu pendekatan perbankan terbuka bagi menyampaikan suatu pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi. Perbankan terbuka membolehkan institusi kewangan untuk berkongsi data dengan organisasi lain dan dengan mudah mengakses aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga yang mereka kemudian boleh tawarkan kepada pelanggan sebagai satu cara untuk menjadikannya bersifat peribadi dan meningkatkan pengalaman perbankan.      

Kini tersedia, keluaran baharu Elevate itu termasuk komponen utama untuk membantu institusi kewangan mengambil kesempatan daripada manfaat yang disediakan oleh perbankan terbuka:
-           Pengurusan data bagi penawaran peribadi: Ketika semakin banyak data dijana dan dikongsi oleh pengguna pada setiap hari, menguruskan data memberikan satu cabaran kepada kebanyakan organisasi kewangan. Elevate mempunyai ciri-ciri sebuah platform analisis lanjutan yang terakru data merentasi semua saluran perbankan yang ada dan membolehkan bank untuk membuat tawaran peribadi dan menjanakan kandungan dinamik berdasarkan kepada tabiat perbelanjaan seseorang pelanggan, serta memberikan pemahaman yang boleh diambil tindakan ke atas perbelanjaan mereka atau keperluan simpanan.
-           Penyepaduan antara muka pemprograman aplikasi (API): Satu manfaat bagi API terbuka adalah bahawa mereka memudahkan keupayaan sesebuah bank untuk mengintegrasikan produk dan perkhidmatan baharu tanpa perlu melakukan “koyak dan ganti” bagi aplikasi legasi. Walau bagaimanapun, menggabungkan infrastruktur legasi dengan peranti dan teknologi moden melalui perbankan terbuka memerlukan perubahan kepada kerangka sedia ada dan meningkatkan kekompleksan bagi ekosistem IT. Versi baharu bagi Elevate mencirikan sebuah portal API yang memudahkan penyatuan data dan perkhidmatan pihak ketiga dengan lancar ke dalam sebuah platform bank tanpa gangguan kepada bank atau pelanggan.
-              Keselamatan merentasi pelbagai titik sentuh: Institusi kewangan harus berhati-hati untuk memahami protokol keselamatan bagi pihak ketiga yang mereka lakukan perniagaan dan yakin bahawa data pelanggan mereka adalah selamat ketika ia digunakan dan ketika ia tidak digunakan. Elevate dijamin oleh perisian keselamatan Unisys Stealth(R) http://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth-products-and-services),
produk pertama dan satu-satunya produk dalam industri itu dengan keupayaan pengasingan dinamik(TM) untuk dengan cepat mengasingkan peranti atau pengguna apabila ada tanda-tanda awal bahawa kedudukan mereka akan terjejas.

“Apa yang menjadikan versi baharu Elevate ini benar-benar unik adalah bahawa ia membawa saluran-saluran urus niaga baharu itu yang disediakan oleh perbankan terbuka dan membenarkan bank-bank untuk dengan lancar mengintegrasikan mereka ke dalam penawaran mereka,” kata Maria Allen (https://www.unisys.com/industries/financial-services/thought leader/maria-allen-id-3122), naib presiden dan ketua global bagi Perkhidmatan Kewangan, Unisys. “Bukan sahaja ini membolehkan satu pengalaman saluran omni yang benar-benar unik di mana pelanggan boleh melengkapkan satu urus niaga  dengan selamat dari mana-mana lokasi dan dari mana-mana peranti, tetapi ia mewujudkan bank sebagai satu bahagian penting bagi kehidupan pelanggan – sebuah 'kedai sehenti' di mana mereka boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan khusus yang mereka inginkan, apabila mereka menginginkannya.”

Memandangkan kemasukan dengan banyaknya data yang berkaitan dengan sebuah model perbankan terbuka, keselamatan memang difahami merupakan satu kebimbangan yang besar bagi bank-bank. Stealth(TM) mengurangkan serangan permukaan dengan mewujudkan mikrosegmen yang dinamik dan didorong oleh identiti yang dipanggil komuniti yang mempunyai kepentingan (COI). Dengan mewujudkan COI yang selamat, Stealth memisahkan sistem, pengguna dan data yang dipercayai daripada yang tidak dipercayai. Ia seterusnya mengurangkan serangan permukaan dengan menyulitkan semua komunikasi di antara aset yang dilindungi oleh Stealth dan menyembunyikan aset itu daripada pengguna yang tidak dibenarkan. 

PERLUAS JARINGAN, LAUNDRYBAR TAMBAH OUTLET BARU KE 500 DI SEGAMBUT

SEGAMBUT, 29 April (Bernama) -- City Coin Laundry Sdn Bhd (LaundryBar) secara rasminya membuka cawangan outlet di M-Avenue, Segambut. Outlet tersebut merupakan outlet yang ke-500 Laundrybar dan salah satu outlet mega bagi syarikat dobi layan diri itu.

Ketua Komunikasi Korporat & Penjenamaan, Mohd Fadzli Ab Rahim berkata, lebih banyak cawangan LaundryBar akan dibuka diseluruh Malaysia dan antarabangsa dan pihaknya merancang untuk membuka 150 cawangan baru menjelang akhir tahun ini.

“Selain itu, pembukaan cawangan baharu ini adalah antara strategi pertumbuhan syarikat untuk menjadi pemain utama industri yang berdaya saing dalam pasaran” katanya ketika ditemui dalam majlis perasmian outlet LaundryBar Mega Store M-Avenue, di Segambut, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan, Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Laundry Sdn Bhd, Paul Ang.

City Coin Laundry Sdn Bhd mempunyai lebih 500 cawangan LaundryBar di pasaran Malaysia di pelbagai lokasi strategik seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain negeri. Tambahan pula, syarikat itu juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Thailand, Brunei, Turki dan merancang untuk membuka pasaran baru di beberapa negara lain.

“Francais Laundrybar berjaya sampai ke tahap ini adalah kerana sambutan yang diberikan kepada Laundrybar oleh netizen begitu memberangsangkan berikutan outlet-outlet dibuka di lokasi yang strategik, mesra pengguna serta mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat” tambahnya.
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12101

Monday, April 29, 2019

ANYAMAN BULUH DARI MEISHAN, SATU LAGI ACARA KEMUNCAK PADA PAMERAN HORTIKULTUR ANTARABANGSA PADA 29 APRIL DI BEIJING

BEIJING, 29 April, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pameran Hortikultur Antarabangsa, yang dianjurkan oleh kerajaan China, akan diadakan pada 29 April di Beijing, yang menandakan ekspo antarabangsa peringkat tertinggi dan terbesar di China pada tahun ini. Pameran itu akan berlangsung sehingga 7 Oktober.
 
Menurut penganjur, pameran itu bukan hanya menawarkan kepada pelancong dengan sebuah pesta hortikultur dan taman-taman yang indah, tetapi juga merangkumi perkongsian ideal China bagi pencapaian pembangunan dengan dunia dan usaha ke arah satu gaya hidup hijau. Taman INBAR, yang membuat kemunculan pertama mereka pada pameran itu, adalah contoh unggul bagi ideal ini.
 
Kemuncak bagi taman itu terletak dalam mengeksploitasikan unsur-unsur Meishan sepenuhnya. Meishan, sebuah bandar raya di Wilayah Sichuan, China, 60 kilometer dari ibukota wilayah itu Chengdu, adalah tempat bagi Su Dongpo, gergasi kesusasteraan berprestij China. Dan ia dialu-alukan sebagai “Tempat bagi Seni Anyaman Buluh China” dan “Pusat Antarabangsa bagi Menganyam Buluh”.
 
Dalam pameran itu, dengan bertemakan “Hidup Hijau, Hidup Lebih Baik”, Meishan bergabung tenaga dengan Organisasi Buluh dan Rotan Antarabangsa (INBAR) untuk melaksanakan pelbagai acara dan aktiviti awam untuk menunjukkan persembahan yang unik dan peranan penting buluh dan rotan di dalam meningkatkan persekitaran kehidupan dan kualiti hidup kita.
 
Di antara lebih 3,000 produk buluh dan rotan dari seluruh dunia yang dipamerkan di Taman INBAR, seperti tanglung buluh, lukisan anyaman buluh, barang-barang buluh di atas porselin dan kertas buluh, lebih daripada 70% daripadanya berasal dari Meishan.
 
Judy Zhu, Pengarah bagi Bahagian Rakan Strategik, INBAR, berkata bahawa Meishan telah dipilih sebagai sebuah rakan kerana ia mengambil inisiatif untuk menunjukkan sikap yang baharu dan positif terhadap keterbukaan, dan bagi bergerak ke arah arena antarabangsa melalui industri buluh.
 
Meishan, sebagai sebuah kawasan utama bagi sumber buluh di China, memiliki buluh yang melimpah-ruah. Buluh di sini mempunyai tiub yang panjang, sendi jarang, dan tekstur yang fleksibel dan keras, dengan itu sesuai untuk membuat produk anyaman buluh. Seawal tahun 2008, satu kerjasama dimulakan di antara anyaman buluh Qingshen, yang paling banyak diwakili di antara seni anyaman buluh Meishan, dan Hermes, sebuah jenama mewah Perancis. Barang-barang buluh di atas porselin yang bertaraf tinggi disediakan untuk Hermes dan kerjasama itu telah terjalin sejak itu. Anyaman buluh Qingshen, bersama-sama dengan sutera dan sulaman Sichuan, dipanggil “Tiga Khazanah bagi Pertengahan Sichuan”. Ia adalah merupakan produk yang dilindungi yang disenaraikan oleh China Geographical Indications. Ia meliputi lebih daripada 3,000 sistem produk yang mencakupi 25 jenis, seperti anyaman buluh kapal terbang, anyaman buluh dimensi dan barang-barang di atas porselin. Produk anyaman seperti itu dieksport ke lebih 50 buah negara dan wilayah di Eropah, Amerika Syarikat, Korea dan Jepun.
 
Anyaman buluh hanya menunjukkan satu fakta bahawa penduduk di Meishan menguasai teknik menganyam buluh dengan baik. Semacam kertas isi rumah yang diperbuat daripada serat buluh dan jenama pertama bagi kertas isi rumah yang semula jadi, BABO, di China juga telah secara kreatif dibangunkan oleh penduduk di Meishan. Produk-produk BABO telah lulus ujian gred makanan FDA yang diberi kuasa oleh Amerika Syarikat dan AP yang diberi kuasa oleh Kesatuan Eropah. Mengikut data terkini, keupayaan pengeluaran bagi “kertas buluh” Meishan telah melebihi 200,000 tan, dan produk-produk seperti itu menguasai lebih 20% pasaran domestik China.
 
Selain anyaman buluh dan kertas buluh, penduduk di Meishan juga membawa nilai-nilai buluh yang lain sepenuhnya. Di Daerah Hongya, Meishan, selepas selesai dengan proses yang meliputi memadat dan mengering berulang kali, buluh boleh diubah menjadi bahan yang berprestasi tinggi, keluli buluh, yang mempunyai kekuatan yang sama sebagai plastik bertetulang gentian kaca. Keluli buluh boleh digunakan bukan sahaja untuk struktur bangunan, tetapi juga bagi membina dek, pintu dalaman dan tingkap, dan medan lain, dengan hayat perkhidmatan yang berlarutan sehingga 50 tahun. Pintu bagi Taman INBAR untuk Pameran Hortikultur Antarabangsa bagi sesi kali ini dan “Taman Buah-Buahan” kesemuanya dibina dengan menggunakan keluli buluh Meishan.
 
Sebagai sebuah industri tradisional yang kompetitif di Meishan, industri buluh Meishan telah membangunkan tiga jenama utama, iaitu, “anyaman buluh, kertas buluh dan keluli buluh”. Pada tahun 2018, jumlah nilai pengeluaran bagi industri buluh di Meishan telah mencecah RMB 6 bilion.
 
“Saya lebih suka menjamah makanan tanpa daging daripada hidup di sebuah kawasan yang tidak mempunyai buluh”, begitu yang digubah oleh Su Dongpo, seorang gergasi kesusasteraan berprestij di China. Sepanjang hidup beliau, Su menulis mengenai, makan makanan yang berkaitan dengan dan melukis buluh. Dengan buluh sebagai teman beliau, Su boleh dikatakan sebagai seorang manusia dari zaman kuno dan zaman moden yang menunjukkan keutamaan yang maksimum untuk buluh. Pada masa ini, Meishan, sebuah bandar raya sejarah dan kebudayaan yang terkenal di barat daya China, sedang menarik perhatian seluruh dunia dengan buluh, jambatan yang menghubungkan dunia.
 
Sumber: INBAR 
 
--BERNAMA

P&G MENJALIN KERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN KESAN ALAM SEKITAR DAN PUNCA PENDAPATAN PEKEBUN KECIL DALAM RANTAIAN PEMBEKALAN MINYAK SAWIT

CINCINNATI, 29 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam meraikan Minggu Bumi dan untuk meneruskan komitmen mereka dalam memacukan sebuah masa hadapan yang lebih mapan, Procter & Gamble Company (NYSE: PG) telah mengumumkan satu kerjasama baharu dengan Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia (MISI), International Plant Nutrition Institute (IPNI) dan Yara International untuk membantu meningkatkan punca pendapatan bagi pekebun kecil di dalam rantaian bekalan sawit P&G di Malaysia. Selepas kejayaan satu projek perintis yang diadakan antara tahun 2015 dan 2018, Syarikat itu telah memperluaskan program tersebut yang bekerjasama dengan pekebun kecil kelapa sawit persendirian untuk meningkatkan hasil buah mereka secara keseluruhan melalui latihan dan pelaksanaan amalan pertanian yang lebih mapan dan yang terbaik dalam kelasnya.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190426005048/en/

P&G komited untuk mendapatkan sumber kelapa sawit yang bertanggungjawab dan telah mengumumkan peningkatan punca pendapatan bagi pekebun kelapa sawit sebagai satu daripada matlamat kemapanan alam sekitar Cita-cita 2030 mereka. Pada hari ini, pekebun kecil menyediakan kira-kira 40% bekalan minyak sawit dunia, namun kebanyakan daripada mereka mempunyai pengetahuan atau akses yang terhad kepada sumber pertanian untuk membantu memaksimumkan tanaman mereka.

Projek perintis itu memberi tumpuan kepada menilai keupayaan garis pangkal bagi kira-kira 2000 pekebun kecil di negeri Johor, Malaysia. Berikutan kejayaannya, program itu telah berkembang untuk mewujudkan 250 buah ladang pembelajaran yang akan ditanam di dalam sebuah sistem inovasi yang diterajui oleh P&G. Ladang-ladang ini akan berfungsi sebagai pusat sumber komuniti untuk memacukan skala dan penyebaran amalan pertanian yang baik bagi sehingga 10,000 pekebun kecil dalam tempoh lima tahun akan datang. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan hasil sebanyak 30-50%, meningkatkan mata pencarian pekebun kecil dan memastikan amalan yang mapan di dalam rantaian bekalan minyak sawit P&G.

“Kami percaya bahawa kami boleh menjadi satu daya kekuatan untuk kebaikan dan satu daya kekuatan untuk pertumbuhan. Program ini menggambarkan komitmen kami untuk memacukan usaha kemapanan jangka panjang,” kata Jack Ryan, Naib Presiden, P&G Chemicals. “Kami sangat berbangga dengan kerja yang kami lakukan di Malaysia kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan bagi komuniti tempatan dan pengguna global yang kami berkhidmat yang mahukan produk yang lebih mapan.”

Petani dari 250 buah ladang pembelajaran akan mempunyai akses secara langsung kepada pegawai agronomi dan pegawai bidang kemapanan dan menerima sokongan nasihat teknikal secara langsung. Bersama-sama, mereka akan berusaha untuk melaksanakan pengurusan operasi ladang yang terbaik dalam kelasnya termasuk pengoptimuman penuaian, rancangan nutrisi dan pengurusan bajet. Sebagai balasan, pekebun kecil ini akan bertindak sebagai pelatih sumber dan menskalakan usaha kepada petani lain dalam komuniti mereka.

P&G percaya usaha ini membantu memindahkan pekebun kecil ke arah yang betul dan menetapkan mereka untuk kejayaan jangka panjang. Kemapanan bagi sistem itu disokong oleh satu minat dan kepentingan bersama bagi pekebun kecil, pemproses minyak sawit dan rantaian bekalan baja. Matlamat itu adalah untuk meningkatkan produktiviti bagi ladang dan bagi memenuhi permintaan yang berterusan untuk minyak kelapa sawit dan minyak isirung kelapa sawit yang mapan.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G itu termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai MISI (Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia)

Terletak di Shah Alam, Malaysia berhampiran Kuala Lumpur, Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia (MISI) adalah satu daripada enam pusat di dalam Rangkaian MIT Global SCALE (Rantaian Bekalan dan Logistik Kecemerlangan). Institut itu dilancarkan sebagai satu inisiatif bersama di antara Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan kerajaan Malaysia. Rangkaian MIT Global SCALE adalah sebuah persekutuan antarabangsa yang terdiri daripada organisasi penyelidikan dan pendidikan terkemuka, yang berdedikasi kepada pembangunan dan penyebaran inovasi global di dalam rantaian bekalan dan logistik.

Maklumat mengenai Yara

Yara mengembangkan pengetahuan untuk bertanggungjawab memberi makan kepada dunia dan melindungi bumi ini, untuk memenuhi visi kita bagi sebuah masyarakat kolaboratif, sebuah dunia tanpa rasa lapar dan sebuah planet yang dihormati. Untuk memenuhi komitmen ini, kami telah menjadi peneraju di dalam membangunkan peralatan pertanian digital bagi pertanian kepersisan dan bekerja rapat dengan rakan-rakan di seluruh rantaian nilai makanan untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian pemakanan tanaman yang mesra iklim. Di samping itu, kami komited untuk berusaha ke arah pengeluaran baja mineral lestari. Kami memupuk sebuah budaya terbuka bagi kepelbagaian dan kemasukan yang menggalakkan keselamatan dan integriti bagi pekerja, kontraktor, rakan perniagaan kami, dan masyarakat secara keseluruhan. Ditubuhkan pada tahun 1905 untuk menyelesaikan masalah kebuluran yang sedang berlaku di Eropah, Yara mempunyai kehadiran di seluruh dunia dengan kira-kira 17,000 orang pekerja dan operasi di lebih 60 buah negara. Pada tahun 2018, Yara melaporkan pendapatan sebanyak USD 12.9 bilion. www.yara.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190426005048/en/

Hubungi

Hubungan P&G:
Robyn Schroeder
Komunikasi Global P&G
E-mel: Schroeder.rm@pg.com

Sumber : Procter & Gamble

AWS LANCAR WILAYAH BAHARU DI HONG KONG

AWS LANCAR WILAYAH BAHARU DI HONG KONG

Friday, April 26, 2019

BAONENG TIMES BAY MEMULAKAN SATU ERA BAHARU BAGI ASIA

BANDAR RAYA SHAN TOU, China, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sejak 25 April, penampilan Shantou di China telah dibuat dengan kerap di Lingkaran Perniagaan MBK, Jalan Orchard Singapura dan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, Malaysia, selepas Baoneng Times Bay membuat kemunculan sulung di Skrin NASDAQ di New York Times Square pada 30 Mac. Times Bay, sebuah kompleks pintar yang meliputi lebih dari satu juta meter persegi, sedang membuka satu babak baharu di dalam pembangunan bandar.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20190425006079/en

Chaoshan adalah satu daripada Zon Ekonomi Khas yang paling awal di China. Terdapat tanda-tanda mengenai kebangkitan yang luar biasa bagi bandar raya itu — dari penubuhan Kawasan Eksperimen China yang tunggal di luar negara pada tahun 2014, Maraton Antarabangsa Shantou 2018 dan penawaran yang berjaya untuk Sukan Belia Asia 2021 pada Mac 2019.

Taman Pantai Timur telah baru-baru ini dipilih sebagai tempat utama bagi Sukan Belia Asia, yang membuktikan satu peluang terbaik bagi pembangunan Taman itu. Sebagai usaha hebat bagi Pantai Timur, Baoneng Times Bay melakarkan sebuah gambaran prospek yang cerah mengenai Chaoshan dan membuat orang China yang berada di luar negara amat berbangga dengan kampung halaman mereka.

Kumpulan Baoneng itu, dalam istilah global, kekal berada di hadapan lengkung itu apabila ia berkaitan dengan mahakarya mereka — Baoneng Times Bay. Meliputi lebih dari satu juta meter persegi, Times Bay adalah sebuah kompleks yang menggabungkan kediaman mewah, pusat kebudayaan, hotel bertaraf lima bintang, perniagaan terkemuka, bangunan pejabat 5A, pejabat-pejabat dan rumah-rumah agam yang kreatif, untuk membina sebuah mercu tanda yang bertaraf dunia bagi Shantou.

Selain itu, seorang pereka yang terkenal di dunia Chen Henghuan telah dijemput ke Pusat Budaya Bay yang masyhur itu. Yang sangat sesuai untuk disasarkan adalah untuk mewujudkan sebuah platform bagi komunikasi kebudayaan, paparan bandar masa hadapan, kurasi seni moden, pengalaman pendidikan kanak-kanak dan komunikasi senggang ekologi untuk menyebarkan budaya khas bagi Shantou.

Mengkhususkan diri di dalam kompleks bandar, Baoneng telah membuka pelbagai kemungkinan bagi bandar raya itu. Sepanjang 27 tahun yang lalu, Baoneng telah memperluaskan operasi mereka kepada pembuatan mewah, logistik antarabangsa, pembangunan komprehensif dan mata pencarian rakyat, dengan itu mengintegrasikan pembangunan, perniagaan dan pengurusan. Sementara itu, industri mereka yang kompetitif menggalakkan pembangunan serantau dan menggabungkan sumber bandar untuk kepentingan bagi pembangunan bandar. Baoneng akan membawa lebih banyak peluang bagi kawasan itu dan membina sebuah bandar raya yang menawan di Teluk Chaoshan.

Kemunculan Baoneng Times Bay di Asia Tenggara telah meningkatkan tahap keyakinan bagi Shantou untuk mara ke pentas dunia. Marilah bergabung tangan dan mengukir sebuah masa hadapan yang gemilang buat Shantou!

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
http://www.businesswire.com/news/home/20190425006079/en

Hubungi

Baoxin Group Shantou Company
David Andrew
davidandrew@foxmail.com

Sumber : Baoxin Group Shantou Company

SAKSIKAN SEJARAH PURBA HONG KONG YANG DIJELMAKAN SEMULA

Alami masa silam Cina kuno bandar raya ini dengan empat festival  yang tidak dapat dilupakan pada musim bunga ini
 
HONG KONG, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kaya dengan budaya dan tradisi, Hong Kong meraikan masa silam Cina mereka dengan festival purba yang unik. Kedatangan musim bunga ini, mengimbas  masa silam dengan empat festival yang menarik: Festival  Tin Hau, Festival  Cheung Chau Bun, dan hari ulang tahun kelahiran bagi Buddha dan Tam Kung.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Sila lihat siaran lengkap di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20190417006065/en

“Lembaga Pelancongan Hong Kong dengan rasa bangganya menyokong budaya dan warisan yang menjadikan Hong Kong sebagai sebuah bandar raya yang penuh meriah,” kata Anthony Lau, Pengarah Eksekutif bagi Lembaga Pelancongan Hong Kong. “Kami menjemput pelawat untuk menghayati  festival-festival purba ini, dengan warna-warna yang benar-benar menawan  dan memeriahkan  bandar raya ini.”

Dari paluan gendang yang kuat, gong yang memegunkan dan tarian naga penuh warna-warni untuk mengembirakan orang ramai  dan roti bun Cina yang tinggi menggunung, di sini adalah beberapa perayaan yang tidak dapat dilupakan di Hong Kong:

27 April

Festival  Tin Hau 

Satu festival Tin Hau, Dewi Laut, festival eponim ini memikat ribuan orang kepada Yuen Long yang tenang pada setiap bulan lunar yang ketiga. Sambutan festival  ini berpusat di sekitar perarakan Shap Pat Heung fa pau  (kalungan bunga). Bermula pada pukul 10 pagi, perarakan itu memenuhi jalan-jalan dengan kalungan  bunga yang mewah, penari-penari tradisional, dan kumpulan pancaragam yang penuh bertenaga.

9-13 Mei

Festival  Cheung Chau Bun 

Berlangsung di Pulau Cheung Chau yang menawan, Festival Roti yang terkenal itu telah dinamakan sebagai satu daripada “10 Perayaan Tempatan yang Aneh” oleh Majalah TIME, di atas alasan yangbaik. Mengikut ceritanya, penduduk kampung telah memanggil Pak Tai, sebuah dewa yang kuat, untuk melindungi mereka dari satu wabak yang dahsyat, dan kemudian diarak di jalan-jalan raya untuk menangkis roh-roh jahat.

Selama lebih satu abad, penduduk kampung merayakan festival itu dengan Perarakan Piu Sik (Warna-warna Terapung), patung-patung papier-mâché, persembahan opera Cina, tarian singa, dan makanan yang lazat pada sepanjang minggu.

Di manakah datangnya roti? Setiap tahun, pembekal tempatan menghasilkan puluhan ribu ping on bao, aka “roti bertuah”. Pastikan anda menandakan kalendar anda untuk acara utama itu: Pada 12 Mei pada pukul 11.30 malam, Pertandingan Merebut Roti yang sukar hendak dibayangkan akan berlangsung. Pesaing akan memanjat menara buluh setinggi 14 meter yang dilitupi dengan 9,000 roti tiruan dan berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin roti dalam masa tiga minit!

6-12 Mei

Ulang tahun kelahiran Buddha

Bandar raya ini meraikan Ulang Tahun kelahiran Buddha dengan mengadakan karnival dan pengalaman kerohanian selama satu minggu. Satu ritual biasa adalah 'Memandikan Buddha', di mana penganut mencuci patung Buddha dengan air untuk menunjukkan rasa hormat. Kemudian terdapat Karnival Sambutan untuk Ulang Tahun kelahiran Buddha di Victoria Park, Konsert Amal Hari Lahir Buddha di Coliseum Hong Kong, dan pelbagai acara di Biara Po Lin, di Pulau Lantau yang subur.

12 Mei

Ulang tahun kelahiran Tam Kung

Satu dewa laut yang disembah oleh masyarakat nelayan, Tam Kung terkenal kerana wajahnya yang tidak dimakan usia dan kemampuannya untuk meramal cuaca. Setiap bulan lunar yang keempat, penduduk kampung meraikan dewa itu di Tokong Tam Kung yang berusia satu abad di Shau Kei Wan dengan perarakan tarian singa dan naga tradisional.

Untuk butiran:
http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/events-festivals/chinese-festivals/index.jsp

Untuk foto resolusi tinggi:
https://www.dropbox.com/sh/wpkcyazq7kcbp05/AAC5NXFMYETabqeiheW4KQ_Ka?dl=0

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
http://www.businesswire.com/news/home/20190417006065/en

Hubungi

Hubungan Media 
Vivian Li
Vivian.li@hktb.com

Sumber: Lembaga Pelancongan Hong Kong 

Thursday, April 25, 2019

ONCHAIN CUSTODIAN, PENJAGA MATA WANG KRIPTO & ASET DIGITAL YANG DISOKONG OLEH SEQUOIA, MENGUMUMKAN PELANGGAN MEREKA YANG PERTAMA DAN PERKONGSIAN

SINGAPURA, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berikutan kejayaan pelancaran perkhidmatan mereka, Onchain Custodian (ONC), penjaga aset digital yang disokong oleh Sequoia, Fosun dan DHVC, mengumumkan kemunculan pelanggan mereka yang pertama dan penubuhan perkongsian penting.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190422005266/en/Onchain-Custodian-Cryptocurrency-Digital-Asset-Custodian-Backed
 
Beribu pejabat di Singapura, ONC telah membangunkan satu perkhidmatan penjagaan peribadi dan komprehensif untuk pelabur institusi dan pelabur bertauliah bagi mendapatkan aset digital dengan keselamatan dan kawalan gred institusi. Platform Penjaga Aset Digital SAFE™ dibina secara fleksibel untuk memenuhi kemungkinan masa hadapan bagi penjagaan aset digital.

Acara pelancaran Onchain Custodian berlangsung di Mandarin Oriental Singapore pada 11 April semasa Sidang Kemuncak Kewangan Baharu Blok Rantai Asia Pasifik. Acara itu telah menarik tetamu VIP dari seluruh dunia, dari Kanada hingga ke China. Sebahagian daripada mereka telah mengumumkan pada acara itu mengenai rancangan mereka untuk menggunakan perkhidmatan Onchain Custodian.

Selain Yayasan Ontologi, yang mengumumkan dua minggu lalu berhubung penggunaan perkhidmatan itu, Tembusu PartnersPre AngelJLABJD Capital, Fission Capital, Frees Fund, Timestamp Capital, Milestone, antara tujuh yang lain, akan  memulakan proses penggabungan dengan Onchain Custodian pada minggu-minggu mendatang.

Encik Pak Lum MOCK, Rakan Pengurusan, Tembusu Partners. “Sebagai sebuah firma ekuiti persendirian yang terkemuka dengan akar umbi yang mendalam di Asia Baru Muncul, Tembusu memiliki pelaburan aset digital yang kami mahu ia selamat dan diurus dengan betul. Kami percaya bahawa Onchain Custodian, dengan jejak Asia Pasifik yang mantap, akan menawarkan kepada kami perkhidmatan peribadi yang kami cari.”

Encik Jian SUN, Pengasas, JLAB | JD Capital: “Pengasas dan penyokong Onchain Custodian adalah merupakan testimoni yang kuat tentang kesungguhan projek itu. Dengan menyimpan dengan selamat aset digital kami dengan ONC, kami mengikuti amalan terbaik yang harus diguna pakai bagi mana-mana institusi pelaburan; penjagaan pihak ketiga yang bebas.”

Cik Sandy Peng, Rakan, Fission Capital: “Pelaburan aset digital adalah sukar untuk dikendalikan memandangkan kepelbagaian semasa bagi blok rantai dan protokol token. Mempunyai akses tetingkap tunggal yang selamat kepada blok rantai yang ditawarkan oleh Onchain Custodian akan membantu kami menguruskan pelaburan kami”.

Semasa acara pelancaran itu, Onchain Custodian juga mengumumkan perkongsian penting dengan rakan saluran seperti Infinito yang akan membantu mempromosikan perkhidmatan ONC, tetapi juga kumpulan-kumpulan industri. Alexandre Kech, Ketua Pegawai Eksekutif, ONC: “Amalan terbaik di sekitar penjagaan aset digital adalah penting kepada masa hadapan bagi industri ini. Kami komited untuk bekerjasama dengan pelanggan tetapi juga persatuan seperti Distributed Regtech Collaboration PlatformPersatuan Blok Rantai Malaysia atau Persatuan Pertukaran Digital untuk membina piawaian global bagi penjagaan aset digital.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12078

TOSHIBA LANCAR IC PENGAWAL MOTOR TANPA BERUS TIGA FASA DENGAN PEMACU GELOMBANG SINUS

― Merealisasikan kecekapan tinggi dalam pelbagai putaran tanpa pelarasan fasa ―
 
TOKYO, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengeluarkan dua IC pengawal motor tanpa berus tiga fasa “TC78B041FNG” yang ditempatkan di dalam sebuah pakej SSOP30 dan “TC78B042FTG” di dalam sebuah pakej VQFN32. Kedua-duanya menggunakan InPAC[1], fungsi pelarasan fasa automatik asal Toshiba, untuk menghapuskan pelarasan fasa dan mencapai kecekapan tahap tinggi pada pelbagai kelajuan putaran motor. Ini membolehkan penggunaan mereka dengan pemacu motor pelbagai voltan dan kapasiti arus, dan mereka juga boleh digunakan di dalam kombinasi dengan peranti kuasa pintar pada peringkat output. Pengawal itu sesuai untuk digunakan di dalam peralatan rumah seperti penyaman udara dan pembersih udara, dan peralatan perindustrian. Pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190424006188/en/
 
Pengeluar bagi peralatan rumah dan peralatan perindustrian semakin menggunakan penyongsang untuk mengawal motor kipas, untuk memenuhi permintaan yang kukuh bagi kecekapan tenaga yang lebih baik dan bunyi yang lebih rendah. Secara konvensional, untuk mendapatkan kecekapan peringkat tinggi, adalah perlu untuk menyesuaikan fasa bagi voltan motor dan arus motor bagi motor kipas secara individu.
 
Merealisasikan kecekapan tinggi dalam pelbagai julat kelajuan putaran — dari hampir putaran sifar bagi setiap minit (rpm) pada permulaan hingga kepada kelajuan tinggi sebanyak beberapa 1,000rpm — memerlukan banyak bahagian untuk pelarasan fasa. Ia juga memperkenalkan keperluan bagi sebuah sistem kawalan MCU, dan pembangunannya yang memerlukan masa.
 
Dengan pengenalan InPAC, teknologi kawalan baharu asal Toshiba, yang secara automatik menyesuaikan fasa bagi isyarat Dewan dan arus motor, produk baharu itu memacukan motor dengan kecekapan yang setara dengan sebuah sistem kawalan MCU, melalui pelbagai julat kelajuan putaran. InPAC menjamin kedua-dua pemacu motor kipas yang berkecekapan tinggi dan pemacu gelombang sinus yang mengurangkan bunyi.
 
Di samping itu, memandangkan pelarasan fasa dilakukan secara automatik dengan tetapan yang mudah, masa pembangunan yang diperlukan sebelum ini untuk pelarasan perisian dan MCU telah dihapuskan, sekali gus memperkemaskan aplikasi.
 
Ciri-ciri Utama

(1) InPAC
Mengekalkan kecekapan peringkat tinggi untuk pelbagai julat kelajuan putaran tanpa memerlukan pelarasan fasa.
Pelarasan fasa mudah bagi isyarat Dewan dan arus output merealisasikan pemacuan berkecekapan tinggi.
 
(2) Bunyi rendah dan getaran rendah
Penggunaan sebuah sistem pemacu gelombang sinus dengan bentuk gelombang arus yang lancar mengurangkan bunyi, dan menjanakan bunyi dan getaran yang kurang daripada motor dengan sebuah sistem pemacu gelombang segi empat tepat.
 
(3) Pakej kecil
TC78B042FTG menggunakan sebuah pakej VQFN32 (5mm x 5mm x 1mm) yang boleh dipasang di ruang terhad. Pakej SSOP30 yang popular juga boleh didapati sebagai TC78B041FNG.
 
Penggunaan
Peralatan rumah seperti penyaman dingin dan pembersih udara, dan peralatan perindustrian.
 
Spesifikasi Utama
Table
 
Nota:
[1] InPAC: Kawalan Tahap Pintar, fungsi pelarasan fasa automatik asal Toshiba

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:

TC78B041FNG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78B041FNG&lang=en
TC78B042FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78B042FTG&lang=en

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:

TC78B041FNG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TC78B041FNG.html
TC78B042FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TC78B042FTG.html

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Sistem Peranti II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190424006188/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...