Friday, November 8, 2024

ZON KERJASAMA PELANCONGAN RENTAS SEMPADAN AIR TERJUN DETIAN-BAN GIOC CHINA-VIETNAM MULA BEROPERASI SECARA RASMI




CHONGZUO, China, 8 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 14 Oktober, China dan Vietnam telah mengeluarkan satu Kenyataan Bersama untuk mengumumkan operasi rasmi bagi Zon Kerjasama Pelancongan Rentas Sempadan Air Terjun Detian-Ban Gioc China-Vietnam. Pada 15 Oktober, Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China dan Majlis Rakyat bagi Wilayah Cao Bằng secara bersama telah menganjurkan satu majlis untuk operasi rasmi bagi Zon Kerjasama itu.
 
Zon Kerjasama Pelancongan Rentas Sempadan Air Terjun Detian-Ban Gioc China-Vietnam itu memulakan operasi percubaan pada 15 September, 2023. Melalui tempahan kumpulan pelancongan, laluan perjalanan tetap, masa yang dihadkan untuk merentasi sempadan itu, bilangan pelawat rentas sempadan yang terhad dan kemasukan dan keluar hanya dalam kumpulan pelancongan, pelancong dari kedua-dua China dan Vietnam boleh melawat negara masing-masing. Sehingga 10 Oktober, 2024, Zon Kerjasama itu telah menerima 1,232 kumpulan pelancongan rentas sempadan China-Vietnam, yang berjumlah 17,991 orang pelawat.
 
Selepas zon tersebut mula beroperasi secara rasmi, Jabatan Publisiti bagi Daerah Daxin akan mengoptimumkan seterusnya model perjalanan rentas sempadan yang disebutkan di atas.
 
Yang pertama adalah untuk mengembangkan skalanya. Hasrat itu adalah untuk memperluaskan had bilangan pelawat rentas sempadan daripada 500 orang kepada 1,000 orang dari setiap pihak, dan pelarasan akan dibuat sewajarnya berdasarkan kepada bilangan pelancong rentas sempadan untuk tempoh satu hari.
 
Yang kedua ialah untuk melanjutkan waktu buka. Hasrat itu adalah untuk melanjutkan waktu operasi dari 10:00 - 17:00 kepada 09:00 - 18:00 (waktu Beijing), bagi membenarkan kumpulan pelancongan menghabiskan tempoh maksimum enam jam dan bukannya lima jam merentasi sempadan itu.
 
Yang ketiga ialah untuk mengoptimumkan prosedur keluar masuk sempadan. Sebagai contoh, model permohonan permit "imbasan muka" yang pertama di negara itu, yang membolehkan pelawat untuk menggunakan Program Mini WeChat Guijing Tongban bagi merealisasikan pengesahan identiti dan pendaftaran lawatan, serta perkhidmatan "memproses dalam satu tetingkap" yang berkaitan dengan organ yang bertanggungjawab bagi keluar masuk, pentadbiran isi rumah, dan polis trafik. Sementara itu, pelawat yang memegang pasport yang sah tidak perlu mendapatkan dokumen lain, dan mereka boleh membuat perjalanan di Zon Kerjasama itu melalui kumpulan pelancongan yang diatur oleh pihak operasi yang diberi kuasa.
 
Keempat adalah untuk memudahkan pengisytiharan barang kepunyaan. Teknologi dan teknik baharu akan digunakan untuk memeriksa pelawat dan barang kepunyaan mereka, agar dapat memudahkan prosedur untuk pengisytiharan barangan peribadi seperti kamera dan camcorder atau kamera video yang biasa dibawa oleh pelancong, untuk memberikan pengalaman baharu dalam pelepasan kastam tanpa sentuhan.
 
Yang kelima ialah untuk mempercepatkan proses pemeriksaan. Pelawat Vietnam yang menempah perjalanan masuk dan untuk masuk dan keluar dari China dengan kumpulan pelancongan berhak kepada "tiga pengecualian" (dikecualikan daripada pengumpulan cap jari, pengecapan kawalan sempadan dan pengisian kad kemasukan asing) untuk kemudahan yang lebih baik. Sementara itu, pelawat China diberikan mod pelepasan dwi kastam "manual + ekspres" dan kemudahan pelepasan kastam kawalan sempadan tanpa setem. Langkah-langkah ini mewakili satu kemuncak baharu di dalam kualiti perkhidmatan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18705

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...