Saturday, November 16, 2024

PATEN PERTAMA DI DUNIA DIPEROLEHI UNTUK TAMBAHAN PEMAKANAN HAIWAN "PINFENON" (S) (R)

TOKYO, 14 Nov., 2024 /Kyodo JBN/ --

- Paten Meliputi Penciptaan Ubat Rawatan dan Ubat Profilaktik untuk Menurunkan Penanda Gangguan Jantung dalam Anjing Serta Kaedah Pengilangannya -

Scarecrow Incorporated, yang berpangkalan di Shibuya Wad Tokyo, sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia telah memperoleh paten (*) yang pertama di dunia bagi Pinfenon (S) (R), satu tambahan pemakanan haiwan yang dihasilkan di Jepun, yang berkait rapat dengan sejenis ubat rawatan dan sejenis ubat profilaktik untuk menurunkan peptida natriuretik atrium (ANP) serta kaedah pembuatannya. Tambahan pemakanan yang diluluskan sebagai ubat oleh Pejabat Paten Jepun itu adalah tertakluk kepada pemindahan teknikal di dalam produk seperti makanan, syampu dan pati sebagai cara baharu untuk membolehkan sesiapa sahaja melindungi anjing kecil daripada gangguan jantung.

(*) Menurut tinjauan Pejabat Paten Jepun berhubung kesedaran bersama global (Perenggan 1, Artikel 29, Akta Tanda Dagangan)

Foto 1: Paten diperoleh baru-baru ini untuk siri Tambahan Pemakanan Pinfenon (S) (R) yang dilancarkan pada 2004

https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103184/202410238652/_prw_PI1fl_5xfktVk4.jpg
 
Regurgitasi mitral, sejenis gangguan jantung yang sering diperhatikan pada anjing di seluruh dunia tetapi terutamanya di Jepun:
Banyak baka anjing-anjing kecil secara genetik terdedah kepada gangguan jantung yang dipanggil regurgitasi mitral, dan penyakit injap jantung, yang termasuk regurgitasi mitral, adalah punca kematian ketiga paling biasa pada anjing tua (menurut Anicom HD, Jepun, 2023). Satu daripada penunjuk bagi keterukan penyakit ini ialah peptida natriuretic atrium (ANP). Ini adalah sejenis hormon yang terutamanya disintesis dan disimpan di bahagian jantung yang dipanggil atrium sebelum dirembeskan di dalam darah dan boleh diukur dengan melalui satu ujian darah. Atas sebab ini, ANP juga dirujuk sebagai satu biopenanda jantung. Satu paten telah diperoleh bagi Pinfenon (S) (R) selepas ia ditunjukkan untuk mengurangkan beban pada jantung dan menurunkan tahap ANP ini.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...