Friday, November 15, 2024

EKSPO FRANCAIS NASIONAL (NFX) GALAK MASYARAKAT CEBURI PERNIAGAAN FRANCAIS



KEDAH, 14 Nov (Bernama) -- Ekspo Francais Nasional (NFX) Kedah berlangsung selama empat hari bermula hari ini, 14 hingga 17 November 2024, bertempat di Aman Central Mall, Alor Setar, Kedah. Acara ini diadakan bagi menggalakkan penyertaan Masyarakat tempatan dalam bidang perniagaan francais.

Penganjuran ekspo oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) ini menampilkan lebih 10 syarikat francais terkemuka yang bersedia untuk mempamerkan pelbagai pakej perniagaan mereka kepada pengunjung dari seluruh Malaysia, khususnya di wilayah utara.

NFX bertujuan untuk memperkenalkan peluang perniagaan francais kepada masyarakat tempatan serta membantu usahawan tempatan meneroka peluang perniagaan francais dengan bimbingan jenama-jenama yang telah berjaya. Antara syarikat francais yang terlibat dalam ekspo ini termasuk Laundrybar, Coolblog, Midyson, Tea Garden, CIC – Where Leaders Are Born, Nu Vending, Mail Boxes Etc, Oldtown White Coffee, D’Sara Fried Chicken, YUMI Food, US Pizza dan banyak lagi.

Naib Pengerusi Persatuan Francais, Dato’ Zahriah Abd Kadir berkata, kami di MFA amat komited dalam menganjurkan program NFX ini, yang diharap menjadi platform utama bagi usahawan tempatan untuk mengenali lebih dekat perniagaan francais dan peluang yang tersedia untuk mereka.

“Selain itu, setiap pembukaan cawangan francais yang baharu akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Oleh itu, program ini bukan sahaja dapat meningkatkan penglibatan masyarakat dalam perniagaan francais, tetapi juga membuka peluang pekerjaan. Mengikut statistik, sekurang-kurangnya 1 hingga 5 peluang pekerjaan tersedia bagi setiap cawangan francais baharu, terutama dalam sektor makanan dan minuman serta pendidikan,” jelas beliau.

MFA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pembangunan francais, baik di dalam mahupun di luar negara. Usaha ini bertujuan utama untuk memperkasakan industri francais tempatan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab francais terkemuka di rantau Asia Tenggara.

NFX telah dirasmikan oleh YB Haji Abdul Ghafar bin Saad, Adun Guar Chempedak mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan & Keusahawanan, Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir Naib Pengerusi MFA, Dato’ Zahriah Abd Kadir dan Tn Hj Mohamad Shukri Salleh.

Disamping itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti sesi kuiz, taklimat francais, khidmat nasihat francais dan banyak lagi. Orang ramai dijemput untuk sama-sama memeriahkan NFX di Aman Central Mall dari 14 hingga 17 November, jam 10.00 pagi – 10.00 malam. Masuk adalah Percuma!

Latar Belakang Ekspo Francais Nasional (NFX)/ National Franchise Expo (NFX)

• NFX adalah jelajah ekspo francais di negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
• Dianjurkan untuk membantu penggiat industri francais berjumpa dan berhubung dengan bakal francaisi di setiap negeri sekali gus menyokong usaha mereka dalam mengembangkan perniagaan francais peringkat tempatan.
• Menggalakkan masyarakat tempatan untuk menceburi perniagaan francais.

SUMBER: Persatuan Francais Malaysia (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurul Ain
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: 603-6241 4141  
Faks: 603-6241 1551  
E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my
Laman web: www.mfa.org.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...