Platform susur galur dan katalog data Octopai yang terbaik dalam kelasnya untuk memberikan kebolehtemuan, kualiti dan tadbir urus bagi perusahaan untuk meningkatkan proses membuat keputusan yang dipacu oleh data
SANTA CLARA, California, 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya platform hibrid sebenar untuk data, analitik dan AI, mengumumkan yang mereka telah mencapai persetujuan muktamad dengan Octopai B.I. Ltd. (Octopai) untuk memperoleh platform susur galur dan katalog data yang membolehkan organisasi memahami dan mentadbir urus data mereka. Transaksi ini akan menambah keupayaan katalog data dan pengurusan metadata Cloudera secara ketara.Perusahaan mengalami tekanan meningkat untuk menggabungkan pembuat keputusan yang dipacu olah data ke dalam operasi perniagaan mereka. Mereka ingin memanfaatkan data mereka untuk AI, pembelajaran mesin dan inisiatif analitik ramalan, memerlukan strategi kepintaran data menyeluruh untuk mencari semua data yang relevan, kontekstual dan dipercayai merentas syarikat. Tetapi untuk kebanyakan perusahaan—terutamanya di sektor kewangan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan telekomunikasi yang berdepan dengan data yang diselia dengan ketat, sensitif, panjang dan rumit—mempunyai penguasaan sepenuhnya ke atas keseluruhan estet data masih lagi mencabar kerana ia memerlukan keupayaan ke atas berbilang penyelesaian data merentas persekitaran hibrid.
“Oleh sebab organisasi yang dipacu data mengamalkan reka bentuk data hibrid dan bersebaran, untuk berupaya mengurus metadata secara automatik adalah kritikal dalam memberikan pemerhatian kendiri data yang disepadukan”, ujar Sanjeev Mohan, penganalisis utama di SanjMo. “Strategi metadata disepadukan menjurus kepada cerapan analitik yang pengguna data percayai. Mereka juga memastikan keselamatan, meningkatkan tadbir urus dan memberikan pemerhatian yang konsisten merentas keseluruhan estet data. Meningkatkan pengurusan data, tadbir urus dan keupayaan AI Cloudera dengan susur galur data daripada lebih 50 penyambung sumber data oleh Octopai, yang sedia untuk perusahaan dan berbilang lapisan, serta pengurusan metadata diautomasikan membawa kepada penyelesaian metadata dan kepintaran data yang menyeluruh.”
No comments:
Post a Comment