Monday, November 4, 2024

SYARIKAT PELABURAN HASSANA DAN EIG MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UNTUK KERJASAMA STRATEGIK DALAM PROJEK INFRASTRUKTUR DAN PERALIHAN TENAGA DI TIMUR TENGAH






Kerjasama ini memajukan objektif bersama untuk pelaburan di Kerajaan Arab Saudi dan seluruh rantau, dengan dana serantau khusus EIG yang menyasarkan sebanyak AS$1 bilion


RIYADH, Arab Saudi & WASHINGTON, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Pelaburan Hassana (Hassana) dan EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, telah menandatangani memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam projek infrastruktur dan peralihan tenaga di Timur Tengah melalui dana serantau khusus EIG sebanyak AS$1 bilion, dalam pada itu Hassana sedang mempertimbangkan untuk menjadi pelabur utama dengan peruntukan sehingga AS$250 juta.

Memorandum ini mengukuhkan komitmen bersama EIG dan Hassana untuk mengembangkan portfolio pelaburan mereka dalam infrastruktur dan peralihan tenaga di peringkat tempatan dan serantau. Dengan menggalakkan penyertaan daripada pelabur antarabangsa dan meningkatkan pelaburan langsung asing, kerjasama ini bertujuan menyokong matlamat Wawasan 2030 Arab Saudi serta peralihan serantau yang lebih luas ke arah penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan lestari.

Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Encik Saad bin Abdulmohsen Al-Fadly, Ketua Pegawai Eksekutif Hassana dan Encik R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG.

Encik Al-Fadly berkata, "Kami di Hassana berasa berbesar hati kerana dapat memperluaskan kerjasama kami dengan EIG, peneraju dalam sektor tenaga dan infrastruktur global. Perjanjian ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk menyokong pertumbuhan pelaburan infrastruktur dan memudahkan peralihan tenaga di Kerajaan Arab Saudi dan seluruh rantau ini."

Encik Thomas turut mengulas, "Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Hassana dalam projek Pearl Pipelines di Arab Saudi dan kini menantikan untuk membawa hubungan kami ke tahap yang lebih tinggi."

Beliau menambah, "Kami percaya peralihan tenaga adalah salah satu tema pelaburan utama dalam dekad-dekad akan datang, dan pelabur utama perlu bekerjasama untuk menyediakan sistem tenaga yang boleh dipercayai, mampu milik dan mampan yang diperlukan oleh masyarakat. Kami komited untuk merealisasikan matlamat ini."

Abdulaziz Al-Gudaimi, Pengerusi Operasi MENA EIG, menyatakan, “Hassana dan EIG terus memainkan peranan penting dalam industri tenaga di Timur Tengah. Melalui pelaburan dalam projek-projek inovatif peralihan tenaga, kami berusaha membina masa depan yang mampan, merangsang pertumbuhan ekonomi, dan mengukuhkan komitmen rantau ini terhadap tenaga bersih untuk masa hadapan.”

Perihal Syarikat Pelaburan Hassana

Syarikat Pelaburan Hassana, sebagai pengurus pelaburan bagi Pertubuhan Am untuk Insurans Sosial (GOSI), mengurus lebih daripada SAR1.2 trilion (AS$320 bilion) dalam aset, menjadikannya salah satu dana pencen terbesar di dunia. Portfolio Hassana merangkumi pelbagai pelaburan tempatan, serantau dan global dalam berbagai jenis aset.

Dengan komitmen terhadap pelaburan jangka panjang, Hassana menerapkan pendekatan strategik dan proses yang teliti, sambil memanfaatkan bakat bertaraf dunia, untuk memastikan portfolionya mampu memberikan hasil terbaik bagi memenuhi keperluan pencen generasi-generasi Saudi pada masa hadapan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: www.hassana.com.sa

Perihal EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, dengan aset sebanyak AS$24.9 bilion di bawah pengurusan setakat 30 Jun 2024. EIG pakar dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga di seluruh dunia. Sepanjang 42 tahun sejarahnya, EIG telah menyalurkan lebih AS$48.6 bilion kepada sektor tenaga melalui 414 projek atau syarikat di 44 negara merentasi enam benua. Pelanggan EIG termasuk beberapa pelan pencen utama, syarikat insurans, dana wakaf, yayasan, dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C., dengan pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web EIG di www.eigpartners.com.

Catatan: Dana serantau khusus EIG pada masa ini hanya tersedia untuk pelabur di Pasaran Global Abu Dhabi, Argentina, Australia, Austria, Bahamas, Bahrain, Belgium, Bermuda, Brazil, British Virgin Islands, Brunei, Kanada, Kepulauan Cayman, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai, Ecuador, Negara Anggota EEA, El Salvador, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guatemala, Guernsey, Hong Kong, Iceland, India, Indonesia, Ireland , Itali, Jepun, Jersi, Kuwait, Lubnan, Libya, Liechtenstein, Malaysia, Kepulauan Marshall, Mexico, Monaco, Maghribi, Belanda, New Zealand, Norway, Oman, Panama, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, Rusia, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Türkiye, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Uruguay dan Vietnam.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54143888/en

Butiran Hubungan

Hubungan Media
Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Sumber: EIG

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...