IRVINE, Calif., 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SBC Medical Group Holdings Incorporated ("SBC Medical" atau "Syarikat"), pemilik global, pengendali dan penyedia perkhidmatan pengurusan serta produk untuk pusat rawatan kosmetik, hari ini mengumumkan keputusan kewangan yang tidak diaudit untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2024.
Sorotan Suku Ketiga Tahun 2024· Jumlah hasil bagi tiga bulan yang berakhir pada 30 September 2024 ialah $53 juta, meningkat sebanyak 12% daripada $47 juta dalam suku yang sama pada tahun 2023.
· Jumlah hasil bagi sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2024 ilah $160 juta, meningkat sebanyak 23% daripada $131 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2023.
· Pendapatan daripada operasi bagi tiga bulan yang berakhir pada 30 September 2024 ialah $13 juta, menurun sebanyak 31% daripada suku yang sama pada tahun 2023.
o Hasil ini dipengaruhi oleh perbelanjaan pampasan berasaskan saham sebanyak $12.8 juta yang berkaitan dengan proses penyenaraian Syarikat.
· Pendapatan daripada operasi bagi sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2024 ialah $65.5 juta, meningkat sebanyak 40.5% daripada tempoh yang sama pada tahun 2023.
o Hasil ini dipengaruhi oleh perbelanjaan pampasan berasaskan saham sebanyak $12.8 juta yang berkaitan dengan proses penyenaraian Syarikat.
· EBITDA¹, yang dikira dengan menambah perbelanjaan susut nilai dan pelunasan kepada pendapatan daripada operasi, bagi sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2024 ialah $68 juta, meningkat sebanyak 21% daripada tempoh yang sama pada tahun 2023. Margin EBITDA ialah 42% bagi sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2024.
No comments:
Post a Comment