SERI KEMBANGAN, 5 Sept (Bernama) -- Hotel Unicorn Four Season Durian yang sebelum ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan dibuka semula pada 1 Ogos 2022 selepas terpaksa menangguhkan operasi buat sementara waktu akibat pandemik Covid-19. Dengan bertemakan gaya timur, tetamu bukan sahaja boleh membawa dan menikmati durian mereka sendiri, malahan mereka juga dapat menikmati pelbagai produk berasaskan durian di kafe bertemakan durian yang terletak di hotel tersebut pada masa hadapan. Hotel Unicorn Four Season Durian kini memperkenalkan promosi set hidangan sarapan pagi eksklusif yang berharga RM 2.00 sahaja. Promosi ini tidak khusus untuk tetamu sahaja malahan ia terbuka untuk semua.
Sebagai sebahagian daripada pembukaan semula, Hotel Unicorn Four Season Durian menawarkan pelbagai jenis sarapan pagi eksklusif berharga hanya RM 2.00 per set. Set tersebut termasuklah sarapan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu Nasi Lemak, Roti Canai dan sudah tentu, Roti Bakar yang enak. Setiap set dilengkapi minuman kopi atau teh pilihan tersendiri. Tawaran istimewa ini bukan sahaja tersedia untuk tetamu hotel, tetapi juga terbuka kepada orang ramai. Sebanyak 300 set hidangan sarapan pagi eksklusif disediakan setiap hari. Waktu sarapan di Hotel Unicorn Four Season Durian adalah dari 7 pagi hingga 11.30 pagi.Pihak Pengurusan Hotel, di bawah seliaan Tan Sri Lee Kim Yew, pengasas Hotel Unicorn Four Season Durian memahami kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan berharap dapat memainkan peranan dalam membantu meringankan beban rakyat. Melalui inisiatif Bantu-Bantu Malaysia yang dilancarkan oleh Tan Sri Lee Kim Yew, sebanyak 200,000 kotak makanan dan lebih 10,000 paket ubat Tradisional Cina (TCM) Lungshields telah diedarkan sejak wabak Covid berlaku. Tan Sri Lee Kim Yew berharap promosi pakej bilik dan set sarapan baharu ini akan memberi manfaat dan dapat membantu orang ramai.
Selain itu, sempena pembukaan semula hotel ini, pihak pengurusan hotel bersama Palace Vacation Club telah memperkenalkan sistem struktur “timeshare”. Kini, orang ramai boleh merebut peluang menikmati set sarapan pagi RM 2.00 yang sedia murah pada separuh harga diskaun, iaitu RM 1.00 dalam masa sehingga 5 tahun. Di samping itu, ahli juga boleh menempah bilik dan kemudahan pada separuh harga dan memperoleh faedah tambahan ini untuk keluarga mereka dalam jangka masa sehingga 20 tahun.
No comments:
Post a Comment