Sorotan berita
· Pengarah Baharu Karen Dykstra dan Jeff Sine menyertai Lembaga Pengarah Arm· Jason Child dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu
CAMBRIDGE, England, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arm hari ini mengumumkan pelantikan ahli Lembaga baharu Karen Dykstra, bekas Ketua Pegawai Kewangan dan Pentadbiran bagi AOL dan Jeff Sine, Pengasas Bersama dan Rakan di Kumpulan Raine, berkuat kuasa serta-merta. Pemimpin-pemimpin yang berkelayakan tinggi ini membawa kepelbagaian kepakaran kepada Arm ketika syarikat itu bersedia untuk satu penyenaraian awam yang bakal berlaku.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arm Rene Haas berkata: “Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Karen dan Jeff, kedua-dua pemimpin perniagaan yang luar biasa yang akan membawa pengalaman yang mendalam dan luas kepada Lembaga Arm.”
Arm juga hari ini mengumumkan pelantikan Jason Child sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO). Child mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman di dalam kepimpinan di syarikat-syarikat pertumbuhan tinggi dan meningkatkan fungsi kewangan global. Child akan menyertai Arm pada 2 November, 2022 dan menerajui organisasi kewangan dan IT global syarikat itu, dan melapor terus kepada Haas.
Haas menambah, “Jason ialah seorang pemimpin berpengalaman di dalam kewangan dan teknologi global. Pengalaman luas beliau di dalam pengurusan kewangan di syarikat-syarikat awam dan pelaksanaan IPO akan menjadi sangat berharga sebagai persediaan untuk satu penyenaraian awam yang bakal berlaku. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan beliau sebagai sebahagian daripada pasukan kepimpinan Arm ketika kami meneruskan usaha mendefinisikan masa depan bagi pengkomputeran, yang dibina di atas Arm.”
Child akan menggantikan CFO sekarang Inder Singh yang akan kekal di Arm dalam peranan sebagai penasihat dan membantu di dalam peralihan sehingga November sebelum beralih kepada satu peluang baharu.
No comments:
Post a Comment