Modul 5G Quectel RM520N-GL and senario penggunaan IoT mereka (Foto: Business Wire) |
VANCOUVER, British Columbia, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quectel Wireless Solutions, sebuah penyedia penyelesaian IoT global, telah mengumumkan bahawa modul 5G NR RM520N-GL mereka, yang mematuhi dengan piawaian 3GPP Release 16 (R16), telah diperakui untuk beroperasi pada rangkaian 5G dan LTE-A T-Mobile di Amerika Syarikat.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220829005280/en/
Dengan pensijilan ini, pelanggan RM520N-GL boleh menggunakan secara komersial pintu gerbang rumah mereka, penghala industri, peranti automasi industri, kenderaan penghantaran tanpa pemandu, robot, dron, komputer riba pengguna dan industri serta penggunaan IoT generasi seterusnya yang lain pada rangkaian 5G dan LTE-A T-Mobile.
“Kami sangat teruja untuk melihat Quectel telah mencapai kemajuan yang ketara di dalam 5G, ketika modul kami yang menyokong ciri-ciri 5G R16 telah memperoleh pensijilan yang penting ini di dalam pasaran Amerika Utara,” kata Norbert Muhrer, Presiden dan Ketua Pegawai Jualan bagi Quectel. “Ini mengesahkan komitmen kami untuk memacukan inovasi dan menyediakan pelanggan global kami dengan penyelesaian IoT yang terbaik di dalam kelasnya yang sangat boleh dipercayai, yang akan membantu mempercepatkan gelombang seterusnya bagi penggunaan loT 5G.”
Berdasarkan kepada platform SDX62 Qualcomm, RM520N-GL itu menyokong kedua-dua mod 5G NSA dan SA, serta ciri-ciri R16 yang dipertingkatkan seperti lebar jalur ultra tinggi, kependaman tahap milisaat, penghirisan rangkaian 5G dan kebolehpercayaan ultra.
Menyasarkan pasaran global, modul ini direka bentuk untuk menyokong 28 jalur utama sub-6GHz di seluruh dunia (n1/ 2/ 3/ 5/ 7/ 8/ 12/ 13/ 14/ 18/ 20/ 25/ 26/ 28/ 29/ 30/ 38/ 40/ 41/ 48/ 66/ 70/ 71/ 75/ 76/ 77/ 78/ 79), yang serasi ke belakang dengan rangkaian LTE-A/3G dan menampilkan GNSS bersepadu untuk perkhidmatan lokasi. Modul yang sangat bersepadu ini boleh meningkatkan penggunaan IoT pelanggan dengan ketara di peringkat global.
No comments:
Post a Comment