Wednesday, September 7, 2022

SKYROOT AEROSPACE MENGUMPULKAN $51 JUTA DENGAN DIKETUAI OLEH GIC UNTUK MENGGERAKKAN MASA DEPAN BAHARU BAGI PELANCARAN SATELIT KECIL

 

Pengasas Skyroot Pawan Kumar Chandana (kanan) & Naga Bharath Daka (kiri) (Foto: Business Wire) 

HYDERABAD, India, 6 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat permulaan teknologi angkasa Skyroot Aerospace dari India, berjaya mengumpulkan AS$51 juta dalam pusingan pembiayaan Siri-B yang diketuai oleh GIC, sebuah firma pelaburan global terkemuka. Ini merupakan pusingan pembiayaan terbesar di dalam sektor Teknologi Angkasa swasta India, yang mengesahkan kekuatan Skyroot di dalam teknologi angkasa dan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran satelit kecil antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada pelaburan itu, Mayank Rawat, Pengarah Urusan bagi GIC India Direct Investment Group, akan menyertai Lembaga Pengarah Skyroot.

“Pusingan ini meletakkan kami di dalam satu trajektori pertumbuhan hiper dengan membiayai kesemua pelancaran awal kami, dan membolehkan membina infrastruktur untuk memenuhi kadens pelancaran tinggi yang diperlukan oleh pelanggan satelit kami. Matlamat kami adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan pelancaran yang terbaik di dalam kelasnya dan destinasi pilihan bagi pelancaran satelit kecil yang tidak mahal dan boleh dipercayai,” kata Pawan Kumar Chandana, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Skyroot.

“Kami telah mengesahkan ketiga-tiga teknologi pendorong di dalam kenderaan pelancar angkasa Vikram kami, dan melengkapkan satu ujian jangka masa penuh bagi satu daripada roket berperingkat kami pada Mei 2022. Kami juga merancang mengadakan satu pelancaran demonstrasi pada tahun ini. Pusingan ini akan membantu kami mencapai skala pelancaran satelit komersial sepenuhnya dalam masa satu tahun. Kami telah mula menempah slot muatan untuk pelancaran kami yang akan datang,” kata Naga Bharath Daka, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi, Skyroot.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16280


No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...