Tuesday, September 6, 2022

HTEC GROUP MENGAMBIL ALIH MISTRAL TECHNOLOGIES UNTUK MEMPERLUAS PANGKALAN KEJURUTERAANNYA KEPADA LEBIH 2,000 AHLI PROFESIONAL DI EROPAH TENGGARA

SAN FRANCISCO, 5 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- HTEC Group (“HTEC”) (www.htecgroup.com), sebuah syarikat global dalam perundingan, kejuruteraan perisian dan pembangunan produk digital yang berpangkalan di San Francisco, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Mistral Technologies yang berpangkalan di Sarajevo. Bergabung tenaga dengan pasukan Mistral yang terdiri daripada 300 orang, HTEC kini merupakan syarikat teknologi terbesar di Bosnia dan Herzegovina yang mempunyai hampir 600 orang pakar bekerja di negara itu.

Di peringkat global, pasukan HTEC telah berkembang kepada lebih 2,000 pekerja dengan pusat pembangunan di seluruh Eropah Tenggara — di mana syarikat tersebut beroperasi di enam buah negara — dengan pejabat kreatif dan perundingannya yang terletak di Silicon Valley, London, New York, Minneapolis, Amsterdam, Stockholm dan Gothenburg. Dengan menggabungkan pemikiran reka bentuk oleh mereka yang berpangkalan di Silicon Valley dengan bakat kejuruteraan SEE yang terbaik di lebih 20 buah lokasi, HTEC menyokong para pelanggan global dengan pembangunan produk digital, daripada strategi dan pembentukan konsep kepada reka bentuk dan kejuruteraan tangkas pada skala besar.

Mistral, iaitu ahli terbaharu HTEC Group, telah diasaskan di Sarajevo pada tahun 2010 dan telah meletakkan syarikatnya sebagai majikan pilihan untuk bakat kejuruteraan di Bosnia dan Herzegovina, dengan portfolio pelanggan mengagumkan yang melibatkan syarikat-syarikat Fortune 500. 

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...