Monday, September 5, 2022

TOSHIBA MENGELUARKAN PENGGANDING FOTO PEMACU PINTU PINTAR YANG MEMBANTU MEMUDAHKAN REKA BENTUK BAGI LITAR PERSISIAN UNTUK PERANTI KUASAToshiba: sebuah pengganding foto pemacu pintu pintar output 2.5A "TLP5222" yang mempunyai sebuah fungsi pemulihan automatik terbina dalam daripada operasi perlindungan. (Grafik: Business Wire)

 

Toshiba: sebuah pengganding foto pemacu pintu pintar output 2.5A "TLP5222" yang mempunyai sebuah fungsi pemulihan automatik terbina dalam daripada operasi perlindungan. (Grafik: Business Wire)

KAWASAKI, Jepun, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah memperluaskan susunan barisan pengganding foto pemacu pintu pintar mereka, pemacu pintu terpencil dengan perlindungan arus lebihan bagi sebuah peranti kuasa, sama ada sebuah MOSFET atau IGBT. Peranti baharu itu, “TLP5222,” sebuah pengganding foto pemacu pintu pintar output 2.5A, mempunyai sebuah fungsi pemulihan automatik terbina dalam daripada operasi perlindungan. Penghantaran bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220830005390/en/ 

TLP5222 sentiasa memantau voltan sumber saliran (VDS)[1]  atau voltan pemancar-pengumpul (VCE)[2]  bagi peranti kuasa yang dipacunya. Pengesanan arus lebihan terbina dalam dan sebuah fungsi perlindungan mengesan sebarang kenaikan di dalam VDS atau VCE, hasil daripada arus lebihan yang dijanakan di dalam peranti kuasa, dan matikannya secara perlahan-lahan.

Pengganding foto baharu itu juga mempunyai sebuah fungsi pemulihan automatik terbina dalam yang menetapkan semula produk kepada operasi normal 25.5μs (jenis) selepas operasi perlindungan dicetuskan. Ini memudahkan tetapan jujukan di dalam alat pengawal. Ia juga menggabungkan sebuah fungsi maklumat balas status ROSAK terpencil yang menghantar isyarat kerosakan kepada alat pengawal apabila arus lebihan dikesan, dan sebuah fungsi pengapit Miller aktif yang menghalang peranti kuasa atas dan bawah daripada menjadi terlitar pintas[3], sekali gus membantu untuk memudahkan reka bentuk dan mengurangkan litar luaran.

Ditempatkan di dalam sebuah pakej SO16L yang memastikan jarak rayapan dan kelegaan sebanyak 8mm (minimum), TLP5222 boleh juga digunakan di dalam peralatan yang memerlukan prestasi penebat yang tinggi. Selain itu, dengan julat suhu operasi berkadar yang luas di antara -40°C dan 110°C, ia sesuai untuk pelbagai aplikasi dalam persekitaran terma yang kasar seperti sistem penjanaan kuasa fotovoltan dan bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS).

Susunan barisan ini juga termasuk TLP5212, TLP5214A dan TLP5214, yang tidak mempunyai sebuah fungsi pemulihan automatik terbina dalam tetapi ditetapkan semula kepada operasi normal mereka dengan sebuah input isyarat kepada LED mereka, yang membolehkan pengguna untuk memilih produk yang sesuai bagi keadaan penggunaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16257

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...