Monday, September 26, 2022

HYTERA MELANCARKAN PENGULANG DMR KOMPAK GENERASI BAHARU HR65X





 Table
 
Hytera Melancarkan Pengulang DMR Kompak Generasi Baharu HR65X (Foto: Business Wire)
 
 
Fleksibel untuk digunakan dan mudah untuk rangkaian, Pengulang DMR Kompak HR65X Hytera membolehkan perniagaan untuk menyediakan liputan radio dua hala yang boleh dipercayai di satu tempat yang ditetapkan dengan ruang paling sedikit dan paling banyak kebolehgunaan.


SHENZHEN, China, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), sebuah penyedia global terkemuka bagi teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional, baru-baru ini telah menambahkan satu lagi ahli kepada portfolio Digital Mobile Radio (DMR) dengan mengeluarkan Pengulang DMR Kompak HR65X. Sebagai pengulang kedua Hytera selepas kemunculan pertama DMR generasi baharu Hytera, Siri H, pada tahun 2021, HR65X direka untuk menawarkan satu cara yang tangkas untuk mewujud, mengembang atau meningkatkan liputan bagi sistem radio dua hala.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220926005368/en/

Padat dan ringan, HR65X boleh dipasang secara fleksibel ke dinding atau dibawa ke mana-mana dalam sebuah beg galas dengan aksesori yang disesuaikan. Dengan keperluan minimum untuk keadaan pemasangan di tapak, HR65X membolehkan sambungan komunikasi di mana sahaja ia diperlukan; pengulang itu boleh didapati dalam dua versi: versi kuasa tinggi 25W dengan satu kipas dipasang dan kuasa rendah 10W tanpa kipas.

Daripada sistem konvensional DMR tapak tunggal untuk bangunan bertingkat rendah kepada sistem berbilang tapak IP untuk bangunan bertingkat tinggi, HR65X menyampaikan isyarat yang kuat dan stabil ke setiap sudut tempat itu. Beratnya hanya kira-kira 2kg dan boleh dibawa di bahagian belakang dengan mudah. Apabila ia dibawa ke udara dengan sebuah dron profesional, HR65X menjadi satu penyelesaian liputan kecemasan. Ia boleh bersambung dengan model pengulang lain daripada Hytera dan membentuk satu rangkaian yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

Direka bentuk untuk beroperasi dengan kuasa AC atau satu bateri pilihan, HR65X terus berfungsi sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Apabila ia bersambung ke bekalan kuasa AC, bateri itu berfungsi sebagai satu sokongan. Sekiranya berlaku gangguan, bateri 12.5Ah itu bersedia untuk menyokong sehingga 9 jam bagi operasi 10W dan sehingga 4 jam bagi operasi 25W. Penyelesaian sokongan kuasa ini mengurangkan pelaburan modal dan tenaga kerja penyelenggaraan untuk menambahkan peralatan kuasa UPS.

HR65X beroperasi dalam mod analog, mod DMR atau mod digital/analog campuran dinamik, yang boleh memastikan bahawa radio analog yang sedia ada terus disambungkan ke rangkaian DMR baharu dan dengan itu melindungi pelaburan terdahulu pelanggan sepenuhnya. Terima kasih kepada Sistem Pengurusan Rangkaian Lanjutan (XNMS), pengguna boleh mengemas kini konfigurasi HR65X dari jarak jauh dalam masa beberapa minit dan memantau status operasi dan penggera dalam masa nyata yang secara mendadak mengurangkan masa dan sumber untuk mengekalkan pengulang di tapak yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengulang DMR kompak HR65X Hytera, sila layari: https://www.hytera.com/en-products/digital-radio/dmr-system/hr65x/

Maklumat mengenai Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah sebuah pembekal global terkemuka bagi teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional. Dengan keupayaan suara, video dan data, kami menyediakan sambungan yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal. Kami menjadikan dunia lebih cekap dan lebih selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam kedua-dua operasi harian dan tindak balas kecemasan. Ketahui lebih lanjut di https://www.hytera.com/en/home.html.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220926005368/en/

Hubungi

lele.yao@hytera.com

Sumber : Hytera Communications Corporation Limited

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...