Tuesday, August 30, 2022

TOSHIBA MELANCARKAN MOSFET SIC GENERASI KETIGA MEREKA YANG MENYUMBANG KEPADA KECEKAPAN PERALATAN PERINDUSTRIAN YANG LEBIH TINGGI

Toshiba: MOSFET SiC generasi ke-3 “Siri TWxxxNxxxC” (Grafik: Business Wire)

- Susunan barisan yang meliputi produk 1200V dan 650V -

KAWASAKI, Jepun, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan peranti kuasa baharu, “siri TWxxxNxxxC,” MOSFET silikon karbida (SiC) generasi ke-3[¹][²] mereka yang menyampaikan rintangan yang rendah dan mengurangkan kehilangan pensuisan dengan ketara. Sepuluh produk, lima produk 1200V dan lima produk 650V, telah mula dihantar hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220829005265/en/

Produk baharu itu mengurangkan rintangan pada setiap ruang unit (RDS(ON)A) dengan sebanyak kira-kira 43%[³], yang membolehkan cas rintangan pada sumber saliran * pintu saliran (RDS(ON)*Qgd), satu indeks penting yang mewakili perhubungan di antara kehilangan pengaliran dan kehilangan pensuisan, akan dikurangkan kira-kira 80%[⁴]. Ini mengurangkan kehilangan pensuisan sebanyak kira-kira 20%[⁵], dan menurunkan kedua-dua rintangan dan kehilangan pensuisan. Produk baharu itu menyumbang kepada kecekapan peralatan yang lebih tinggi.

Toshiba akan terus mengembangkan susunan barisan peranti kuasa mereka dan untuk meningkatkan kemudahan pengeluaran mereka, dan menyasarkan untuk merealisasikan sebuah ekonomi bebas karbon dengan menyediakan peranti kuasa berprestasi tinggi yang mudah untuk digunakan.

TOSHIBA MELANCARKAN MOSFET SIC GENERASI KETIGA MEREKA YANG MENYUMBANG KEPADA KECEKAPAN PERALATAN PERINDUSTRIAN YANG LEBIH TINGGI

Friday, August 26, 2022

INFINITESIMA MEMPEROLEH PELABURAN STRATEGIK UNTUK MENINGKATKAN PENGELUARAN METRON3D

 Sistem metrologi Metron3D revolusioner Infinitesima membolehkan kawalan proses 3D sebaris untuk semikonduktor generasi seterusnya


ABINGDON, United Kingdom, 25 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Infinitesima berbesar hati mengumumkan penyempurnaan pusingan pelaburannya untuk meningkatkan pengeluaran Metron3D iaitu sistem metrologi wafer 300 mm sebaris bagi menyokong penghantaran kepada para pelanggan bermula suku ke-4 tahun 2022.

Sistem Metron3D menampilkan teknologi Rapid Probe Microscope (RPM) syarikat tersebut yang terbukti bersama modul daripada pembekal industri terkemuka untuk membolehkan prestasi dan kebolehpercayaan maksimum dicapai. Sistem ini telah direka bentuk untuk kawalan proses pengeluaran sebaris dengan daya pemprosesan yang tinggi serta automatik sepenuhnya untuk menangani keperluan yang semakin meningkat terhadap metrologi 3D beresolusi tinggi dalam proses semikonduktor canggih.

“Kami teruja dengan teknologi prob berkelajuan tinggi kami yang unik, bersama-sama dengan keperluan industri yang semakin meningkat untuk metrologi 3D sebaris yang telah membawa kepada penglibatan pelanggan yang kukuh,” kata Profesor Andrew Humphris, Ketua Pegawai Teknologi merangkap Pengasas Infinitesima.

Pusingan pelaburan ini telah diketuai oleh Wonik Investment Partners, sebuah anak syarikat kepada syarikat antarabangsa yang terkemuka dari Korea iaitu Wonik yang mengendalikan pelbagai perniagaan, termasuk bahan dan peralatan semikonduktor.   

Dong Su Kim, Presiden Wonik Investment Partners mengulas, “Kami menyedari akan peluang pertumbuhan yang ketara untuk Infinitesima, dengan teknologi metrologi 3D yang unik dan pasukan berpengalaman yang boleh menangani keperluan yang semakin mencabar untuk kawalan proses semikonduktor generasi seterusnya.”

Andrew Dixon, Pengerusi Infinitesima dan Pengasas ARC InterCapital berkata, “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Wonik Investment Partners sebagai pelabur bersama merangkap rakan kongsi ketika kami memperkenalkan Metron3D kepada pengeluar semikonduktor terkemuka.”

Tentang Infinitesima

Infinitesima Limited ialah sebuah syarikat peneraju dalam penyelesaian metrologi canggih untuk industri semikonduktor yang berpangkalan di UK. Syarikat ini telah mempelopori satu teknologi inovatif yang menggabungkan keupayaan pengesanan permukaan 3 dimensi mikroskopi daya atom, dengan pengaktifan laser berkelajuan tinggi dan ketepatan interferometri, iaitu Rapid Probe Microscope(RPM) yang dilindungi oleh portfolio paten yang meluas.

Teknologi RPM syarikat ini telah disepadukan sebagai sebuah modul oleh syarikat-syarikat peralatan semikonduktor terkemuka dan digunakan oleh pengeluar semikonduktor terkemuka.

Pengeluar semikonduktor semakin memerlukan penyelesaian metrologi 3D beresolusi yang lebih tinggi untuk mengawal proses generasi seterusnya yang tidak dapat ditangani oleh teknik pancaran optik dan elektron semasa. Infinitesima telah memperkenalkan satu sistem metrologi berkelajuan tinggi, Metron3D, yang menampilkan teknologi RPM yang telah dipatenkan milik syarikat ini untuk menangani keperluan pelanggan yang semakin meningkat terhadap kawalan proses 3D sub-nanometer* sebaris.

* 1 nanometer (nm) bersamaan dengan 10-9 meter (diameter bagi satu atom silikon ialah kira-kira 0.2nm).

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/96b7871e-c1de-4cfd-83de-39232a38dc56

Lampiran

Company contacts

John Cossins, Business Development and Marketing, Director
john.cossins@infinitesima.com
+1 (512) 221 7561

Peter Jenkins, CEO
peter.jenkins@infinitesima.com
+44 7803 292 044

www.infinitesima.com
https://www.linkedin.com/company/6717920

SUMBER: Infinitesima

TOSHIBA MENGELUARKAN IC PEMACU MOTOR PELANGKAH YANG MENYUMBANG KEPADA PENJIMATAN RUANG PADA PAPAN LITAR




KAWASAKI, Jepun, 25 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memperluaskan barisan IC pemacu motor pelangkah mereka dengan pelancaran “TB67S549FTG,” sebuah IC pemacu motor pelangkah yang ditempatkan di dalam sebuah pakej kecil, dengan kawalan arus malar terbina dalam yang tidak memerlukan komponen litar luaran. Pemacu baharu itu menyumbang kepada penjimatan ruang pada papan litar dan sangat sesuai untuk peralatan perindustrian seperti automasi pejabat dan peralatan kewangan. Penghantaran bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220824005284/en/

TB67S549FTG menggunakan DMOS FET[1] Toshiba bagi transistor kuasa output mereka, dan menampilkan satu penarafan voltan output motor 40V dan satu penarafan arus output motor 1.5A[2]. Penggunaan pakej QFN24 itu mengurangkan kawasan pelekap kepada kira-kira 64% bagi pakej QFN32 yang digunakan untuk produk semasa Toshiba, TB67S539FTG. Ini membantu menjimatkan ruang pada papan litar.

Di samping itu, pemacu baharu itu menggabungkan sebuah bahagian pengesanan arus bagi kawalan motor arus malar, dan tidak memerlukan kapasitor luaran untuk sebuah litar pam cas. Ini akan mengurangkan komponen litar luaran, dengan itu menjimatkan ruang pada papan litar.

TB67S549FTG menyokong voltan bekalan kuasa motor daripada 4.5V sehingga 33V, dan mempunyai penggunaan arus sehingga 1μA dalam mod tidur, menjadikannya boleh digunakan secara meluas bagi penggunaan bekalan kuasa 12V/24V.

Toshiba akan terus membangunkan produk untuk pelbagai penggunaan, dan bagi menyediakan penyelesaian menyeluruh yang menyumbang kepada pemudahan reka bentuk pengguna, pengurangan ruang papan dan pengurangan kos secara keseluruhan.

Nota:
[1] MOSFET Dwi-Resap
[2] Arus sebenar yang boleh memacukan motor dihadkan oleh suhu ambien, voltan bekalan kuasa dan keadaan kendalian yang lain.

Penggunaan
  • Mesin cetak
  • Mesin cetak pelbagai fungsi (MFP)
  • Mesin juruwang automatik (ATM)
  • Mesin pengurup wang
  • Kamera pengawasan
  • Projektor
Ciri-ciri
  • Pakej QFN24 kecil: 4.0mm × 4.0mm (jenis)
  • Perintang pengesanan arus luaran tidak diperlukan untuk kawalan motor arus malar.
  • Tidak memerlukan kapasitor luaran untuk litar pam cas.
  • Penggunaan kuasa yang rendah dalam mod tidur: IM1=1μA (maksimum) 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16236

Thursday, August 25, 2022

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP MEMENANGI BEBERAPA KONTRAK STESEN BAHAN API HIDROGEN DI CALIFORNIA DAN KOREA SELATAN

TEMECULA, Calif., 25 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group ("CE&IG"), yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), berbangga menjadi penerima berbilang kontrak dalam menyediakan lebih sedozen Stesen Bahan Api Hidrogen (“HFS”) kepada pelanggan di California dan Korea Selatan. Stesen ini yang akan beroperasi antara Q4 2023 dan Q2 2024, merangkumi stesen bahan api untuk tugas ringan, tugas berat dan kenderaan sel bahan api transit yang memerlukan pendispensan H35 dan H70.

“Sebagai seorang ahli duta Kerjasama Sel Bahan Api California (“CaFCP”) dan peneraju teras teknologi kriogenik, Nikkiso merupakan kunci dalam menghubungkan ekosistem hidrogen untuk memajukan agenda tenaga bersih,” ujar Peter Wagner, CEO Nikkiso CE&IG.

“Kami berbesar hati untuk menawarkan komersial dan teknikal yang fleksibel serta boleh skala yang paling pelanggan kami perlukan: daripada pembikin peralatan kepada penyelesaian EPC siap guna,” ujar Joseph Pak, Presiden Penyelesaian Kriogenik Bersepadu Nikkiso.

Pesanan belian mempunyai nilai gabungan sebanyak hampir US$60 juta. Nikkiso telah menetapkan lebih daripada 150,000 ft2 (14,000 m2) kaki persegi ruang lantai untuk menghasilkan stesen bahan api hidrogen secara besar-besaran di Murrieta, CA, Escondido, CA, Busan, Korea Selatan dan Neuenbürg, Jerman. Setiap stesen akan dikeluarkan untuk mematuhi syarat kandungan tempatan, termasuklah Akta Beli Barangan Amerika untuk pasaran Hab Hidrogen AS.

Bermula dengan projek stesen hidrogen ini, Nikkiso Group ingin meluaskan lagi perniagaan berkaitan hidrogen mereka dengan mengukuhkan penyertaan mereka dalam rantaian bekalan hidrogen dan meluaskan dalam pasaran global.

Perihal Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group
Nikkiso’s CE&IG adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd. Nikkiso Co. adalah sebuah syarikat awam bernilai $1.4B. CE&IG terdiri daripada lima unit fungsi yang berbeza: Pam Kriogenik (ACD, Nikkiso Cryo), Sistem Proses (Cosmodyne), Sistem Pertukaran Haba (Cryoquip), Perkhidmatan Kriogenik (melalui 20 kemudahan global) dan Penyelesaian Kriogenik Bersepadu (menyediakan pengurusan pembangunan produk dan projek yang berpusat). Pada tahun 2020, CE&IG mengembangkan keupayaannya selanjutnya dengan pemerolehan Divisyen Bahan Api Alternatif milik GP Strategies. Penambahan ini menyediakan sebuah lagi kemudahan pengilangan besar di California Selatan. Kemudahan yang diperakui sebagai peneraju pasaran dalam reka bentuk, kejuruteraan, pengilangan, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur Kriogenik ini, menawarkan keupayaan dalaman sepenuhnya daripada kejuruteraan & kebenaran melalui pengilangan, pembinaan dan penyelenggaraan.

Selama lebih dari 50 tahun, Nikkiso menjadi peneraju dalam industri Tenaga Bersih dan menerajui perubahan kepada dunia yang lebih sihat. Dengan teknologi bahan api hidrogen kami, Nikkiso menjadi peneraju dalam revolusi hidrogen yang berevolusi, termasuklah projek dalam kemudahan bunker LH2 yang pertama di dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.NikkisoCEIG.com.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nikkisoCEIG.com dan www.nikkiso.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16238

MAJORITI PKS KURANG MEMANFAAT KAEDAH BARU RAIH DANA, "PROJECT TREE MASTERCLASS" SASAR TAWAR DANA RM200 JUTA KEPADA PKS BERKELAYAKAN

 

Kapsyen: Speaker Masterclass, Personaliti TV Terkenal, Suhaimi Sulaiman

· Kebanyakan PKS bumiputera masih kurang pendedahan terhadap kaedah baharu meraih dana seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
· Syarikat PKS juga tidak bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan bersaing bagi memperoleh dana-dana bukan konvensional yang disediakan.
· Project Tree sasar RM200 juta dana boleh ditawarkan kepada peserta “Project Tree Masterclass” melalui kerjasama rakan strategik

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Usahawan tempatan terutamanya usahawan Bumiputera boleh memanfaatkan dana menerusi pelbagai saluran dana ekuiti atau pinjaman yang sah di sisi undang-undang, bertujuan untuk melonjakkan potensi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
 
Pengarah Eksekutif Laughing Tree Sdn Bhd,  Shamsul Qamar bin Abd Rani bagaimanapun berkata kebanyakan PKS , terutamanya di kalangan bumiputera masih kurang pendedahan terhadap kaedah baharu meraih dana seperti Pendanaan Awam ekuiti, pembiayaan rakan sebaya (P2P), dan terkini Tawaran Tukaran Permulaan (IEO) yang diselia di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Rata-rata PKS bumiputera masih bergantung kepada pinjaman dari institusi kewangan atau geran kerajaan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
 
"Sebenarnya banyak PKS Bumiputera yang sangat berpotensi untuk berkembang malah ke peringkat global tetapi oleh kerana tidak cukup dana mereka tidak mahu berkembang. Sedangkan terdapat dana yang besar untuk membiayai pertumbuhan PKS-PKS tersebut menerusi pelbagai kaedah, tetapi malangnya tidak banyak PKS tempatan yang ada akses kepada dana-dana sedemikian," jelas beliau.

Selain pendedahan, syarikat PKS juga tidak bersedia untuk meningkatkan kapasiti dan bersaing bagi memperoleh dana-dana bukan konvensional yang disediakan.

Untuk itu pihaknya sedang menggerakkan program yang menghimpunkan pelabur, modal teroka, institusi kewangan, agensi dana kerajaan dan operator pasaran terkawal untuk memberi pemahaman yang komprehensif terhadap dana-dana yang tersedia di bawah kendalian mereka.

"Oleh itu kami akan menganjurkan sebuah program dinamakan "Project Tree Masterclass" yang akan berlangsung dari 12 ke 13 September 2022 dengan mensasarkan penyertaan pemilik perniagaan yang memerlukan dana untuk mengembangkan perniagaan mereka."

Personaliti TV terkenal, Suhaimi Sulaiman, Pengasas pitchIN, Sam Shafie, Pengarah Urusan Ficus Capital, Rina Neoh, CEO MicroLeap Tunku Danny Mudzaffar dan pengasas Broku, Ku Addy Fazly adalah antara speaker Masterclass yang akan menerangkan tentang proses dunia perniagaan, kewangan, pemasaran dan pelaburan dalam sesi dua hari itu.

"Project Tree Masterclass" merupakan kesinambungan usaha yang dilakukan pihak Laughing Tree Sdn Bhd untuk membantu usahawan PKS yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mengembangkan perniagaan mereka ketika ketidaktentuan ekonomi dan politik, di mana pihaknya menganjurkan sesi masterclass secara dalam talian.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=16227

Wednesday, August 24, 2022

WP ENGINE MENYERLAHKAN PENGEMBANGAN SERANTAU DI ASIA

Dengan pertumbuhan 400% di dalam pelanggan APAC sejak pembukaan pejabat mereka di Brisbane pada 2017, WP Engine terus meningkatkan pengembangan di rantau itu dengan kehadiran baharu di Singapura.

SINGAPURA, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WP Engine, syarikat teknologi WordPress yang paling dipercayai di dunia mengumumkan rancangan pengembangan mereka di APAC dengan satu kehadiran baharu di Singapura. Dengan membina di atas kejayaan syarikat itu yang semakin pesat di rantau berkenaan sejak membuka pejabat mereka di Brisbane, Australia pada 2017, WP Engine akan dilancarkan di Singapura dengan penawaran produk serantau baharu dan satu acara pelanggan yang penting, esok, di The Fullerton Hotel Singapura. Terbuka kepada media, acara itu akan mengumpulkan pelanggan dan rakan kongsi dari Singapura bersama-sama dengan kepimpinan syarikat itu.

Kejayaan yang Didorong oleh Australia Sehingga Kini

Mark Randall, Naib Presiden bagi Jualan APAC untuk WP Engine, telah membuka pejabat syarikat itu di Brisbane pada 2017 dengan seorang wakil jualan. Hari ini, Randall mengetuai sebuah pasukan yang terdiri daripada 45 orang pekerja, dan kehadiran WP Engine di APAC adalah lebih besar berbanding sebelum ini, dengan memberikan perkhidmatan kepada jenama utama seperti SealyGregory Jewellers, dan Volvo, serta memacukan pertumbuhan WP Engine di peringkat antarabangsa.

“Bekerja secara langsung dengan jenama dan agensi APAC yang luar biasa merekakan laman web dan pengalaman digital setiap hari adalah satu keistimewaan buat kami,” kata Randall, “Selepas mengalami pertumbuhan yang begitu besar sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, saya amat bangga untuk melihat WP Engine terus membina asas mereka yang kukuh untuk pertumbuhan, dengan menarik bakat terbaik dan mengekalkan tumpuan kepada nilai teras kami, budaya syarikat yang cemerlang dan pekerja kami yang luar biasa.”

WP ENGINE MENYERLAHKAN PENGEMBANGAN SERANTAU DI ASIA

Tuesday, August 23, 2022

PALANG MERAH AUSTRALIA MENGGUNAKAN BOOMI UNTUK MEMBANTU MENGUMPULKAN $27 JUTA BAGI KOMUNITI YANG TERJEJAS DENGAN BANJIR

 



  • Boomi menyediakan kesambungan data dan sokongan teknikal untuk memastikan kejayaan bagi Australia Unites Telethon baru-baru ini
  • Berikutan kejayaan baru-baru ini di Australia dan New Zealand, Boomi baru-baru ini menetapkan rekod industri bagi pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor platform penyepaduan
CHESTERBROOK, Pa., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju kesambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan sokongan mereka di dalam membantu Palang Merah Australia mengumpulkan lebih $27 juta untuk komuniti yang terjejas dengan banjir dengan membolehkan akses data masa nyata di seluruh inisiatif bantuan banjir Australia Unites Telethon.

Pada Februari, masyarakat di utara New South Wales dan selatan Queensland telah dilanda oleh banjir teruk yang memusnahkan beribu-ribu rumah dan mata pencarian penduduk. Ketiga-tiga rangkaian TV komersial utama Australia kemudian menganjurkan sebuah teleton secara langsung untuk mengumpulkan dana bagi usaha Palang Merah dengan isi rumah yang terjejas. Dengan mempunyai empat hari untuk melakukan persiapan, Palang Merah bekerjasama dengan Boomi untuk memastikan infrastruktur teknologi mereka dapat mengendalikan magnitud penglibatan penyokong yang dijangkakan semasa siaran nasional selama lima jam itu.

“Walaupun ia dilihat lancar menerima 30,000 dail-masuk di TV, infrastruktur bahagian belakang dalam menjayakan teleton itu adalah satu pencapaian yang mengagumkan dan sukar,” kata Brett Wilson, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di Palang Merah Australia. “Rakyat Australia tidak sabar-sabar untuk menyalurkan sumbangan. Selain daripada kemasukan pemanggil, kami telah menyaksikan 24,000 pengguna web secara serentak pada halaman derma kami. Untuk memastikan sokongan rakyat Australia dapat diproses dan diterima oleh mereka yang terjejas, kami memerlukan teknologi kami untuk berfungsi sebagaimana ia sepatutnya. Boomi adalah pautan lazim yang menyatukan semua sistem dan data kami, mengendalikan lonjakan trafik Teleton dan memastikan penglibatan penyokong adalah tepat dan stabil.”

Palang Merah telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere pada tahun 2020 sebagai platform penyepaduan mereka untuk menghubungkan beberapa dariada aplikasi teras mereka. Ini membantu memastikan data tentang operasi, pihak berkepentingan dan ahli mereka akan kekal selamat, tepat dan sentiasa tersedia, dan membentuk asas bagi portal dalam talian MyRedCross.

Bagi Australia Unites Telethon, Palang Merah mempercepatkan perkhidmatan Boomi mereka untuk memberi tumpuan kepada sistem keutamaan – termasuk portal MyRedCross, Pangsi sistem pengurusan perhubungan pelanggan (CRM), aplikasi kewangan Teknologi 1 dan perkhidmatan awan dalaman yang lain – untuk mengekalkan sambungan yang lancar sepanjanh tempoh acara langsung itu. Pasukan sokongan tempatan Boomi membantu dengan penyediaan dan kekal bersiap sedia untuk memastikan teknologi itu berfungsi seperti yang diharapkan.

Melalui kemurahan hati orang ramai, teleton itu telah menyediakan geran bantuan tunai kepada lebih 66,000 orang.

Palang Merah berkata pencapaian itu datang pada satu detik yang kritikal dengan kejadian cuaca yang ekstrem meningkat dari segi kekerapan dan keterukan. Ketangkasan dan kestabilan bagi asas data mereka akan membantu organisasi itu untuk bertindak balas secara berterusan terhadap kesan kemanusiaan yang berterusan akibat perubahan iklim, dengan cepat dan berkesan.

“Kami banyak mendengar tentang peranan data di dalam dunia hari ini, tetapi jarang sekali kami melihat paparan konkrit bagi hasil komuniti yang ketara,” kata Nathan Gower, Ketua bagi Pembangunan Perniagaan, Australia dan New Zealand (A/NZ) di Boomi. “Aplikasi dan sistem itu yang membentuk proses derma Palang Merah telah diuji semasa Teleton itu, dan $27 juta yang dikumpulkan adalah satu bukti berhubung kesambungan dan ketepatan data yang dicantumkan ke dalam badan teknologi badan amal itu. Peranan Boomi dalam menyepadukan data untuk menghubungkan orang ramai dan derma dengan lebih baik akan menjadi lebih jelas ketika Palang Merah menumpukan sokongan mereka untuk membantu komuniti Australia agar lebih bersedia untuk penyesuaian iklim.”

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai sebuah syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS) dengan pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor platform penyepaduan, Boomi menggembar-gemburkan sebuah komuniti pengguna yang semakin meningkat dengan  lebih 100,000 ahli, dan satu daripada susunan terbesar bagi penyepadu sistem global (GSI) di dalam ruang iPaaS. Syarikat itu mempunyai sebuah rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan, termasuk Accenture, Deloitte, SAP, dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan hiperskala terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, di antara lain.

Syarikat itu baru-baru ini telah menerima Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dan telah memperoleh penarafan 5 bintang yang berprestij di dalam Panduan Program Rakan CRN, satu senarai definitif bagi program rakan yang paling ketara daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan yang fleksibel melalui saluran IT. Platform kod rendah natif awan Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menyambungkan aplikasi data, memperkemaskan aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Sumber Tambahan
Penafian Gartner:
 
Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021
 
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan yang berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

Maklumat mengenai Boomi

Boomi menyasarkan untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua orang dengan segala-galanya, di mana sahaja. Perintis bagi platform penyepaduan berasaskan awan sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) itu, dan kini sebuah syarikat perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS) yang terkemuka di dalam sebuah kategori, Boomi menggembar-gemburkan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP, Snowflake, Perkhidmatan Web Amazon, Google Cloud dan Microsoft. Organisasi global beralih kepada platform Boomi yang memenangi anugerah untuk menemui, mengurus dan mengatur data, sambil menyambungkan aplikasi, proses dan orang untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layar http://www.boomi.com.

© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo 'B', Boomiverse dan AtomSphere adalah tanda dagangan bagi Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutu mereka. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16225

Friday, August 19, 2022

BAKER HUGHES BUKA KEMUDAHAN BAHAN KIMIA BAHARU DI SINGAPURA, MEMPERLUASKAN KEHADIRAN TEMPATAN DAN MEMBANTU MENYOKONG PASARAN YANG BERKEMBANG DI SERANTAU

 

  • Kemudahan pembuatan bahan kimia baharu dibuka pada 16 Ogos  
  • Bahan mentah sumber tempatan dan rantaian bekalan setempat mengoptimumkan pembuatan, sambil diselaraskan dengan pergerakan kemampanan Singapura 
SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Baker Hughes (NA BKR), sebuah syarikat teknologi tenaga, memperluaskan kehadirannya di Asia dengan membuka kemudahan pembuatan bahan kimia perkhidmatan medan minyak baharu di Singapura, membolehkan pengoptimuman pembuatan dan penghantaran penyelesaian kimia yang sesuai untuk tujuan yang lebih pantas. Kemudahan itu, yang meliputi kira-kira 40,000 meter persegi, akan mengeluarkan, menyimpan dan mengedarkan penyelesaian kimia untuk industri huluan, pertengahan, hiliran dan bersebelahan untuk menyokong pelanggan serantau dan meningkatkan usaha penyetempatan Baker Hughes.

Kemudahan baharu ini dibina berdasarkan strategi terbaru Baker Hughes untuk mendapatkan dan menghasilkan bahan kimia yang berdekatan dengan hab permintaan utama, termasuk syarikat usaha sama bahan kimia yang diumumkan dengan Dussur di Arab Saudi. Sebagai kemudahan automatik yang dipacu teknologi, kemudahan Singapura adalah sejajar dengan matlamat Baker Hughes untuk pengurangan karbon dan menyokong “Green Plan 2030” – sebuah gerakan kelestarian nasional untuk menangani perubahan iklim bagi membina masa depan yang lestari dengan pelepasan sifar bersih. Reka bentuk proses keseluruhan kemudahan, sebagai tambahan kepada saluran paip etilena oksida kemudahan, juga mengurangkan keperluan untuk pengangkutan jalan raya dan pengendalian bahan kimia.

"Pembukaan kemudahan pembuatan bahan kimia Singapura telah meluaskan dengan ketara keupayaan kami untuk memberi perkhidmatan kepada industri perkhidmatan medan minyak rantau Asia Pasifik," kata Maria Claudia Borras, naib presiden eksekutif perkhidmatan medan minyak di Baker Hughes. “Pembukaan kemudahan ini sejajar dengan visi kami untuk menyokong keperluan pelanggan dan melabur untuk pertumbuhan dalam sektor kimia yang semakin penting. Kami berbangga untuk membuat pelaburan ini dan saya teruja dengan peluang yang ada di hadapan.”

“Baker Hughes mempunyai komitmen sejak dahulu lagi terhadap penyetempatan di rantau ini. Dengan melabur dalam kemudahan ini, kami membolehkan penciptaan pekerjaan, mempertingkatkan amalan rantaian bekalan dan memperkemas operasi kami,” kata Lorenzo Simonelli, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Baker Hughes. “Kami berbesar hati untuk meraikan peristiwa penting ini bersama dengan ramai tetamu kerhormat hari ini, terutamanya Encik Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Industri, Dr. Beh Swan Gin, Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, Encik Alvin Tan, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Gugusan Industri, JTC Corporation, pelanggan kami dan pasukan Baker Hughes kami."

Ini ialah kemudahan kimia pertama untuk Baker Hughes di rantau ini. Selain bahan kimia, Baker Hughes mempunyai sejarah penyetempatan yang kukuh di Singapura dengan lebih 800 pekerja di seluruh negara. Jejak syarikat itu di Singapura termasuk tapak pengilangan perkhidmatan dan peralatan minyak, tapak mesin turbo dan penyelesaian proses bersama dan penyelesaian digital serta tapak pembuatan penyiapan dan campur tangan telaga (CWI).

“Kami amat mengalu-alukan pelaburan Baker Hughes dalam kemudahan baharu untuk menghasilkan bahan kimia perkhidmatan medan minyak dari Singapura. Ini ialah bukti daya tarikan Singapura kepada sektor kimia khusus hiliran yang bernilai tinggi dan akan membolehkan syarikat menangani permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan mereka di Asia Pasifik,” ujar Dr. Beh Swan Gin, Pengerusi, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura.

Sempena pembukaan kemudahan itu, Yayasan Baker Hughes turut mengumumkan bahawa mereka sedang dalam perbincangan untuk menyumbangkan geran $100,000 dengan Universiti Pengurusan Singapura untuk membantu memacu perubahan sosial yang positif di Singapura.

Perihal Baker Hughes

Baker Hughes (NASDAQ: BKR) ialah syarikat teknologi tenaga yang menyediakan penyelesaian kepada pelanggan tenaga dan industri di seluruh dunia. Dibina di atas satu abad pengalaman dan menjalankan perniagaan di lebih 120 negara, teknologi dan perkhidmatan inovatif kami membawa tenaga ke hadapan – menjadikannya lebih selamat, bersih dan lebih cekap untuk manusia dan planet ini. Lawati kami di bakerhughes.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Perhubungan Media – Global
Adrienne Lynch
+1 713-906-8407
Adrienne.Lynch@bakerhughes.com

Perhubungan Media - APAC
Adeline Teo
+65 8380 4045
Adeline.Teo@bakerhughes.com

Hubungan Pelabur
Jud Bailey 
+1 281 809 9088 
investor.relations@bakerhughes.com

Foto yang dilampirkan pada pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/943bd064-d761-46d2-9ce5-dad921fed9d3

SUMBER:  Baker Hughes Energy Services LLC

SPRYKER TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI BERWAWASAN DALAM MAGIC QUADRANT™ UNTUK PERDAGANGAN DIGITAL BAGI TAHUN 2022

 BERLIN dan NEW YORK, 18 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Spryker, sebuah platform perdagangan digital terkemuka untuk kes penggunaan Perdagangan Canggih dalam B2B (Perniagaan ke Perniagaan), Pasaran Perusahaan, IoT (Internet Benda) dan Perdagangan Bersepadu, telah diiktiraf oleh Gartner® sebagai sebagai sebuah syarikat Berwawasan pada Magic Quadrant™ Untuk Perdagangan Digital bagi tahun 2022. Ia merupakan kemasukan ketiga Spryker berturut-turut dalam laporan Magic Quadrant™ untuk Perdagangan Digital milik Gartner®.

“Di Spryker, matlamat kami adalah untuk membolehkan inovasi digital dan pembezaan berlaku dengan platform boleh gubah kami yang direka khusus untuk model perniagaan transaksi yang canggih. Kami percaya bahawa pengiktirafan buat kali kedua sebagai sebuah syarikat yang Berwawasan mengesahkan dedikasi kami yang berterusan dalam memperkasakan syarikat-syarikat untuk berkembang, berinovasi dan membezakan syarikat mereka,” kata Boris Lokschin, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Spryker. “Pada tahun ini, kami telah melancarkan Platform Komposisi Aplikasi kami sebagai langkah terbaharu dalam komitmen kami untuk menyampaikan kebolehgubahan yang sebenar. Kami merasakan bahawa platform pertama seumpama inilah yang membuatkan Spryker terus diiktiraf di dalam pasaran. Kami akan terus mengembangkan penyelesaian kami serta ekosistem rakan kongsi kami untuk membantu para pelanggan kami berkembang dan menyesuaikan diri."

Para pelanggan di seluruh dunia bergantung kepada Spryker untuk kebolehgubahan dan keupayaan pasaran perusahaan berasaskan awan bagi B2B dan B2C. Spryker baru-baru ini telah mendasari perkara ini melalui pelancaran Platform Komposisi Aplikasi Spryker, menjadikannya lebih mudah untuk organisasi memilih penyelesaian perdagangan perusahaan berbanding sebelum ini. Pada pendapat kami, Platform Komposisi Aplikasi Spryker dapat membantu perniagaan membezakan syarikat mereka daripada pesaing berdasarkan cara mereka beroperasi dan berniaga, sambil membenarkan mereka menambah, melanjut dan mengembangkan keupayaan dengan lancar daripada ekosistem Spryker dan rakan kongsinya mengikut keperluan.

“Tidak kiralah sama ada sesebuah organisasi itu beroperasi dengan barangan pengguna dalam jumlah besar atau perkhidmatan B2B dengan transaksi yang canggih, kebolehgubahan adalah kunci kepada penawaran perdagangan digital yang kalis masa hadapan. Kami berasa gembira kerana dapat menyampaikannya kepada para pelanggan kami, mempermudah proses masa-ke-nilai dengan lebih pantas serta membantu mencapai matlamat perniagaan mereka,” kata Boris Lokschin. “Mana-mana perniagaan perusahaan yang menuju kepada transformasi digital memerlukan sebuah platform perdagangan yang boleh digubah dan didasarkan kepada seni bina moden. Spryker dapat menyediakan kedua-dua perkara tersebut kepada perusahaan – memberikan mereka fleksibiliti yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berubah-ubah sambil mempercepatkan pertumbuhan digital dan transformasi digital.”

Dengan lebih ramai pelanggan melihat kebaikan nilai kebolehgubahan, Spryker dapat melihat pengembangan dan pemerolehan pelanggan di seluruh dunia, termasuk pelanggan pertamanya di Australia dan New Zealand, dengan pertumbuhan sebanyak 200% di Benelux dan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 100% dalam pasaran perdagangan digital perusahaan Amerika Utara.

Muat turun Magic Quadrant™ 2022 untuk Perdagangan Digital di sini untuk mengetahui sebab Gartner mengiktiraf Spryker sebagai syarikat yang Berwawasan dalam perdagangan digital.

Rujukan:

*Gartner, Magic Quadrant for Digital Commerce, Jason DaiglerSandy ShenPenny GillespieMike LowndesAditya VasudevanYanna Dharmasthira, 10 Ogos 2022

Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar milik Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati para pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau pengiktirafan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat oleh organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, sama ada yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan yang tertentu.

Tentang Spryker
Spryker ialah platform perdagangan boleh gubah terkemuka untuk perusahaan dengan model perniagaan yang canggih untuk membolehkan pertumbuhan, inovasi dan pembezaan. Direka khusus untuk perniagaan transaksi yang canggih, model Spryker yang mudah digunakan, tidak berketua serta mengutamakan API ini menawarkan pendekatan terbaik yang memberikan fleksibiliti kepada perniagaan untuk menyesuaikan diri, membuat penskalaan dan memasuki pasaran dengan pantas sambil mempermudah proses masa-ke-nilai dengan lebih pantas sepanjang perjalanan transformasi digital mereka. Sebagai peneraju platform global untuk Pasaran Perusahaan (B2B & B2C), Thing Commerce, B2B dan D2C, Spryker telah memperkasakan lebih 150 pelanggan perusahaan global di seluruh dunia dan dipercayai oleh jenama seperti ALDI, Siemens, Hilti dan Ricoh. Spryker ialah sebuah syarikat teknologi milik persendirian yang beribu pejabat di Berlin, Jerman dan New York, Amerika Syarikat. Ketahui lebih lanjut di https://spryker.com.

Butiran hubungan:
press@spryker.com

SUMBER: Spryker Systems GmbH

Thursday, August 18, 2022

INTELLIAN MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA BERBILANG TAHUN DENGAN SPEEDCAST UNTUK MEMENUHI PENINGKATAN PERMINTAAN KOMUNIKASI SATELIT

Pembekal teknologi komunikasi satelit utama mengumumkan perjanjian dengan penyedia penyelesaian ketersambungan global untuk memenuhi permintaan pasaran baru muncul dan sedia ada

PYEONGTAEK, Korea Selatan, 18 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Intellian, pembekal terkemuka dalam penyelesaian teknologi komunikasi satelit kalis masa depan, mengumumkan perjanjian kerjasama berbilang tahun dengan Speedcast, salah satu penyedia perkhidmatan komunikasi satelit terbesar di dunia. Perjanjian yang bernilai jutaan dolar ini akan membolehkan Intellian dan Speedcast bekerjasama dalam memenuhi pelbagai permintaan pasaran dengan sambungan satelit yang kalis masa depan termasuk sektor maritim dan tenaga.

Kerjasama ini dimeterai berdasarkan kejayaan hubungan sedia ada antara kedua-dua organisasi dalam industri tenaga, maritim dan pelayaran komersial serta tepat pada masanya apabila industri tersebut mengalami peningkatan permintaan secara mendadak baru-baru ini. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Intellian akan terus membekalkan peralatan kepada Speedcast sebagai pembekal pilihan dengan memastikan penghantaran yang memenuhi keperluan pelanggan walaupun terdapat kekangan rantaian bekalan yang tidak menentu. Secara khususnya, peralatan ini merangkumi rangkaian portfolio penuh maritim Intellian, daripada model C700 hingga v240M/MT, serta sistem antena LEO, termasuk antena darat masa depan yang membolehkan Speedcast memenuhi permintaan setiap pasaran. Selain itu, Intellian akan menyokong penambahbaikan peralatan secara berterusan di seluruh lokasi pelanggan sedia ada Speedcast.

Portfolio produk Intellian yang semakin berkembang yang merangkumi antena Tiga Jalur v240MT terkemuka dalam industri iaitu Siri NX Maritime VSAT  dan pelbagai terminal Perusahaan yang diumumkan baru-baru ini, akan membolehkan Speedcast memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat ketika sektor komunikasi satelit mengalami pertumbuhan.  Pelancaran sebuah lagi kilang di Pyeongtaek, Korea Selatan tidak lama lagi akan meningkatkan dan mempercepat kapasiti pengeluaran, membolehkan Intellian menyediakan keupayaan logistik dan pergudangan yang optimum kepada Speedcast.

Perjanjian ini ditandatangani selepas Speedcast melakukan pembaharuan dengan semua pelanggan pelayaran utamanya baru-baru ini serta pengembangan Unified Global Platform (UGP) miliknya, dengan penambahan kapasiti sebanyak 13 Gbps pada rangkaian yang sebahagiannya bertujuan untuk menyokong keperluan pelayaran di Eropah dan Alaska. Platform Speedcast kini merangkumi lebar jalur berjumlah 30 Gbps yang dimanfaatkan oleh syarikat tersebut dalam reka bentuk dan penggunaan penyelesaian ketersambungan terurus yang lengkap untuk para pelanggan di seluruh pasaran tenaga, maritim penumpang dan komersial serta perusahaan.

Eric Sung, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Intellian mengulas: “Intellian berbesar hati mengumumkan kerjasama yang lebih mantap dengan Speedcast yang menambahkan lagi kejayaan hubungan kerjasama sedia ada. Dengan kehadiran dan kepakaran global Speedcast merentasi pelbagai sektor pasaran, perjanjian ini menandakan kerjasama yang penting dalam industri. Kerjasama ini akan membolehkan kami terus menyediakan penyelesaian dan nilai yang inovatif kepada pelanggan di seluruh dunia serta menangani permintaan yang semakin meningkat terhadap komunikasi satelit di seluruh pasaran yang kami sertai.”

Joe Spytek, Ketua Pegawai Eksekutif Speedcast berkongsi: “Portfolio Speedcast yang terkemuka dalam industri dan rangkaian terestrial serta luar pesisir berbilang teknologi yang luas amat sesuai dengan penyelesaian teknologi terbaik Intellian dalam memenuhi permintaan para pelanggan kami di seluruh dunia. Kami mengharapkan kerjasama yang berterusan yang membolehkan penyelesaian ketersambungan penting disampaikan dengan lancar bagi memenuhi keperluan pelanggan yang dihargai di semua pasaran yang kami sertai.”

INTELLIAN MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA BERBILANG TAHUN DENGAN SPEEDCAST UNTUK MEMENUHI PENINGKATAN PERMINTAAN KOMUNIKASI SATELIT

MATTHEWS INTERNATIONAL MEMPEROLEH OLBRICH GMBH DAN R+S AUTOMOTIVE GMBH, MEMPERLUAS KEUPAYAAN KEJURUTERAAN UNTUK TENAGA

PITTSBURGH, Ogos 18 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Matthews International Corporation (NASDAQ GSM: MATW) hari ini mengumumkan bahawa Syarikat telah menyelesaikan pengambilalihan firma kejuruteraan berasaskan Jerman yang diumumkan sebelum ini, OLBRICH GmbH (“OLBRICH”) dan R+S Automotive GmbH (“R+S Automotive”), dengan harga EUR €43 juta (kira-kira A.S. $45 juta).

Beribu pejabat di Bocholt, Jerman, OLBRICH ialah pengeluar peralatan pengeluaran dan pintar, yang mengkhusus dalam peralatan pemprosesan berputar yang dibina khas, termasuk peralatan yang digunakan dalam pembuatan elektrod kering dan basah untuk penggunaan bateri litium-ion dalam kenderaan elektrik dan komponen untuk sel bahan api hidrogen dan elektrolisis, dengan kedudukan kukuh tambahan dalam Pengkhususan & Farma, Pembungkusan dan Rumah & Hiasan. R+S Automotive ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan khusus bagi konsep automasi, loji dan perkakas untuk syarikat pembuatan automotif di seluruh dunia. Syarikat merancang untuk mengintegrasikan OLBRICH dan R+S Automotive dengan perniagaan Saueressig Engineering and Energy, sebahagian daripada segmen Teknologi Perindustrian yang memfokuskan pada kejuruteraan kejituan tinggi untuk pelbagai aplikasi automasi industri termasuk penyelesaian tenaga tersuai berteknologi tinggi, permukaan, penandaan dan sistem pengekodan.

Joseph C. Bartolacci, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Matthews International, menyatakan, “Kami amat teruja untuk memperoleh OLBRICH dan R+S Automotive sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang kami untuk menawarkan portfolio lanjutan peralatan dan perkhidmatan kejuruteraan yang dibina khas untuk kenderaan elektrik yang sedang berkembang dan pasaran tenaga hijau yang lebih luas. Keupayaan gabungan kami menawarkan penyelesaian yang inovatif untuk mempercepatkan pembangunan penyelesaian hujung ke hujung untuk pengeluaran bateri elektrod kering dan penyelesaian tenaga lain. Bersama-sama, tawaran kami akan memberi kesan yang ketara ke atas penggunaan pasaran besar kenderaan elektrik dan memberi manfaat kepada keseluruhan industri penyelesaian tenaga. Pemerolehan strategik ini meneruskan pelaburan kami dalam teknologi dan mempercepatkan pengkomersialan inovasi baharu merentas pelbagai aplikasi automasi industri.”

"Matthews ialah rakan kongsi yang tepat untuk masa depan kami," ujar Bastian Kuhl, Ketua Pegawai Eksekutif OLBRICH dan R+S Automotive. “OLBRICH, seperti Matthews, sedang membuat kemajuan besar dalam membantu mempertingkatkan pengeluaran komponen sel bahan api hidrogen. Dengan tempahan OLBRICH baru-baru ini untuk rangkaian pengeluaran besar-besaran untuk lapisan resapan gas (GDL) dan kekuatan Matthews dalam bidang plat bipolar, portfolio gabungan kami berada pada kedudukan yang baik untuk mewujudkan kuasa pasaran bukan sahaja sebagai pembekal kepada OEM tetapi juga sebagai rakan kongsi pengeluaran utama yang merentas Tenaga, Pengkhususan & Farmasi, Pembungkusan dan Hiasan Rumah.”

Dengan pemerolehan OLBRICH dan R+S Automotive, Matthews International mengembangkan kehadiran globalnya dan mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama dalam sektor penyelesaian tenaga.

MATTHEWS INTERNATIONAL MEMPEROLEH OLBRICH GMBH DAN R+S AUTOMOTIVE GMBH, MEMPERLUAS KEUPAYAAN KEJURUTERAAN UNTUK TENAGA

Tuesday, August 16, 2022

AGENSI PENGGALAKAN INDUSTRI IT BUSAN MEMILIH PROJEK BERSAMA XR KOREA-ASEAN 2022 SEBAGAI SATU KEDUDUKAN YANG KUKUH UNTUK MEMASUKI PASARAN ASEAN

Muzium Negara Bangkok, Thailand akan mempamerkan warisan kebudayaan mereka dengan menggunakan teknologi penciptaan kandungan XR Korea

Satu pilihan yang terdiri daripada 9 projek yang berjumlah kira-kira 2.3 juta USD akan ditunjukkan dan dikomersialkan

Syarikat-syarikat XR Korea yang berdaya saing dijangka memasuki pasaran global dan menjadi perintis bagi saluran eksport

BUSAN, Korea Selatan, 16 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agensi Penggalakan Industri IT Busan (Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Mun-Seob Jeong), melalui Perkampungan Penumpuan ICT ASEAN-ROK, mengumumkan pemilihan sembilan projek baharu untuk Projek Bersama XR Korea-ASEAN 2022 bagi menunjukkan dan untuk menubuhkan syarikat-syarikat XR Korea yang berdaya saing, dan bagi mengembangkan teknologi XR dan Metaverse termaju ke dalam pasaran ASEAN.

Berikutan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK 2019 yang diadakan di Busan, Perkampungan Penumpuan ICT ASEAN-ROK telah mula dilaksanakan pada tahun 2020. Projek itu dengan  matlamatnya untuk mengembangkan pertukaran ICT dan pertumbuhan bersama di Korea dan ASEAN adalah di bawah Agensi Penggalakan Industri IT Kebangsaan (NIPA) dan Agensi Penggalakan Industri IT Busan (BIPA), yang dihoskan oleh Kementerian Sains dan ICT Korea, dan Bandar Raya Metropolitan Busan.

Sembilan projek yang dipilih adalah seperti berikut:

1. Kandungan muzium XR dan platform pameran bagi Muzium Negara Bangkok, Thailand (Fun it Co., Ltd.)

2. Projek interaksi langsung penangkapan pergerakan seluruh badan avatar maya Indonesia (Kovee Co., Ltd., Filder tax Co., Ltd.)

3. Projek Demonstrasi Kandungan Sukan Penumpuan XR dan Pusat Pengalaman di Myanmar (Insol M&T Co., Ltd., KMPI Consortium Co., Ltd.)

4. Platform pameran maya Korea dan ASEAN berasaskan kepada galeri metaverse imersif 3D di Myanmar (GD Communication & Asian Arts Cooperation)

5. Penyelesaian senaman metaverse yang disesuaikan untuk jenis-jenis badan Vietnam dengan menggunakan teknologi dan kiosk pengecaman badan (Tiger AI, RH-Tech Co., Ltd., Kumpulan Kerjasama Perindustrian-Akademik bagi Universiti Dongmyeong)

6. Sistem latihan pistol taser polis di Indonesia menggunakan VR (Jacob System Co., Ltd., Premoem Co., Ltd.)

7. Jumlah sistem latihan golf yang menggunakan teknologi XR di Malaysia (Smile Square, Hello Studio Co., Ltd.)

8. Sistem teleperubatan dan kerjasama berasaskan AR di Indonesia (Hospital Universiti Nasional Pusan, ITIZ, ION-M Solution Co., Ltd.)

9. Pengeluaran kandungan pendidikan dan latihan keselamatan XR di Brunei (Safety XR) (YST Co., Ltd.)

BIPA merancang untuk membiayai projek-projek yang dinyatakan di atas yang berjumlah kira-kira 2.3 juta USD untuk demonstrasi dan pengkomersilan mereka di dalam pasaran ASEAN, yang dijadualkan untuk menyokong aplikasi bagi kandungan XR kepada pelbagai bidang perniagaan di rantau ASEAN.

Pada tahun 2021 sahaja, BIPA telah membiayai kira-kira 2.5 juta USD untuk enam projek, termasuk projek pembinaan platform pelancongan XR bagi Imperial City of Hue, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menghasilkan di dalam pelancaran produk-produk pelancongan.

Mun-Seob Jeong, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif BIPA, berkata, “Saya berharap agar Projek Bersama XR Korea-ASEAN 2022 menjadi satu peluang yang baik bagi ASEAN dan ROK untuk memulakan kerjasama di dalam pelbagai projek. BIPA akan terus menemui dan menyokong projek-projek yang ditetapkan mengikut permintaan bagi rantau ASEAN.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16204

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...