Sunday, May 30, 2021
MARDI perkenal formulasi baharu pertanian dan penternakan, terbit dua buku
MARDI perkenal formulasi baharu pertanian dan penternakan, terbit dua buku: Sekuriti Makanan 2021, MARDI, MAFI, pertanian, per
Saturday, May 29, 2021
SEA ELECTRIC MEMPERLUAS KEHADIRAN DUNIA MENERUSI PERTAMBAHAN PASUKAN PENGURUSAN GLOBAL DAN PERSEMBAHAN BERTENAGA DI PERTUNJUKAN TRAK BRISBANE
LOS ANGELES, 28 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pertunjukan Trak Brisbane baru-baru ini (13-16 Mei, Pusat Konvensyen & Pameran Brisbane, Brisbane Selatan, Australia) menyaksikan kehadiran penting syarikat teknologi automotif global SEA Electric yang telah membuat penampilan awam pertama rangkaian penuh trak elektrik sedia dikendalikan yang menggunakan sistem kuasa SEA-Drive® proprietari, penjenamaan SEA Electric yang baharu dan pengumuman tentang kepimpinan global senior yang mengambil alih teraju syarikat di seluruh rantau Asia Pasifik.
Pelantikan Bill Gillespie sebagai presiden Asia Pasifik dan kenaikan pangkat Glen Walker sebagai naib presiden Asia Pasifik telah membawa kepakaran industri pengangkutan dan kenderaan elektrik antarabangsa ke rantau tersebut pada ketika pertumbuhan SEA Electric sedang berlaku di seluruh dunia. Berikutan pelaburan berjumlah US $42 juta baru-baru ini, SEA Electric membawa penyelesaian dan peluang pengelektrikan ke hampir semua pelusuk dunia, dan di Amerika Syarikat, syarikat tersebut telah menambahkan kapasiti pemasangan lanjutan, yang mencipta potensi semasa sebanyak kira-kira 60,000 unit setahun. Pemasangan A.S. selanjutnya, termasuk dalam aspek bateri, dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.
Menurut Presiden dan Pengasas SEA Electric Tony Fairweather, SEA Electric bukan hanya mencipta penyelesaian penghantaran kos rendah, tetapi juga telah membangunkan sistem kuasa voltan sederhana/ringan dengan hasil prestasi yang melebihi padanan enjin pembakaran dalaman yang sama penting. “Trak berjenama SEA kami – termasuk SEA 300 dan SEA 500 di Australia – datang daripada kit Semi Knock-Down OEM, menambahkan lebih kecekapan untuk diserahkan kepada pangkalan pelanggan kami sementara menyokong perkembangan pesat OEM dalam segmen ini,” kata Fairweather.
Peranan kepimpinan baharu Gillespie membolehkan beliau untuk meneruskan momentum syarikat, yang terus berkembang di seluruh dunia. “Produk yang dipamerkan di Brisbane telah menetapkan rangka kerja bagi SEA Electric untuk menyertai pengedaran dan pengangkutan OEM dengan lancar, memberikan pilihan pengelektrikan yang baharu dan dikuasakan semula,” kata Gillespie. Tiga model trak EV saiz sederhana semasa dijual melalui sedozen pengedar yang sah di Australia, manakala lebih daripada 220 pengedar A.S. tersedia untuk menyokong keperluan pasaran Amerika Utara.
Pemasangan SKD Memberikan Kecekapan Penyelesaian
Walker menerangkan lebih lanjut tentang aturan komersial tersebut sebagai Operasi Pemasangan Semi Knock Down (SKD) — mencipta kit ‘Peluncur’ SKD – proses tiga hala pertama yang bermula dengan ruang pemandu, rel rangka, roda dan komponen gandar yang tiba di Australia dalam bekas dari Jepun dan dipasangkan setelah tiba bagi menyediakan casis guling untuk menyokong sistem kuasa SEA-Drive® proprietari yang bersesuaian yang digunakan untuk mencipta kenderaan berjenama SEA Electric yang lengkap dipasang. Kenderaan kemudian sedia untuk pengedaran.
Kecekapan operasi pemasangan SKD inilah kekuatan sebenar SEA Electric yang memudahkan penyelesaian dan produktiviti yang boleh diberikan oleh syarikat ini. Dengan ketekalan pemasangan dan proses yang amat cekap, akan berlaku sangat sedikit pembaziran dan komponen tambahan yang biasanya akan dibuang pada proses penaiktarafan lain biasanya dapat disingkirkan.
“Perjanjian kita di A.S. adalah lebih mendalam,” kata Walker. “Kami menggunakan pemasangan SKD dan peluncur tempatan untuk menetapkan tanda aras bagi program yang sedang berlangsung di Amerika Utara dan pasaran SEA Electric lain di seluruh dunia.” Sebagai contoh, apabila bekas di Amerika Syarikat tiba untuk pemasangan SKD, semua pengelektrikan kemudiannya dilaksanakan oleh pemasang berdaftar yang hanya menggunakan teknologi dan penjenamaan sistem kuasa SEA-Drive®. Proses membina trak daripada kit SKD atau casis peluncur memberikan berbilang kelebihan berbanding pilihan penaiktarafan, termasuk kos yang lebih rendah, masa bina lebih cepat dan kurang pembaziran.
Pasaran Amerika Utara, yang baru-baru ini menjadi tempat baharu untuk ibu pejabat SEA Electric yang bertapak di California, mempunyai keupayaan terbesar bagi kapasiti pemasangan pada 60,000 unit setahun. Penambahan Pusat Teknikal Des Moines dan pejabat yang dirancang di Chicago, Brooklyn dan Miami sebelum Ogos tahun ini menunjukkan komitmen SEA Electric terhadap pasaran ini.
Dengan jumlah yang tersedia dan keupayaan hebat untuk menghimpunkan teknologi SEA-Drive® milik syarikat tersebut, SEA Electric menyediakan penyelesaian segera dan jimat kos yang boleh diskala dengan mudah untuk memenuhi keperluan sebarang pengangkutan – sama ada kenderaan penghantaran baharu atau sedia ada yang memerlukan keupayaan pemacu EV baharu. Pengelektrikan industri bas sekolah kuning juga mendapat permintaan yang tinggi di Amerika Syarikat.
Mungkin aspek pertumbuhan perniagaan yang paling penting bagi kit SKD dan pemasangan peluncur OEM adalah keupayaan rangkaian kenderaan SEA Electric untuk tersedia daripada rangkaian pengedar yang menyediakan jualan, jaminan dan sokongan perkhidmatan menyeluruh.
Sistem Kuasa SEA-Drive®
Sistem kuasa SEA-Drive® proprietari SEA Electric datang dalam pelbagai konfigurasi untuk model elektrik sepenuhnya dengan julat GVM 4.5t hingga 26t (iaitu 9,990 paun hingga 57,500 paun GVWR). Setiap satu direka bentuk untuk 3,000 kitaran pengecasan berdasarkan cas semalaman penuh, jika digunakan selama lima hari setiap minggu dan boleh menghasilkan prestasi optimum selama 10 tahun.
Pertunjukan Trak Brisbane menyerlahkan lima model trak berjenama SEA-Electric baharu, termasuk pelancaran SEA 300-45 EV dan SEA 300-85 EV. Kedua-dua model mematuhi ADR sepenuhnya dan dipasang di Melbourne bagi pengedaran Australia.
Masa Depan SEA Electric
Walaupun SEA Electric berasal dari Australia, bersama dengan pelbagai keupayaan pengilangan dan teknologi, pertumbuhan syarikat di Amerika Utara telah menghasilkan model perniagaan yang juga boleh digunakan di Eropah. Lokasi kemudahan pemasangan A.S. semasa berada Illinois, Michigan, North Carolina, Indiana dan California.
Sejurus selepas pengumuman pembiayaan ekuiti US$ 42 juta syarikat baru-baru ini, SEA Electric juga telah mencapai persetujuan urus niaga 1,000 bateri kenderaan elektrik terbarunya daripada rakan kongsi lama teknologi Soundon New
Energy Technology. Urus niaga penting ini menyokong model sistem kuasa utama 70, 100 dan 120 SEA-Drive® proprietari SEA Electric. Kebanyakan unit awal dijadualkan untuk Amerika Syarikat, bakinya akan diagihkan kepada inventori SEA Electric di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara, serta kemasukan pertama syarikat ke dalam pasaran Eropah.
Perihal SEA Electric
Syarikat teknologi automotif global SEA Electric telah ditubuhkan di Australia pada tahun 2012, mencipta teknologi sistem kuasa elektrik proprietarinya (dikenali sebagai SEA-Drive®) untuk kumpulan penghantaran dan pengedaran bandar dunia serta aplikasi bas sekolah pacuan depan.
Diiktiraf secara meluas sebagai peneraju pasaran dalam pengelektrikan kenderaan komersial secara global, SEA Electric mempunyai kehadiran global, mengerahkan produknya di enam negara termasuklah AS, Australia, New Zealand, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan dengan lebih daripada satu juta batu pengendalian dan pengujian OEM secara bebas dan dalam perkhidmatan antarabangsa secara kolektif.
Jualan global, khidmat selepas jualan dan kejuruteraan syarikat diwakili dalam semua subsidiari, sementara Amerika Utara, lokasi ibu pejabat syarikat, mempunyai kapasiti pemasangan terbesar untuk SEA Electric pada lebih daripada 60,000 unit setahun.
MUAT TURUN SIARAN AKHBAR
Sila tekan pautan ini untuk memuat turun siaran akhbar ini dan imej SEA Electric versi RESOLUSI TINGGI yang disertakan dan aset editorial sokongan yang lain.
https://www.dropbox.com/sh/dqt5opk580rf4em/AAB2vfLr9s2UsePMwcKqSsMTa?dl=0
GMAC MENGALU-ALUKAN SEKOLAH PERNIAGAAN AMERIKA LATIN TERUNGGUL SEBAGAI AHLI TERBAHARU
EGADE Business School membawa kepelbagaian dan prestij kepada Majlis
RESTON, Va., 28 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) hari ini mengumumkan bahawa EGADE Business School di Tecnológico de Monterrey telah menjadi ahli terbaharu Majlis tersebut. Terletak di Mexico, EGADE Business School dipilih kerana program bertaraf dunia dan pengiktirafan antarabangsanya di dalam dan luar Amerika Latin, menambahkan perwakilan yang hebat bagi rantau tersebut kepada persatuan global yang membentuk 229 sekolah perniagaan teratas di seluruh dunia itu.
“EGADE Business School di Tecnológico de Monterrey telah membina reputasi yang diiktiraf secara global sebagai institusi pendidikan perniagaan Amerika Latin yang terkemuka, komited untuk memperkasa pemimpin keusahawanan yang mewujudkan nilai perkongsian dan mengubah masyarakat,” kata Dr. Osmar Zavaleta, dekan interim di EGADE Business School. “EGADE komited terhadap pertukaran idea dan amalan terbaik dengan rakan sejawat global kita dan keahlian GMAC menyediakan platform yang bernilai untuk meningkatkan pertukaran itu dengan sekolah ahli GMAC yang lain”.
“Pandemik ini telah mengajar kita untuk menjadi inovatif dan mudah suai dalam persekitaran dunia saling hubung yang terganggu,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Kami menghargai visi global dan pendekatan holistik yang dibawakan oleh EGADE Business School dan menanti-nantikan sumbangan mereka untuk kemajuan pendidikan pengurusan siswazah.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14585
PATHWAY MEMETERAI FOF KHUSUS $400 JUTA BAGI PELABUR YANG BERPANGKALAN DI ASIA
IRVINE, Calif., 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pathway dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah memeterai sebuah fund of funds khusus sebanyak $400 juta bagi sebuah pelabur institusi yang berpangkalan di Asia. Dana itu akan berusaha untuk membina sebuah portfolio yang pelbagai bagi pelaburan dana utama dan pelaburan bersama di kedua-dua pasaran kecil dan pertengahan di seluruh dunia. Dana itu merupakan satu kesinambungan bagi sejarah kejayaan pelaburan Pathway selama 30 tahun di dalam pasaran persendirian, yang berjumlah lebih dari $95 bilion dari segi komitmen. Sehingga kini, Pathway telah mengembangkan lebih daripada 95 penyelesaian khusus bagi pelanggan kami di seluruh mandat ekuiti persendirian, kredit persendirian, dan infrastruktur.
Maklumat mengenai Pathway Capital Management
Pathway adalah sebuah penyedia penyelesaian portfolio pasaran persendirian dengan lebih daripada $75 bilion aset di bawah pengurusan daripada mandat ekuiti persendirian, kredit persendirian, dan infrastruktur. Diwujudkan pada tahun 1991, Pathway membuat dan menguruskan program pelabur tunggal dan pelabur pelbagai bagi pelabur institusi di seluruh dunia, dengan melabur di dalam pelbagai strategi pasaran persendirian melalui pelaburan utama, sekunder, pelaburan bersama, dan pelaburan kredit langsung.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14584
GMAC MENGALU-ALUKAN SEKOLAH PERNIAGAAN AMERIKA LATIN TERUNGGUL SEBAGAI AHLI TERBAHARU
EGADE Business School membawa kepelbagaian dan prestij kepada Majlis
RESTON, Va., 28 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) hari ini mengumumkan bahawa EGADE Business School di Tecnológico de Monterrey telah menjadi ahli terbaharu Majlis tersebut. Terletak di Mexico, EGADE Business School dipilih kerana program bertaraf dunia dan pengiktirafan antarabangsanya di dalam dan luar Amerika Latin, menambahkan perwakilan yang hebat bagi rantau tersebut kepada persatuan global yang membentuk 229 sekolah perniagaan teratas di seluruh dunia itu.
“EGADE Business School di Tecnológico de Monterrey telah membina reputasi yang diiktiraf secara global sebagai institusi pendidikan perniagaan Amerika Latin yang terkemuka, komited untuk memperkasa pemimpin keusahawanan yang mewujudkan nilai perkongsian dan mengubah masyarakat,” kata Dr. Osmar Zavaleta, dekan interim di EGADE Business School. “EGADE komited terhadap pertukaran idea dan amalan terbaik dengan rakan sejawat global kita dan keahlian GMAC menyediakan platform yang bernilai untuk meningkatkan pertukaran itu dengan sekolah ahli GMAC yang lain”.
“Pandemik ini telah mengajar kita untuk menjadi inovatif dan mudah suai dalam persekitaran dunia saling hubung yang terganggu,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Kami menghargai visi global dan pendekatan holistik yang dibawakan oleh EGADE Business School dan menanti-nantikan sumbangan mereka untuk kemajuan pendidikan pengurusan siswazah.”
EGADE Business School merupakan antara kumpulan institusi yang terpilih pada peringkat antarabangsa untuk memegang “tiga mahkota” kecemerlangan daripada tiga sistem akreditasi global utama untuk penilaian kualiti pendidikan perniagaan dan penambahbaikan berterusan: Persatuan untuk Memajukan Sekolah Kolej Perniagaan (AACSB), Persatuan MBA (AMBA) dan Sistem Penambahbaikan Kualiti EFMD (EQUIS). Bagi tahun keempat berturut-turut pada tahun 2021, EGADE Business School telah menduduki tempat teratas dalam kedudukan Quacquarelli Symonds (QS) di Mexico dan Amerika Latin untuk program MBA Sepenuh Masa Inovasi & Keusahawanan dan Ijazah Sarjana Kewangan dan muncul buat kali pertama sebagai peneraju serantau untuk program Ijazah Sarjana Pengurusan yang baru diperkenalkan.
Untuk dipertimbangkan bagi keahlian dalam GMAC, sekolah mesti mengekalkan proses kemasukan terpilih; menawarkan program siswazah pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara; dan menunjukkan sokongan kepada misi GMAC melalui penggunaan produk dan perkhidmatannya.
Perihal GMAC™
Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah yang menjalankan misinya di seluruh dunia. Diasaskan pada 1953, GMAC mewujudkan penyelesaian dan pengalaman yang membolehkan sekolah perniagaan dan calon meneroka, menilai dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik.
GMAC™ menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, persidangan industri, alat perekrutan dan penilaian untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, serta alat, sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu membimbing calon melanjutkan pendidikan mereka kepada peringkat yang lebih tinggi. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) merupakan penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan.
GMAC™ juga memiliki dan mentadbir peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™) dan Penilaian Eksekutif (EA). Lebih 7 juta calon yang mengikuti pengajian sarjana perniagaan atau MBA telah melawat mba.com oleh GMAC pada tahun lalu untuk meneroka pilihan sekolah perniagaan, mempersiapkan diri dan mendaftar untuk ujian serta mendapatkan nasihat tentang proses kemasukan. BusinessBecause dan The MBA Tour merupakan subsidiari GMAC™, sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14585
NIPPON EXPRESS MENGGUNAKAN LEBIH DARIPADA SATU BAHASA DALAM LAMAN WEB GLOBAL MEREKA
Nippon Express Co., Ltd. telah menggunakan lebih daripada satu bahasa di dalam laman web global mereka, yang menjelang Jun 2021 akan berupaya untuk memuatkan 14 jenis bahasa.
Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202105245298-O2-7w1Cuc34
Imej: Laman bagi laman web global
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M103866/202105245298/_prw_PI3fl_6qAtjvnb.jpg
URL laman web global: https://www.nipponexpress.com
- Tujuan bagi penggunaan pelbagai bahasa
Nippon Express berusaha untuk mencapai visi jangka panjang untuk menjadi sebuah syarikat logistik dengan satu kehadiran yang mantap di pasaran global seperti yang ditetapkan di dalam “Rancangan Perniagaan Kumpulan Nippon Express 2023 -- Pertumbuhan Dinamik.” Laman web global mereka telah sehingga kini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, tetapi usaha menggunakan pelbagai bahasa sedang dilakukan untuk menjadikan laman web itu lebih mudah bagi pengguna yang tidak boleh berbahasa Inggeris dan bagi membolehkan perhubungan yang lebih baik dengan lebih banyak pelanggan global.
- Kemajuan yang dicapai dalam penggunaan pelbagai bahasa
Setakat Mac 2021: Laman web mampu memuatkan 12 jenis bahasa, Bahasa Inggeris, Cina (dipermudah), bahasa Arab, Itali, Indonesia, Belanda, Sepanyol, Thai, Vietnam, Bengali, Portugis dan bahasa Melayu
Menjelang Jun 2021: Dua lagi bahasa akan ditambah
Jerman, Perancis
Nippon Express akan sentiasa meningkatkan laman web mereka dan media lain milik mereka untuk menjadikannya lebih mudah bagi pengguna walaupun ia berusaha untuk memperluaskan lagi perkhidmatan mereka.
Akaun LinkedIn Rasmi: NIPPON EXPRESS GROUP
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
Friday, May 28, 2021
PERKHIDMATAN AWAM BERFOKUSKAN PRODUKTIVITI MEMBANTU MENINGKATKAN DAYA SAING NEGARA
PETALING JAYA, 28 Mei (Bernama) -- Penjawat awam disarankan agar terus kekal relevan dan tingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agar lebih produktif dan berdaya saing menepati dengan tema sambutan Hari Pekerja “Pengoptimum Sumber, Perkasa Daya Saing Organisasi” oleh Jabatan Perkhidmatan Awam baru - baru ini.
Menurut YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam jumlah penjawat awam seramai 1.523 juta memberi pelbagai persepsi kepada rakyat bahawa populasi penjawat awam semakin meningkat berbanding perkhidmatan yang diberikan.
Beliau turut menegaskan, persepsi orang ramai terhadap penjawat yang tidak memuaskan mengenai perkhidmatan yang lambat, banyak masa berehat dan jumlah populasi yang besar ini perlu diperbaiki.
“Bagi memastikan perkhidmatan awam terus kekal relevan dan sebagai tunjang utama jentera pembangunan negara maju berpendapatan tinggi kita perlu mengambil langkah mengoptimumkan sumber dan mengawal perbelanjaan kerajaan dengan berfokuskan kepada produktiviti. Selaras dengan Blueprint Produktiviti Malaysia yang memfokuskan produktiviti sebagai sumber pertumbuhan produktiviti negara, peningkatan produktiviti adalah perlu dalam perkhidmatan awam. Kenaikan produktiviti boleh diukur berasaskan Total Factor Productivity (TFP) iaitu hasil daripada penggunaan input faktor yang bertambah baik berikutan daripada kemajuan teknologi dan kecekapan ekonomi secara keseluruhan,” kata beliau.
Selain dari itu, perkhidmatan awam juga perlu sentiasa menambaik beberapa aspek lain seperti proses kerja termasuk SOP bagi memastikan ia memenuhi keperluan semasa, kualiti perkhidmatan, struktur perjawatan, proses kerja dan tingkatkan kreativiti.
Saranan KPPA adalah bertepatan dengan inisiatif yang digariskan di bawah Blueprint Produktiviti Malaysia dalam usaha melonjakkan produktiviti negara berasaskan lima teras utama iaitu pembangunan bakat dan skil, memacu transformasi inovasi dan teknologi, pengurusan struktur insentif, mewujudkan ekosistem yang kondusif dan pengukuhan mekanisme governans yang mantap. Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai agensi sektor awam bertindak sebagai pemudahcara di kalangan pemain industri dan sektor awam memastikan isu serta cabaran diketengahkan dan dibincangkan melalui platfom jaringan kerjasama sektor awam dan swasta memacu produktiviti di peringkat nasional, industri dan perusahaan negara.
Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman, “Blueprint Produktiviti Malaysia (MPB) yang dilancarkan pada 8 Mei 2017 telah menggariskan inisiatif untuk meningkatkan produktiviti negara daripada inisiatif yang diterajui oleh Kerajaan kepada inisiatif yang diterajui oleh pemain industri. Nexus Produktiviti Sektor yang terdiri daripada 9 sektor ekonomi telah mengenal pasti produktiviti sebagai salah satu daripada enam pemacu perubahan yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan ketara dan mampan”.
Dalam konteks mengoptimumkan sumber dan memperkasakan daya saing organisasi tidak kira di sektor awam mahu pun swasta, MPC sentiasa mengintegrasi budaya peningkatan produktiviti merentasi pelbagai peringkat sektor agar pencapaian output dihasilkan pada tahap maksimum secara holistik dan lebih berkesan.
“MPC turut mempamerkan kejayaan hasil kerjasama agensi swasta dan kerajaan terutama sekali dalam usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Di antaranya apabila kerajaan mula memperkenalkan program bagi menangani peraturan tidak produktif serta membebankan yang sering kali menjadi penghalang kepada pemulihan, peningkatan dan pertumbuhan perniagaan seperti inisiatif #MyMudah. Inovasi yang diperkenalkan ini memberi kemudahan kepada para peniaga untuk mendaftarkan isu secara atas talian melalui portal Unified Public Consultation (UPC). MPC juga turut menggunakan pendekatan Behavioral Insights (BI) dalam memperkenalkan serta memupuk kesedaran mengenai polisi kerajaan yang memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat secara keseluruhan”.
“Selain dari itu, MPC membimbing sektor perniagaan agar mengurangkan kos pembaziran melalui pelaksanaan inisiatif dalam program produktiviti yang meningkatkan keupayaan dan ekonomi melalui Skim Peningkatan Produktiviti Enterpris (SPPE). Organisasi juga perlu tahu bahawa setiap penjimatan yang mereka berjaya hasilkan akan memberi pulangan yang besar dan dapat memberi value added atau pulangan yang dikongsikan bersama kakitangan mereka. Usaha ini dikenali sebagai Shared Prosperity di mana ianya dapat meningkatkan produktiviti dan dayasaing dalam jangkamasa yang panjang atau sustainable” kata beliau.
YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata inisiatif– inisiatif berkenaan akan sentiasa dipergiat bagi membantu usahawan tempatan terutama bagi meningkatkan produktiviti serta mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih berkesan dan mampan. Beliau berkata misi MPC sebagai agensi kerajaan yang memacu produktiviti dan sebagai penggerak daya saing ke arah mencapai kecemerlangan dan sebagai sumber pertumbuhan semula ekonomi.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14588
WHR GROUP MENGELUARKAN HASIL TANDA ARAS PENEMPATAN SEMULA PEKERJA
- Manfaat penempatan semula masih kukuh walaupun semasa pandemik COVID-19.
- 85% daripada syarikat menawarkan beberapa jenis manfaat jualan rumah kepada penerima pindahan.
- 67% daripada responden mengalami kekurangan bakat tetapi menyertakan program mobiliti mereka dalam strategi perekrutan calon.
- Manfaat sekali gus menjadi trend tetapi seringkali digunakan sebagai pelengkap kepada manfaat penempatan semula asas berbanding pakej manfaat kendiri.
Daripada 68.5% yang menawarkan kos penutupan destinasi, 76.5% tidak mengehadkan manfaat ini, walaupun pengehadan sokongan ialah cara untuk mengawal kos organisasi. Kebanyakan syarikat melaporkan mereka mencipta pakej manfaat berdasarkan purata penerima pindahan dan tidak semestinya mempertimbangkan budaya individu dan dinamik keluarga. Ini boleh menyebabkan permintaan pengecualian dasar oleh pekerja.
Muat turun Laporan Tanda Aras Lengkap WHR.
Perihal WHR Group, Inc.
WHR ialah syarikat pengurusan penempatan semula pekerja global yang dimiliki secara persendirian dan dipacu oleh klien yang dibezakan oleh penghantaran perkhidmatan terbaik dalam kelasnya dan teknologi proprietari yang canggih. WHR mempunyai pejabat di Milwaukee, Wis., Switzerland dan Singapura. Dengan kadar pengekalan pelanggan sebanyak 100% sejak dekad yang lalu, WHR terus menempatkan dirinya sebagai pembekal yang dipercayai dalam penempatan semula pekerja global. http://www.whrg.com, LinkedIn, Twitter dan Facebook.
TOSHIBA MELANCARKAN PENGGANDING FOTO FOTOVOLTAN-OUTPUT BAGI GEGANTI KEADAAN PEPEJAL TERPENCIL
Toshiba: sebuah pengganding foto fotovoltan-output “TLP3910” untuk SSR terpencil. (Grafik: Business Wire)
- Voltan terbuka tinggi menyumbang kepada menggerakkan MOSFET berkuasa voltan tinggi
TOKYO, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TLP3910,” sebuah pengganding foto fotovoltan-output (“pengganding fotovoltan”) yang ditempatkan di dalam sebuah pakej SO6L tipis, yang sesuai untuk menggerakkan get bagi MOSFET berkuasa voltan tinggi yang digunakan sebagai fungsi geganti keadaan pepejal terpencil (SSR)[1]. Penghantaran pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210526005424/en/
Sebuah SSR adalah sejenis geganti semikonduktor yang mempunyai sebuah triak foto, sebuah transistor foto atau tiristor foto sebagai peranti outputnya. Ia sesuai untuk aplikasi bagi melakukan kawalan HIDUP/MATI bagi arus besar.
Sebuah pengganding fotovoltan adalah sebuah geganti foto dengan peranti optiknya tetapi tanpa MOSFET yang digunakan untuk melakukan fungsi pensuisan. Dalam mengkonfigurasi sebuah SSR terpencil, pensuisan arus besar, bervoltan tinggi di mana geganti foto mengendalikannya dengan kesukaran, boleh dilaksanakan dengan mudah dengan menggabungkan sebuah pengganding fotovoltan dan sebuah MOSFET.
Memacukan sebuah MOSFET berkuasa voltan tinggi dengan sebuah get voltan bagi 10V atau lebih tinggi, memerlukan penyambungan dua produk semasa Toshiba, TLP3906, secara bersiri, oleh kerana ia mempunyai voltan terbuka yang rendah. Secara perbandingan, TLP3910 yang baharu itu mempunyai sebuah voltan terbuka minimum sebanyak 14V, dua kali ganda daripada TLP3906, dan hanya satu diperlukan untuk menggerakkan get bagi MOSFET berkuasa voltan tinggi. Ini menyumbang kepada pengurangan kiraan bahagian.
Penambahbaikan kepada litar pelepasan terbina dalam telah merealisasikan sebuah masa mati yang lazim 0.1ms, kira-kira 1/3 daripada TLP3906 dan kira-kira 1/30 daripada TLP191B, dan ini menyampaikan operasi kelajuan yang lebih tinggi.
TLP3910 adalah pengganding fotovoltan Toshiba yang pertama yang menampilkan sebuah voltan pengasingan minimum sebanyak 5000Vrms[2] dan pada masa yang sama mengekalkan prestasi asas bagi produk semasa, TLP191B dan TLP3906. Ini membolehkan penggunaan di dalam peralatan perindustrian yang digerakkan oleh sistem AC400V. Ruang lingkup bagi aplikasi juga telah diperluaskan dengan operasi suhu tingginya iaitu 125°C.
Nota:
[1] Dalam SSR terpencil, sisi utama dan sekunder diasingkan secara elektrik. Menukarkan sebuah litar yang disambungkan kepada saluran AC dan di antara peranti dengan potensi bumi yang berbeza dapat dikendalikan melalui halangan pengasingan.
[2] Di antara pengganding fotovoltan, tinjauan Toshiba pada 27 Mei, 2021.
Penggunaan
SSR terpencil: pemacu get bagi MOSFET berkuasa voltan tinggi untuk pensuisan.
- Peralatan perindustrian: output hubungan geganti untuk I/O bagi pengawal logik boleh atur cara dan seumpamanya; bahagian kawalan pemacu solenoid bagi sistem brek; litar bekalan kuasa utama/litar perlindungan arus masuk; bahagian pemantauan voltan bateri untuk sistem pengurusan bateri (BMS); bahagian pengesanan kerosakan bumi.
- Peralatan pengukuran: pertukaran talian bekalan kuasa; pensuisan talian penyukat
- Voltan terbuka tinggi: VOC=14V (minimum)
- Arus litar pintas: ISC=12μA (minimum) @IF=10mA, (kedudukan produk C20) ISC=20μA (minimum) @IF=10mA
- Voltan pengasingan tinggi: BVS=5000Vrms (minimum)
- Penarafan suhu operasi tinggi: Topr (maksimum)=125°C
- Rayapan (Jarak Ruang): 8mm (minimum)
Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk baharu itu.
TLP3910
Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti semikonduktor optik Toshiba.
Optical Semiconductor Devices
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TLP3910
Beli Dalam Talian
Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih daripada setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan semikonduktor diskret, sistem LSI dan produk HDD yang unggul.
Seramai 22,000 orang pekerja TDSC di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan untuk menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan di dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan sekarang melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), TDSC melihat ke hadapan untuk membina dan bagi menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai TDSC di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210526005424/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tuesday, May 25, 2021
POWER INTEGRATIONS MEMPERKENALKAN IC ALAT SUIS FLYBACK INNOSWITCH4-CZ BAGI SEBUAH KELAS BAHARU UNTUK PERANTI PENGECASAN MUDAH ALIH
Anker memilih pensuisan voltan sifar IC InnoSwitch4-CZ dengan teknologi PowiGaN bagi siri pengecas USB-C Nano II ultra-padat 30, 45 & 65 W yang baharu
SAN JOSE, Calif., 25 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Power Integrations (Nasdaq: POWI), peneraju di dalam litar bersepadu bervoltan tinggi untuk penukaran kuasa yang cekap tenaga, hari ini mengumumkan keluarga InnoSwitch™4-CZ bagi IC alat suis flyback atau kembalinya bintik imbasan dalam sebuah tiub sinar katod ke titik permulaan bagi pensuisan voltan sifar (ZVS), berfrekuensi tinggi. Peranti InnoSwitch4-CZ menggabungkan sebuah suis utama 750 V yang kuat menggunakan teknologi PowiGaN™ Power Integrations dan sebuah alat kawalan flyback pengapit aktif berfrekuensi tinggi baharu untuk memudahkan sebuah kelas baharu bagi pengecas ultra padat yang sesuai untuk telefon, tablet, dan komputer riba. Peranti pengguna pertama itu yang didasarkan kepada peranti InnoSwitch4-CZ telah diperkenalkan pada awal hari ini oleh Anker, pakar pengecasan global bagi peranti mudah alih, melalui satu acara YouTube Live yang boleh diakses di sini.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14572
Monday, May 24, 2021
JI'NAN AKAN MENGADAKAN ''SESI DIALOG BAGI 2021 UNTUK EKSEKUTIF DARI PERBADANAN MULTINASIONAL (JI'NAN) & PERSIDANGAN PERTUKARAN INOVASI DAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN CHINA-JEPUN
Ji'nan adalah sebuah bandar raya yang terkenal di dunia dengan mata air dan gambar ini dirakamkan di Baotu Spring, satu daripada tiga tarikan utama di Ji'nan. |
“Sesi Dialog bagi 2021 untuk Eksekutif dari Perbadanan Multinasional (Ji'nan) & Persidangan Pertukaran Inovasi dan Pembangunan Perindustrian China-Jepun” akan diadakan di Ji'nan, ibu negeri bagi Wilayah Shandong, dari 27 hingga 28 Mei.
Shandong adalah merupakan satu daripada wilayah di China yang paling hampir berkait rapat dengan Jepun dari segi ekonomi dan perdagangan. Di China, ia berada pada kedudukan kedua dari segi jumlah penduduk dan ketiga dari segi ekonomi. Sebagai ibu negerinya, Ji'nan adalah pusat bagi politik, ekonomi, kebudayaan, teknologi, pendidikan, dan kewangan bagi Wilayah Shandong.
PROJEK TORANOMON-AZABUDAI DAN PROJEK KAWASAN TORANOMON HILLS DI TOKYO MENERIMA PRA PERAKUAN DI BAWAH LEED ND DAN WELL
Projek Toranomon-Azabudai (Kredit: DBOX bagi pihak Mori Building Co.)
Termasuk Hartanah Pra Perakuan LEED ND Platinum Pertama di Tokyo dan Hartanah Pra Perakuan WELL Terbesar di Dunia
TOKYO, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building Co., Ltd., pemaju landskap bandar terkemuka di Jepun, hari ini mengumumkan bahawa pembangunan semula utama yang dilakukan oleh syarikat itu di Tokyo telah menerima pra perakuan di bawah sistem penilaian LEED (Kepimpinan di dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar) dan WELL (Standard Bangunan WELL) yang berprestij yang masing-masing mengesahkan bangunan-bangunan yang mesra alam sekitar dan hijau yang cekap dan kesejahteraan rakyat.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210523005028/en/
Projek Toranomon-Azabudai dan Projek Kawasan Toranomon Hills kedua-duanya menerima pra pensijilan LEED ND (Pembangunan Kejiranan, v.4) peringkat Platinum utama. Projek Toranomon-Azabudai dan Projek Kawasan Toranomon Hills masing-masing merupakan projek pertama dan kedua di Tokyo yang mendapat pra perakuan Platinum di dalam kategori ND. LEED adalah sistem penilaian bangunan hijau yang paling luas digunakan yang menilai dan mengesahkan bangunan dan bandar raya di seluruh dunia bagi prestasi persekitaran dari segi kecekapan air dan tenaga, persekitaran dalaman dan bahan lestari. LEED diuruskan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (USGBC).
Daerah A bagi Projek Toranomon-Azabudai dan Daerah A-1 bagi Menara Stesen Toranomon Hills (nama sementara) telah menerima pra pensijilan WELL (Core, v.2 Perintis); yang pertama adalah hartanah pra perakuanterbesar di dunia dan yang kedua adalah hartanah pra perakuan kedua terbesar di Jepun. WELL adalah merupakan sistem berasaskan prestasi yang pertama di dunia untuk mengukur, mengesahkan dan memantau ciri-ciri persekitaran binaan yang memberi impak kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia melalui udara, air, makanan, cahaya, kecergasan, keselesaan dan fikiran. WELL juga diuruskan oleh USGBC. Apabila siap nanti, kedua-dua projek tersebut dijangka akan memperolehi pensijilan WELL Platinum.
Mahesh Ramanujam, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi USGBC dan juga Green Business Certification Inc., yang menyediakan pembuktian kelayakan dan pengesahan pihak ketiga di bawah sistem LEED, WELL dan GRESB, berkata:
“Usaha kelestarian Mori Building dan pencapaian LEED Platinum mereka adalah merupakan contoh baik mengenai cara bagaimana organisasi dapat mengubah komuniti mereka dengan mengurangkan pelepasan karbon, mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan berusaha ke arah suatu masa hadapan sifar karbon. Melalui pemberian contoh-contoh maju seperti Mori Building, kami bercita-cita untuk menunjukkan cara bagaimana bangunan yang lebih baik, komuniti yang lebih baik dan bandar raya yang lebih baik dapat membantu meningkatkan taraf hidup untuk semua.”
Mori Building, yang mendasarkan falsafah mereka bagi “Mewujudkan bandar raya, memupuk bandar raya,” adalah komited kepada merealisasikan sebuah masyarakat global yang lestari melalui kewujudan bersama yang harmoni bagi bandar raya dan alam, bandar raya rendah karbon dan kesihatan yang benar-benar dipertingkatkan.
Pra pensijilan LEED ND Platinum
Projek Toranomon-Azabudai itu adalah dinilai sangat tinggi sebagai sebuah kompleks dengan fungsi bandar yang beragam, sebuah pusat bandar yang sesuai dan selamat untuk berjalan dengan sebuah dataran tengah, dan juga bagi bekalan kuasa tenaga yang boleh diperbaharui. Menara Stesen Toranomon Hills dinilai dengan baik untuk integrasinya bagi pengangkutan awam, termasuk stesen kereta api bawah tanah yang baharu, dan kecekapan tenaga bertahap tinggi.
Dalam kedua-dua projek tersebut, penekanan Mori Building pada pembangunan bandar bersama perkongsian dengan pemilik tanah tempatan memperolehi markah tinggi di dalam kategori ND. Projek Toranomon-Azabudai menjadi projek pertama di Tokyo yang memperoleh satu tahap Platinum di dalam kategori ND dan Projek Kawasan Toranomon Hills dengan pantas menyusul sebagai projek kedua seumpamanya. Ia adalah sesuatu yang jarang berlaku di peringkat global bagi kompleks di kawasan perniagaan bandar untuk menerima pra pensijilan tahap Platinum.
Pra pensijilan WELL Platinum
Daerah A bagi Projek Toranomon-Azabudai dan Daerah A-1 bagi Menara Stesen Toranomon Hills (nama sementara) adalah dinilai sangat tinggi sebagai pembangunan semula bandar termaju berikutan konsep bagi setiap projek, yang menawarkan dataran tengah dengan kawasan kehijauan yang luas, persekitaran dalaman dengan kualiti udara yang sangat baik melalui penggunaan penyaman udara yang dilengkapi dengan penapis berprestasi tinggi, kafe yang menyajikan makanan yang sihat dan susun atur yang menampilkan dataran tengah dan dek bertingkat untuk menggalakkan senaman. Apabila siap nanti, kedua-dua projek diharap akan memperoleh pensijilan Platinum.
Daerah A bagi Projek Toranomon-Azabudai adalah hartanah pra perakuan terbesar di dunia dan Daerah A-1 bagi Menara Stesen Toranomon Hills (nama sementara) adalah hartanah pra perakuan kedua terbesar di Jepun.
Rujukan: Projek Toranomon-Azabudai
https://www.mori.co.jp/en/img/article/210524_2.pdf
Maklumat mengenai Projek Toranomon-Azabudai
https://www.mori.co.jp/en/projects/toranomon_azabudai/
Gambaran Filem Projek Toranomon-Azabudai
https://www.youtube.com/watch?v=5akVE7tWOto&feature=emb_logo
Rujukan: Projek Kawasan Toranomon Hills
https://www.mori.co.jp/en/img/article/210524_3.pdf
Maklumat mengenai projek Kawasan Toranomon Hills
https://www.mori.co.jp/en/projects/toranomonhills_area/
Siaran media:
https://www.mori.co.jp/en/img/article/190822.pdf
https://www.mori.co.jp/en/img/article/200610_1.pdf
https://www.mori.co.jp/en/img/article/210218_1.pdf
Maklumat mengenai Mori Building
Mori Building adalah sebuah pemaju bandar yang berinovatif yang berpusat di Tokyo. Syarikat itu komited kepada memaksimumkan tarikan magnet bagi bandar raya dengan mewujudkan dan memelihara pusat-pusat bandar yang selamat, lestari dan kosmopolitan berdasarkan kepada konsep Bandar raya Taman Vertikal mereka yang unik bagi pusat-pusat bertingkat tinggi untuk perniagaan, pendidikan, riadah dan tempat tinggal. Konsep itu diterapkan di dalam kebanyakan projek termaju syarikat itu, termasuk ARK Hills, Roppongi Hills dan Toranomon Hills di Tokyo dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Mori Building juga terlibat di dalam pemajakan hartanah, pengurusan dan perundingan projek. Sila layari www.mori.co.jp/en
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210523005028/en/
Hubungi
Pertanyaan Media Antarabangsa
Saori Asano
Perhubungan Awam, Mori Building Co., Ltd.
Tel +81 (0)3 6406 6606
Faks +81 (0)3 6406 9306
E-mel koho@mori.co.jp
Weber Shandwick Jepun
Reina Matsushita (tel: +81 (0)80 2375 0295)
Mayuko Harada (tel: +81 (0)90 9006 4968)
Masashi Nonaka (tel: +81 (0)80 1037 7879)
E-mel moribldg@webershandwick.com
Sumber : Mori Building Co., Ltd.
Saturday, May 22, 2021
PENGASAS GLAMHIVE STEPHANIE SPRANGERS DENGAN HOS BERSAMA PENGGAYA SELEBRITI JOHNNY WUJEK, PENGGAYA SELEBRITI NICOLE CHAVEZ, PEREKA FESYEN RAMBUT SELEBRITI ANDREW FITZSIMONS, DAN PEMPENGARUH FESYEN CLAIRE SULMERS MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA DAN KECANTIKAN MUSIM BUNGA DIGITAL
LOS ANGELES & SEATTLE, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Apa yang bermula sebagai satu cara bagi komuniti gaya untuk berkumpul ketika pandemik itu menghentikan industri tersebut secara tiba-tiba telah berkembang menjadi satu daripada pertemuan terbesar bagi industri fesyen di seluruh dunia. Sekarang, dengan kehidupan kembali hampir normal di Amerika Syarikat dan di luar negara, Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Musim Bunga Digital Glamhive pada 22 Mei akan menjadi sidang kemuncak digital 100% yang terakhir. Glamhive akan melancarkan semua acara pada masa hadapan sebagai satu pengalaman fizikal-digital hibrid.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210520005908/en/
Sidang Kemuncak Musim Bunga itu akan menjadi pengalaman digital global kelima bagi syarikat itu dan akan sekali lagi mengumpulkan kalangan profesional industri dan peminat kecantikan dan gaya untuk membincangkan gaya musim bunga, penjagaan kulit pada bulan-bulan yang lebih sejuk, memulakan di dalam perniagaan fesyen dan lebih banyak lagi.
Acara bertiket sepanjang hari itu akan menampilkan 19 panel dengan lebih 66 orang penceramah. Berikut adalah satu gambaran keseluruhan mengenai tajuk-tajuk yang akan dibahaskan oleh barisan penceramah terkemuka itu.
TAJUK-TAJUK:
- Siapa yang Membuat Ini? Bagaimana Produk-produk yang Bersumberkan Kemapanan Memperkasakan Wanita Dengan Setiap Pembelian
- Gaya 411: Di dalam Dunia Penggayaan
- Reka Bentuk Kostum Kontemporari: Peranan itu, Cabaran itu, Dan Pengaruhnya Terhadap Fesyen
- Laporan Permaidani Merah
- Wawancara Eksklusif “Seorang Bintang Dilahirkan” dengan Ahli Astrologi Susan Miller
- Temu ramah eksklusif dengan Pereka Kostum Bridgerton, Ellen Mirojnick
- Bagaimana Cara untuk Membuat Tanggapan Pertama yang Hebat Setiap Kali
- Membina Jenama untuk Kreatif & Usahawan
Semasa panel Siapa yang Membuat Ini? Bagaimana Produk-produk yang Bersumberkan Kemapanan Memperkasakan Wanita Dengan Setiap Pembelian, Ketua Pegawai Pemasaran bagi Mary Kay Inc., Sheryl Adkins-Green, akan mengadakan satu perbincangan mengenai asal-usul barang di dalam setiap almari kita — dan bagaimana kita dapat mengenali dengan lebih baik orang yang membawa pembaharuan di sebalik gaya fesyen itu. Ahli panel termasuk Jane Mosbacher, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi TO THE MARKET; Matilda Payne Boakye-Ansah, Pereka, Aktivis Ekologi, Usahawan Sosial, Pengasas bagi MH Couture dan Pengasas Bersama bagi Xtreme Upcycle; Christelle C. Paul, Pengasas dan Pengarah bagi Atelier Calla; dan Tara Swennen, penggaya selebriti.
“Kita memiliki satu peluang pada setiap hari untuk membuat pilihan yang membantu melindungi persekitaran kita,” kata Sheryl Adkins-Green, “dan adalah penting untuk mengetahui tentang orang dan produk-produk yang boleh membuat perbezaan itu.”
HOS BERSAMA
Stephanie Sprangers - Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive
Johnny Wujek – Penggaya Selebriti & Pereka Kostum kepada Katy Perry dan Mariah Carey
Nicole Chavez - Penggaya Selebriti kepada Kristen Bell dan Jessica Simpson
Andrew Fitzsimons – Pereka fesyen rambut selebriti kepada keluarga Kardashian
Claire Sulmers – Pengasas + Ketua Pegawai Eksekutif bagi Fashion Bomb Daily
PENCERAMAH:
Penceramah kami adalah penggaya selebriti, artis solekan, dan pembuat imej yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk Kristen Stewart, Angelina Jolie, Matthew McConaughey, Emily Blunt, Gabrielle Union, Zendaya, Sophie Turner, Amanda Seyfried, Margot Robbie, Lupita Nyong’o, Emma Watson, Rosie Huntington-Whiteley, Claire Danes, Carmen Electra.
PENGGAYA SELEBRITI:
Jen Rade, Tara Swennen, Jessica Paster, Nicole Chavez, Sonia Young, Dana Asher Levine, Mimi Lombardo, Joiee Thorpe, Franzy Staedter.
ARTIS SOLEKAN SELEBRITI + PEREKA FESYEN RAMBUT:
Sheridan Ward, Katey Denno, Matin Maulawizada, Christian Wood, Halley Brisker, Larry Sims
PEMUDAH CARA:
Brian Underwood (Majalah Oprah), Brooke Jaffe, (Penske Media), Alexis Bennett (Vogue), Sarah Ball (Majalah PEOPLE), Flavia Nunez (Real Simple), Alana Peden (StyleCaster) dan Sheryl Adkins-Green (Mary Kay Inc.)
Tiket ke persidangan itu adalah $149 bagi tiket sepanjang hari. Penaja pembentangan bagi Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Musim Bunga Digital itu adalah Mary Kay Inc. dan Mary Kay Global Design Studio.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/live
Maklumat mengenai Glamhive: Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan gaya peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak boleh eksklusif hanya untuk golongan kaya dan terkenal.
Pengalaman menggaya dalam talian itu menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya akan memberi mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Bagi penggaya, ia adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu mereka mengembangkan rangkaian mereka dan perniagaan mereka, boleh dikatakan 100%.
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau hampir 60 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik, dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang untuk menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah.
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...