Friday, November 27, 2020
EKSPO PERALATAN PELANCONGAN ANTARABANGSA HAINAN YANG PERTAMA TELAH DIADAKAN DI PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN
Autogiro di pameran itu
HAIKOU, China, 27 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
Tarif sifar, kadar cukai yang rendah, sistem cukai dipermudahkan...Sejak pengeluaran Pelan Keseluruhan bagi Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, sebilangan besar dasar-dasar keutamaan telah dilaksanakan untuk menggerakkan pembangunan bagi pelabuhan perdagangan bebas global, menyediakan peluang-peluang pembangunan baharu bagi Hainan, dan menggalakkan pembangunan industri pelancongan yang berkualiti tinggi, satu tonggak industri bagi Wilayah Hainan.
Kemunculan bagi produk pelancongan berformat baharu seperti perjalanan darat, pelancongan tepi laut, pelancongan lawatan di paras rendah, dan sukan luar telah meningkatkan permintaan pasaran bagi peralatan pelancongan kelas atasan seperti kenderaan rekreasi, kapal layar, pesawat terbang rendah, kereta kabel, dan kemudahan rekreasi. Dengan latar belakang ini, Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan 2020 telah dilahirkan tepat pada masanya. Ia telah dimasukkan ke dalam aktiviti utama bagi Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan ketika ia pertama kali diadakan, dengan menyediakan sebuah platform bagi penduduk dan pengunjung untuk mengalami pelancongan “darat, laut dan udara” yang mengikut perkembangan itu.
Pada 20 November, Haikou telah menyaksikan pembukaan Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan 2020 selama tiga hari. Pelbagai peralatan baharu telah menarik perhatian ramai dari pelancong dan penduduk, termasuk mesin terbang berautonomi yang dikendalikan secara pintar, rumah lutsinar yang merenung bintang 360 darjah, kenderaan bersiar-siar tanpa pemandu, autogiro, pesawat sayap tetap, dll.
Rumah lutsinar yang merenung bintang itu terutamanya sangat digemari oleh pelancong dan penduduk. Rumah berbentuk bulat ini terdiri daripada sebuah bilik tidur utama dan sebuah bilik mandi. Ia mempunyai katil yang selesa dengan diameter 1.8 meter di dalam bilik tidur dan cahaya merah jambu yang menarik. Rumah itu dapat memenuhi keperluan pelbagai senario penggunaan termasuk kawasan pemandangan, perkhemahan, dan resort.
Menurut jawatankuasa penganjur, pameran peralatan pelancongan tahun ini mengambil tema "Pelancongan Baharu, Peralatan Baharu, Pembangunan Baharu". Ia menetapkan tiga ruang pameran utama untuk peralatan pengangkutan pelancongan mewah, peralatan infrastruktur pelancongan, dan peralatan sukan untuk pengembaraan luar. Terdapat juga lapan kawasan pameran, yang meliputi perjalanan pintar, kenderaan rekreasi dan peralatan perkhemahan, kemudahan pelancongan luar, kemudahan rekreasi, peralatan sukan luar, peralatan pelancongan laut, peralatan terbang paras rendah, dan destinasi pelancongan nasional.
“Ekspo peralatan pelancongan China di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan itu menyediakan pelbagai perkara yang indah.” Kakitangan yang bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Penganjur itu menunjukkan bahawa Ekspo itu sangat penting kepada mengantarabangsakan industri pelancongan.
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan
Pautan Lampiran Imej:
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=378202
Kapsyen: Autogiro di pameran itu
Thursday, November 26, 2020
WORLDREMIT DAN DIGICEL INTERNATIONAL BERGANDING UNTUK MEMBOLEHKAN PEMINDAHAN DOMPET MUDAH ALIH DI KEPULAUAN PASIFIK
Pelanggan boleh menghantar ke akaun dompet mudah alih di Fiji, Samoa dan Tonga SYDNEY, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WorldRemit, sebuah penyedia pembayaran digital global terkemuka dan Digicel International, telah menjalin kerjasama untuk membolehkan pemindahan wang antarabangsa ke dompet mudah alih bagi pelanggan di Fiji, Samoa, dan Tonga. Di peringkat global, pelanggan kini boleh membuat pemindahan antarabangsa melalui digicelinternational.com ke akaun dompet mudah alih Digicel MyCash di Fiji, Samoa dan Tonga. Wang diterima oleh penerima dengan selamat ke dalam dompet mudah alih mereka dalam masa beberapa minit sahaja, dan bersedia untuk dibelanjakan bagi apa sahaja yang mereka perlukan dengan membuat pembelian atau memindahkan wang terus dari dompet MyCash mereka. Digicel International adalah sebuah kedai sehenti digital yang menyediakan satu suite perkhidmatan, yang membolehkan urus niaga bagi orang ramai untuk menyokong orang yang mereka sayangi, menyatukan mereka dari seluruh pelusuk dunia dengan memendekkan jarak di antara mereka. Laman web dan aplikasi baharu ini membolehkan Tambah Nilai, Menghantar Wang, Membayar Bil, dan urus niaga lain dalam satu platform. Apabila pelanggan melayari digicelinternational.com, mereka akan dapat mengirim wang terus ke dompet MyCash, satu ciri penting bagi ekosistem digital di Kepulauan Pasifik itu. Scott Eddington, Pengarah Urusan WorldRemit bagi Asia Pasifik, berkata: “Kami bangga dengan sejarah kami dalam membantu pelanggan menghantar wang ke kampung halaman kepada rakan dan keluarga di Kepulauan Pasifik, dan perkongsian baharu ini dengan Digicel akan mengukuhkan penawaran kami dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Ia datang sesuai pada waktunya -- sekatan perjalanan terus memberi kesan kepada pelancongan dan pergerakan bagi pekerja bermusim, dan COVID-19 telah mewujudkan satu peralihan membetulkan langkah di dalam tingkah laku pengguna terhadap pilihan digital seperti dompet mudah alih.” “Secara jangka panjang, perkongsian seperti ini membantu kita untuk mengurangkan kos bagi pengiriman wang ke Pasifik, meletakkan lebih banyak wang di dalam poket orang tersayang di kampung halaman. Ia juga membantu untuk menyokong matlamat rangkuman kewangan kita, memastikan dana boleh mengalir kepada penerima walaupun mereka tidak mempunyai satu perhubungan perbankan tradisional,” kata Encik Eddington. Negara-negara Kepulauan Pasifik sangat bergantung kepada pengiriman wang untuk perbelanjaan kehidupan asas, dengan pengiriman wang ke Tonga mewakili kira-kira 40 peratus bagi KDNK negara itu -- bahagian paling tinggi di dunia menurut Bank Dunia. Menurut Pertubuhan Antarabangsa mengenai Migrasi (IOM)*, terdapat satu peralihan yang signifikan terhadap pengiriman digital di Kepulauan Pasifik memandangkan langkah-langkah sekatan pergerakan di kedua-dua negara pengirim dan penerima telah menjadikannya lebih sukar untuk mengirim dan menerima kiriman wang. Christophe Justens, Pengurus Besar Digicel International berkata: “Digicel International amat teruja dengan perkongsian pilihan ini dengan WorldRemit. Kami telah bertahun-tahun menjalankan perniagaan pengiriman masa siaran atau Tambah Nilai, dan kami mahu mencari satu cara untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan pengalaman yang sama ketika mengirim wang.” “Kami mahu menyediakan satu cara yang mudah dan telus bagi orang ramai untuk menghantar dan menerima wang. Dengan perkongsian ini, kami melakukan perkara yang tepat untuk semua pelanggan kami. Kos pemindahan wang dan pengiriman wang masih menjadi satu isu di Kepulauan Pasifik itu, pengalaman digital hujung-ke-hujung seperti yang kami sediakan sekarang melalui dompet mudah alih akan mengurangkan kos pengiriman wang dengan signifikan bagi pelanggan kami; meningkatkan hari-ke-hari mereka,” kata Encik Justens. Perkhidmatan pemindahan wang mudah alih itu tersedia melalui laman web dan Aplikasi Digicel International, yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store. Untuk mengirim wang, pelanggan hanya perlu mengunjungi laman web Digicel International atau membuka aplikasi Digicel International mereka dan membuat pilihan “Kirim Wang” dan ikuti langkah-langkah di skrin mereka. Setelah memilih destinasi mereka, mereka akan memilih “akaun wang mudah alih Digicel” apabila membuat pemindahan wang mudah alih mereka. Penerima menerima wang secara terus melalui dompet Digicel MyCash mereka di telefon bimbit mereka. *Rujukan: https://weblog.iom.int/now-time-reduce-remittance-costs Maklumat mengenai WorldRemit WorldRemit adalah sebuah syarikat pembayaran antarabangsa yang terkemuka. WorldRemit telah mengganggu sebuah industri yang sebelum ini dikuasai oleh pemain legasi luar talian dengan melakukan pemindahan wang antarabangsa secara dalam talian - menjadikannya lebih selamat, lebih pantas dan mengurangkan kos. Kami pada masa ini menghantar dari 50 buah negara kepada lebih 150 buah negara, beroperasi di 6,500 koridor pemindahan wang di seluruh dunia dan menggunakan lebih 1,100 orang di seluruh dunia. Dari segi penghantaran WorldRemit adalah 100% digital (tanpa tunai), meningkatkan kemudahan dan mempertingkatkan keselamatan. Bagi mereka yang menerima wang, syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan termasuk deposit bank, kutipan tunai, tambah nilai masa siaran mudah alih dan wang mudah alih. Dengan disokong oleh Accel, TCV dan Leapfrog – ibu pejabat WorldRemit berada di London, United Kingdom dengan mempunyai kehadiran global di Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Filipina, Australia dan New Zealand. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.worldremit.com Maklumat mengenai Digicel Digicel International adalah sebuah kedai sehenti digital yang menyediakan satu suite perkhidmatan digital yang membolehkan urus niaga harian bagi orang ramai untuk menyokong orang yang mereka kasihi di mana sahaja mereka berada, dengan menyatukan mereka dari seluruh pelusuk dunia. Digicel International menawarkan perkhidmatan digital seperti Tambah Nilai, Panggilan Antarabangsa, Pembayaran Bil, Kad Digital, antara lain, untuk mengukuhkan hubungan pelanggan kami di kampung halaman. Digicel International adalah sebahagian daripada PRISM Holdings, sebuah syarikat gergasi kewangan di St. Lucia yang bekerjasama dengan Digicel pada tahun 2015. Sejak itu, ia telah berkembang dan memperluaskan rangkaian perkhidmatan kewangan mereka. Kumpulan PRISM telah membantu pelanggan mengubah idea-idea kecil menjadi perniagaan besar sejak tahun 1993. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20201124006051/en/ |
PERINTIS TAIWAN DI DALAM BASIKAL BUKIT PERTENGAHAN DAN ATASAN BERKEMBANG SEIRING DENGAN PENINGKATAN PERMINTAAN
TAIPEI, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebuah pengeksport utama bagi basikal, pengeluar Taiwan menyediakan hampir 70% daripada semua jenis basikal untuk pengguna kelas pertengahan dan kelas atasan di seluruh dunia. Setiap tahun, Taiwan mengeksport kira-kira 2 juta basikal tradisional dan basikal bukit yang kini mencakupi bagi 60% daripada jumlah itu.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201125005306/en/
Berdasarkan kepada data yang dikumpulkan oleh Eco-Counter, sebuah organisasi statistik dan analisis global untuk data aliran manusia, Indeks Berbasikal Seluruh Dunia 2019 menunjukkan satu peningkatan di dalam berbasikal rekreasi sebanyak 3% di antara tahun 2017 dan 2018. Umumnya dipercayai bahawa dengan populariti yang semakin meningkat bagi aktiviti rekreasi mesra alam di seluruh dunia, aktiviti berbasikal santai akan membawa kepada permintaan untuk basikal semakin meningkat. Khususnya, berbasikal bukit dan berbasikal siklokross, yang memberi penunggang basikal satu rasa pencapaian yang tinggi dengan membantu mereka untuk menakluki rupa bumi berbukit yang mencabar dengan kelajuan yang tinggi, kini dianggap sebagai aktiviti berbasikal rekreasi utama.
Basikal bukit (MTB) telah dicipta pada tahun 1970-an dan ciri-ciri utama bagi basikal seperti itu termasuk tayar yang kasar dan bahagian depan yang menyerap kejutan; ini membolehkan MTB untuk menakluk sebarang dan semua bentuk rupa bumi. Sejak beberapa dekad yang lalu, basikal bukit telah berkembang dengan pesat dan kini dapat dibahagikan kepada dua kategori: basikal suspensi dan basikal bukit suspensi penuh.
Basikal bukit telah lama dilihat sebagai kategori basikal yang paling popular dan telah menguasai pasaran basikal sejak tahun 1980-an dan 1990-an. Mungkin terdapat satu permintaan yang meningkat untuk basikal jalan di negara-negara Asia, terutama di Taiwan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun basikal bukit masih menjadi raja bukit di Amerika Syarikat, pasaran eksport utama bagi Taiwan.
Pengeluar utama Taiwan memenuhi keperluan kerana pasaran kelas atasan di dalam industri basikal bukit dan basikal siklokross terus berkembang
Basikal bukit dan siklokross adalah terutamanya untuk jalan yang tidak berturap, berbonggol dan rupa bumi yang lasak. Oleh itu, proses untuk membinanya adalah agak rumit dan semua bahagiannya harus berkualiti terbaik. Giant dan Merida, seringkali dipandang tinggi dalam menghasilkan basikal bukit dan siklokross dengan Stance, XTC dan Reign keluaran Giant, serta basikal bukit Merida BIG NINE5000 dan ONE TWENTY7000 sangat popular di kalangan penunggang basikal di seluruh dunia.
Contoh lain seperti, VOLANDO dan BESV telah diiktiraf dengan anugerah antarabangsa untuk produk mereka yang luar biasa. Di antara kesemua mereka, basikal bukit pintar TRS2 yang dilancarkan oleh BESV telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Taiwan 2020 untuk teknik pembuatan canggih seperti bingkai ringan hidroform, pemesinan CNC, dan tuangan graviti, yang secara signifikan meningkatkan kekuatan dan prestasi bagi basikal itu.
Serta beberapa pengeluar komponen basikal seperti hab roda NOVATEC, dan tayar profesional yang dihasilkan oleh KENDA dan Maxxis juga terkenal di peringkat antarabangsa di kalangan peminat berbasikal bukit.
Wednesday, November 25, 2020
BASIKAL BUATAN TAIWAN SEMAKIN BERKEMBANG UNTUK PERMINTAAN BASIKAL JALAN GLOBAL
TAIPEI, Taiwan, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pembuatan basikal telah lama menjadi industri terkemuka di Taiwan dan telah memperoleh reputasi Taiwan sebagai “Dunia Basikal.” Hampir 70% bagi permintaan basikal kelas pertengahan hingga tinggi dipenuhi oleh Taiwan setiap tahun. Setiap tahun, Taiwan mengeksport lebih daripada dua juta basikal tradisional di seluruh dunia. Eksport basikal jalan mencapai peratusan stabil 20-30% dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sementara basikal bukit kini mengambil 60% daripada eksport ke Amerika Syarikat ketika permintaan arus perdana terus meningkat.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201123006316/en/
Sebaliknya, disebabkan oleh peningkatan populariti bagi pelbagai acara berbasikal yang berprofil tinggi dan menunggang santai sejak kebelakangan ini, permintaan untuk basikal jalan di pasaran Eropah adalah hampir sama dengan basikal bukit, dan pasaran Asia juga menunjukkan trend peningkatan yang sama tahun ke tahun.
Giant dan Merida, dua syarikat basikal utama di Taiwan, telah menjadi jenama terkemuka di dunia, dan basikal jalan mereka sering dipilih oleh penunggang basikal profesional dan pasukan mereka untuk pertandingan. Ambil Giant, sebagai contoh, ia telah menjadi rakan baharu pasukan CCC pada tahun lalu. Ia menyokong pasukan lelaki profesional itu dengan basikal jalan TCR, Defy dan Propel terbaru dan Basikal Ujian Masa Trinity untuk pertandingan dan latihan. Pasukan wanita profesional mereka memilih Liv Langma dan basikal aerodinamik EnviLiv yang baharu sebagai basikal lumba mereka.
Selain dua jenama terkemuka itu, jenama Taiwan yang sedang meningkat seperti DIZO, BESV, dan VOLANDO juga menduduki tempat yang menonjol di dalam industri basikal jalan. DIZO mendapat namanya dari homofoni Taiwan “disesuaikan,” yang menunjukkan bahawa produknya dibuat di Taiwan dan disesuaikan dengan keperluan pelanggan, yang menampilkan reka bentuk yang unik dan ditempah khas. Pada tahun 2016, ia melancarkan Siri Hero edisi terhad yang dijenamakan bersama dengan Marvel sebagai basikal jalan serat karbon yang pertama di dunia yang menampilkan konsep wira.
Walaupun BESV dan VOLANDO Innovation menyertai industri itu kemudian, mereka masih dapat membuat basikal mereka dengan cepat dengan memanfaatkan kelebihan daya saing inheren kumpulan itu berdasarkan kepada kepala golf mewah dan pengembangan sistem kawalan elektronik. Juga, basikal jalan, khususnya basikal jalan elektrik, dari kedua-dua syarikat telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Taiwan yang menjadi rebutan.
Reputasi Taiwan sebagai “Dunia Basikal” bukan hanya berdasarkan pada basikal itu sendiri kerana pengeluar komponen kami juga dihormati di peringkat antarabangsa. Contohnya, Kenda Tire telah dipilih oleh banyak jenama terkenal di seluruh dunia. Tayar tahan tikaman K1160X mereka direka khas untuk basikal jalan yang mewah.
TBS Group Corporation mungkin merupakan sebuah jenama produk basikal yang baharu, tetapi “Penyelesaian Meter Basikal Pintar Ultra AROFLY” adalah meter kuasa basikal paling kecil di dunia. “Meter Fungsi Semua-dalam-Satu” ini dapat mengukur prestasi penunggang basikal dengan tepat. Ia bukan sahaja murah dan mudah dipasang, tetapi juga serasi dengan hampir semua jenis model.
Tuesday, November 24, 2020
MILLA GROUP MEMILIH LEDDAR PIXELL DARIPADA LEDDARTECH UNTUK KENDERAAN ULANG-ALIK BERAUTONOMI MILLA POD
QUEBEC CITY, 25 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam teknologi penderiaan AD dan ADAS Tahap 1-5, berbangga kerana dipilih oleh MILLA Group sebagai pembekal penderia LiDAR kokun mereka. MILLA Group telah memilih Leddar™ Pixell yang telah memenangi anugerah sebagai LiDAR hujung depan untuk kenderaan ulang-alik berautonomi MILLA POD miliknya.
Leddar Pixell merupakan LiDAR berkeadaan pepejal yang paling kukuh dalam pasaran. Penderia ini memberikan medan penglihatan (FoV) mengufuk 180 darjah dan boleh menawarkan perlindungan 360 darjah pada kenderaan apabila empat modul digunakan. Leddar Pixell menawarkan rintangan kejutan dan getaran yang terbaik dalam kelasnya, memenuhi keperluan ISO 16750-3 dan mematuhi standard SAE J1455 untuk penerobosan debu tebal dan menempatkan Leddar Pixell untuk digunakan dalam pasaran kenderaan industri yang memerlukan keteguhan dan ketahanan. Selain itu, Leddar Pixell juga diperakui IP67 dan memberikan MTBF lebih daripada 148,000 jam, yang setara dengan sepuluh kali penyelesaian imbasan. Leddar Pixell sesuai untuk kenderaan ulang-alik, teksi robot, ADV dan kenderaan luar jalan lain yang digunakan dalam pembinaan, pertanian dan perlombongan.
“MILLA telah mendapatkan perkhidmatan LeddarTech pada Leddar Pixell yang kukuh untuk MILLA POD kami. POD ini merupakan kenderaan berautonomi inovatif yang telah dikerahkan di seluruh Eropah dan Amerika Utara,” kata Éric Gendarme, Pengarah urusan MILLA Group. “Perubahan radikal yang kami laksanakan dalam POD berkaitan reka bentuk dapat disesuaikan dengan baik kepada Leddar Pixell; LiDAR ini membolehkan kami mempunyai pandangan medan 180 darjah, yang meningkatkan keselamatan dan kebolehharapan keseluruhan kenderaan ulang-alik berautonomi kami. En. Gendarme meneruskan: “MILLA POD yang dilengkapi Leddar Pixell berserta komponen teknologi berautonomi lain yang membentuk sistem pengendalian kita, telah diserahkan kepada RATP Group, pengendali pengangkutan awam milik Negara yang beroperasi di 13 negara dan di empat benua, ditugaskan untuk menilai dan melayakkan kenderaan pengangkutan awam berautonomi. RATP melaporkan bahawa sistem pengendalian MILLA POD, yang disertakan Leddar Pixell, memenuhi keperluan kelayakan yang ketat,” simpul En. Gendarme.
“Kami berbesar hati untuk menjadi pembekal terpilih kepada MILLA Group untuk teknologi penderiaan kami,” kata Frantz Saintellemy, Presiden dan COO dari LeddarTech. “MILLA Group mewakili organisasi memandang ke hadapan yang menangani teknologi kenderaan ulang-alik berautonomi dengan pendekatan baharu dan inovatif; kami berbangga bahawa Leddar Pixell kita telah menyumbang kepada pensijilan teknikal MILLA dengan RATP Group,” simpul En. Saintellemy.
Perihal MILLA Group
MILLA Group ialah syarikat jurutera Perancis bebas terkemuka yang mengkhusus dalam reka bentuk, pembangunan, pembuatan dan percubaan produk dan perkhidmatan mobiliti baharu. Konsep mobiliti baharu MILLA adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang mampan, modular, boleh diskalakan dan boleh diakses kepada semua orang. Sejak tahun 2019, kenderaan ulang-alik MILLA bergerak setiap hari di jalan terbuka pada kelajuan 30 km/j dalam mod berautonomi,perkhidmatan unik di dunia. MILLA kini ialah satu-satunya pembekal mobiliti yang mencadangkan penyelesaian pengangkutan atas permintaan dan berbilang modal (orang dan barangan) untuk zon luar bandar dan persisian bandar. Teknologi yang dilaksanakan oleh MILLA Group juga mempunyai kesan yang ketara terhadap industri automotif. Syarikat peneraju utama dunia menggunakan perkhidmatan MILLA, seperti robotisasi dan automasi kenderaan dan percubaan mereka pada jalan terbuka.
Hubungi Éric Gendarme di eric.g@milla.net
Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala, dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan pada LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.
Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com
Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c4ce9937-f7fa-4d83-8c7d-a7106c467340
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/64706fa3-751d-4a2d-b9eb-336c4a7f8d6f
SUMBER : LeddarTech inc.
'POP-UP BTS : MAP OF THE SOUL' MEMBUKA PINTU MEREKA DI ASIA
PAJU, Korea Selatan, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kedai pop up baharu BTS ‘BTS POP-UP : MAP OF THE SOUL’ telah dimulakan mulai 14 November merentasi tujuh buah negara dan wilayah di ONLINE STORE ASIA (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam).
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201122005100/en/
Big Hit IP, sebuah perbadanan bebas yang menerajui perniagaan IP Big Hit Entertainment, yang sebelum ini mengendalikan satu bentuk baharu bagi pengalaman kompleks ruang di bawah nama 'BTS POP-UP: HOUSE OF BTS' pada Oktober 2019. Pada kali ini, kedai pop up baharu itu yang mengambil konsep daripada album studio keempat BTS MAP OF THE SOUL: 7 yang dikeluarkan pada Februari telah tiba dekat sangat dengan tempat tinggal peminat.
BTS POP-UP : MAP OF THE SOUL ONLINE STORE ASIA itu telah dibuka pada 14 November di laman web eksklusif yang dipanggil morningKall ((2020btspopupasia.morningkall.com) dan ia berjalan dengan jayanya.
Pop-up itu menawarkan sehingga 300 produk yang berbeza termasuk tetapi tidak terhad kepada pakaian, alat tulis, dan barangan rumah. Ia juga memaparkan produk yang mempunyai trek b-side bagi MAP OF THE SOUL: 7 sebagai satu tema utama. Kedai dalam talian itu merancang untuk memperkenalkan produk baharu pada setiap minggu mengikut jadual. Barangan seperti pakaian, aksesori, dan pelbagai barangan yang menggunakan logo BTS dan produk yang menampilkan tema lagu seperti ‘Black Swan’ dan ‘ON’, juga semakin popular.
KEMPEN TAKSIR DAN BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN 1 NOVEMBER 2020 - 31 MAC 2021
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada semua pihak. Banyak perniagaan yang terpaksa dihentikan akibat jualan yang semakin merosot. Namun begitu, masih ada perniagaan yang tidak terjejas dan kukuh meneruskan perniagaan seperti biasa.
Kempen ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula November 2020 hingga 31 Mac 2021 dan ianya terbuka kepada usahawan yang ingin menunaikan zakat perniagaan atas nama syarikat dengan bayaran minimum sebanyak RM5,000. Bagi pembayar zakat perniagaan sedia ada, jumlah kenaikan bayaran zakat haruslah melebihi daripada jumlah bayaran yang terdahulu.
Untuk makluman, pembayar yang menunaikan zakat perniagaan layak untuk mendapat Wakalah atau Dasar Pengembalian Semula untuk diagihkan sendiri kepada asnaf. Pembayaran zakat perniagaan melebihi RM10,000 akan mendapat pulangan semula sebanyak 37.5% manakala bayaran melebihi RM1 juta pula akan mendapat pulangan semula sebanyak 50%.
Sebagai tanda penghargaan, setiap syarikat yang menunaikan zakat perniagaan akan menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat dan Logo Pembayar Zakat Perniagaan. Ianya dilihat sebagai pelengkap kepada sijil halal dan ianya boleh diguna pakai pada produk-produk keluaran syarikat. Secara tidak langsung ia juga memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih produk dari syarikat yang telah menjalankan tanggungjawab berzakat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, kempen ini adalah salah satu usaha PPZ-MAIWP bagi meningkatkan kutipan zakat supaya ianya cukup untuk terus membantu asnaf yang semakin ramai kini.
“Situasi COVID-19 telah menjejaskan mata pencarian segelintir daripada kita, oleh itu saya menyeru kepada semua syarikat sama ada besar ataupun kecil untuk menunaikan zakat perniagaan di PPZ-MAIWP agar dapat membantu dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan untuk bangkit semula meneruskan kehidupan” katanya.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14012
BITCOIN LATINUM DILANCARKAN UNTUK MENJADI MATA WANG KRIPTO DIINSURANSKAN YANG TERBESAR DI DUNIA DENGAN SOKONGAN DARI TOKOH-TOKOH DALAM INDUSTRI
Bitcoin Latinum (Foto: Business Wire) |
PALO ALTO, Calif., 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bitcoin Latinum, cabang Bitcoin bagi generasi akan datang yang mampu memperoleh jumlah urus niaga yang besar, pengurusan aset digital, keselamatan siber, dan kapasiti mengumumkan pelancaran prajualan rasmi mereka. Bitcoin Latinum akan didagangkan di bawah simbol LTNM dengan satu jumlah bekalan 888,888,888 LTNM [disahkan oleh LTNM].
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201124005585/en/
Bitcoin Latinum kini tersedia untuk prajualan di bitcoinlatinum.com dan akan tersedia di bursa-bursa pada tahun 2021.
Bitcoin Latinum adalah satu cabang Bitcoin yang dipertingkatkan. Algoritma dan infrastruktur Bitcoin Latinum memecahkan halangan dan had kelajuan yang telah menghalang sebilangan mata wang maya daripada mencapai penggunaan praktikal dan tepat masa. Bitcoin Latinum memanfaatkan ke dalam gelombang baharu kripto DeFi — kewangan nyahpusat — untuk peranan mereka di dalam urus niaga digital bebas. Menurut Nasdaq, jumlah pasaran mata wang kripto yang berkaitan dengan DeFi baru-baru ini melepasi $14 bilion, meningkat dari $1 bilion pada Februari 2020.
PENGELUARAN BATERI LITHIUM WERKS TERUS BERKEMBANG
AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 23 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Walaupun tahun 2020 membawa banyak cabaran yang belum pernah dihadapi sebelum ini kepada semua perniagaan di seluruh dunia, Lithium Werks terus mengeluarkan Bateri Ferum Litium Nanophosphate™ berpaten yang Terbaik dalam Kelasnya bagi pasaran dengan permintaan yang paling tinggi.
Bateri Nanophosphate™ 26650 kami digunakan sebagai bateri tunggal dan juga untuk membina patrum bateri dan modul seperti modul bateri Lithium Werks P40-24 kami. Produk ini digunakan oleh pelanggan kami untuk pelbagai tujuan kuasa, denyutan dan tunggu sedia yang meluas. Kuasa, Keselamatan dan Hayat bateri LFP kami yang juga merupakan peneraju pasaran, menjadikan penggunaannya sesuai dalam kebanyakan penggunaan yang penting. Bateri 18650 dan 26650 kami digunakan dalam sektor perniagaan seperti penyimpanan tenaga, UPS, teknologi komunikasi, aeroangkasa, kecemasan dan penggunaan pencahayaan, peralatan industri, peranti perubatan serta barangan pengguna yang lain. Ini merupakan perniagaan utama untuk organisasi kami dan merupakan sebahagian daripada portfolio produk kami yang kian berkembang.
Lithium Werks boleh menghasilkan berjuta-juta bateri 18650 dan 26650 sebulan di kemudahan pengeluaran kami yang canggih di China. Disebabkan permintaan yang berterusan daripada pelanggan berprestij kami dan juga permintaan merentasi spektrum penggunaan yang meluas, maka kami tidak merancang untuk menamatkan pengeluaran mana-mana bateri dalam jangka masa yang panjang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bateri kami, layari pautan ini: https://lithiumwerks.com/products/cells/
Maklumat Hubungan:
lwmarketing@lithiumwerks.com
Sumber: Lithium Werks
Monday, November 23, 2020
OKEX AKAN MENYAMBUNG SEMULA PENGELUARAN SELEPAS PENGGANTUNGAN SEMENTARA
QED Investors Berkembang Ke Pasaran India Dengan Pengambilan Baharu Untuk Mengetuai Pelaburan Asia Tenggara
QED juga meningkatkan pasukan dengan dua penambahan yang memberi tumpuan kepada pelaburan Amerika Syarikat & Belay
ALEXANDRIA, Va., 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- QED Investors, sebuah firma modal teroka butik terkemuka yang menumpukan pelaburan kepada syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan disruptif peringkat awal, mengumumkan bahawa ia telah memasuki pasaran India dan Asia Tenggara, dengan mengambil Sandeep Patil untuk mengetuai pelaburan mereka di rantau itu.
Dengan penambahan Sandeep, QED akan memperluaskan jejak global mereka, dengan menambahkan India dan Asia Tenggara kepada rangkaian mereka yang sedia ada di Amerika Utara, Amerika Selatan dan United Kingdom. Ditubuhkan pada tahun 2007, QED Investors telah melabur di lebih 120 syarikat, termasuk 13 unikorn, dan mempunyai lebih $1.8 bilion di bawah pengurusan. Pelaburan penting termasuk Nubank, SoFi, Credit Karma, Klarna, GreenSky, Avant, Flywire, Remitly, QuintoAndar, Creditas, ClearScore, dan Konfio.
“India sahaja mempunyai satu pangkalan pengguna internet yang besar yang melebihi 560 juta individu. Digabungkan dengan satu penurunan yang mendadak di dalam harga data mudah alih, peningkatan pesat kelas menengah dengan keperluan kewangan yang sepadan dan satu infrastruktur kawal selia yang menyokong dan anda mempunyai sebuah ekosistem yang siap untuk mengalami gangguan. QED telah menilai secara dekat untuk memasuki benua Asia dan kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Sandeep untuk membantu kami melabur di dalam syarikat fintech terbaik yang ditawarkan oleh pasaran,” kata Nigel Morris, Pengasas bersama dan Rakan Pengurusan bagi QED Investors.
QED terkenal dengan tumpuan tunggal mereka terhadap fintech dan pengalaman pengendali mereka yang lebih dari 200 tahun. Sandeep menambahkan kedalaman yang signifikan dalam kedua-dua bidang. Beliau membantu melancarkan perniagaan pinjaman pengguna dan PKS di Flipkart dan menyumbang kepada pengumpulan dana syarikat itu dan akhirnya penjualan kepada Walmart. Beliau adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk India di Truecaller di mana beliau mengarahkan perniagaan Adtech, Pembayaran, FinTech, PKS/Perusahaan dan Pemaju, yang menggandakan pendapatan syarikat itu dan mencapai keuntungan pendapatan bersih walaupun berlakunya wabak. Beliau membawa punca kredit pengguna yang mendalam dari Capital One di Amerika Syarikat dan United Kingdom, dan telah memberikan perkhidmatan kepada pelabur global, bank dan syarikat insurans di McKinsey & Co. Sandeep akan menerapkan pendekatan QED yang ketat dan didorong oleh hipotesis untuk mengenal pasti peluang-peluang pelaburan fintech peringkat awal yang berada pada kedudukan yang baik di tempat pasaran.
“Terdapat peluang yang besar untuk QED di dalam ekosistem India dan Asia Tenggara. Saya telah lama mengagumi dan mengenal pasti kepakaran fintech QED dan bagaimana firma itu memanfaatkan pengalaman pengendali untuk membantu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif membina syarikat disruptif yang berjaya,” kata Sandeep. “Saya amat gembira kerana dapat menyertai pasukan itu dan teruja untuk bekerjasama dengan generasi seterusnya bagi unikorn fintech di benua Asia.”
Selain itu, dengan Sandeep, QED telah merekrut Camila Key Saruhashi sebagai seorang Prinsipal yang berpusat di San Francisco dan Adams Conrad sebagai seorang Prinsipal di New York. Camila akan memperkukuhkan kehadiran QED di Kawasan Teluk dan akan memberi tumpuan kepada pelaburan Amerika Syarikat. Adams akan mengembangkan platform pelaburan peringkat pembentukan QED, Belay, yang membentuk dan membina syarikat-syarikat fintech dari bawah ke atas. Kedua-dua mereka datang ke QED dengan latar belakang fintech yang teguh. Camila sebelum ini mempunyai pengalaman mengetuai sebuah pasukan terdiri daripada lebih 300 orang sebagai ketua operasi di Nubank - sebuah syarikat portfolio QED - dan dalam pembangunan produk dan strategi di Earnin. Adams bekerja dalam pengurusan perhubungan di Quovo, dan di Plaid di mana beliau mengetuai kekayaan menegak, membina saluran dan perkongsian strategik, dan membantu banyak pelanggan fintech membangun dan berkembang.
“Berikutan pengumpulan dana QED bernilai $350 juta pada Februari, QED kini mempunyai galakan. Kami melihat pemilihan urus janji positif yang sangat besar dari syarikat-syarikat luar biasa yang mencari QED untuk kepakaran fintech dan pengalaman pengendali kami. Camila dan Adams membawa pengalaman operasi fintech selama bertahun-tahun dan akan memainkan satu peranan penting di dalam menolong kami menilai dan memimpin peluang-peluang pelaburan sambil berkhidmat sebagai penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat portfolio kami,” kata Nigel Morris.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14006
PEMBANGUNAN EKONOMI LESTARI KEKAL SEBAGAI SATU TOPIK YANG HANGAT DIBINCANGKAN PADA IFF YANG DIADAKAN DI NANSHA
NANSHA, China, 23 Nov., 2020 / Xinhua-AsiaNet/--
Dari 20 hingga 22 November, Mesyuarat Tahunan Forum Kewangan Antarabangsa 2020 telah diadakan di Nansha, Guangzhou. Di bawah tema “Pembangunan Komprehensif dan Lestari – Perundingan, Kerjasama dan Respons Krisis yang Meluas”, ia telah menarik hampir 200 wakil kewangan, pemimpin perniagaan dan pakar untuk membincangkan mengenai topik seperti Dasar Kewangan dan Fiskal di dalam Landskap Baharu: Peluang dan Cabaran, Pembaharuan WTO dan Sistem Perdagangan Global Masa Depan, Penetapan Harga Karbon, Kerjasama dan Pembangunan Kawasan Greater Bay dll.
Pembangunan lestari ditonjolkan di IFF
Meletusnya COVID-19 menjadikannya lebih mendesak untuk membina sebuah komuniti dengan satu masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia. Gao Yan, pengerusi bagi Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa, berkata: “Dunia sedang mengalami perubahan yang tidak dilihat dalam tempoh satu abad, yang sekarang dipercepatkan oleh wabak itu. Ekonomi dunia berada dalam kemelesetan yang mendalam. Rantaian perindustrian global dan rantaian bekalan telah terjejas secara negatif. Tindakan satu pihak dan fahaman perlindungan telah berlaku, dan globalisasi ekonomi telah bertemu dengan arus berlawanan. Mesyuarat tahun ini memberi tumpuan kepada pembangunan lestari, yang berkongsi matlamat dan idea yang serupa dengan pembinaan bagi sebuah komuniti dengan satu masa depan bersama bagi umat manusia, yang memberi manfaat kepada seluruh umat manusia dan dunia.”
Menurut Antonio Guterres, Setiausaha Agung PBB, negara-negara memerlukan lebih banyak kecairan dan sumber untuk menangani krisis itu dan menggalakkan pemulihan. Beliau berkata bahawa kewangan awam global harus memberi perhatian kepada negara-negara dan industri yang memerlukannya, menggalakkan pembangunan lestari.
Han Seung-soo, pengerusi bersama bagi Majlis IFF, bekas perdana menteri Korea Selatan dan bekas presiden bagi Perhimpunan Agung PBB telah berkongsi pandangan yang serupa. “Kita tidak boleh mengorbankan kepentingan umat manusia dalam mengejar pertumbuhan ekonomi jangka pendek. Mesej penting ini harus disampaikan melalui acara ini. Kewangan dapat memainkan peranannya sendiri di dalam menggalakkan pelaburan masa depan dalam satu cara yang lebih lestari.”
Anugerah Inovasi Kewangan Hijau Global pertama kali dimulakan
Pada September, pemimpin China telah menyampaikan satu ucapan penting pada Perbahasan Umum bagi Sesi ke-75 Perhimpunan Agung PBB, dengan menggesa semua negara untuk meneruskan pembangunan yang berinovatif, diselaraskan, hijau dan terbuka untuk semua, merebut peluang-peluang yang bersejarah yang dikemukakan oleh pusingan baharu bagi revolusi saintifik dan teknologi dan transformasi perindustrian, dengan mencapai satu pemulihan hijau bagi ekonomi dunia di dalam era pasca-COVID.
Tahun ini, IFF pertama kali memulakan Anugerah Inovasi Kewangan Hijau Global untuk memuji penyelesaian berinovatif bagi kewangan hijau global, dalam cara untuk memperdalamkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa di dalam kewangan hijau dan menggalakkan pengalaman yang berjaya di dalam pembangunannya dan menyumbang kepada pembangunan mapan. Jawatankuasa kaji semula anugerah itu terdiri daripada 15 pemimpin penting dengan pengaruh dan kuasa global, bersama-sama dengan elit dari bidang kewangan dan persekitaran, institusi anugerah sumbangan khas terpilih dan projek yang berkaitan.
Keyakinan yang ditunjukkan dalam pembangunan kewangan bagi Nansha
Dari tahun 2017 hingga 2019, Mesyuarat Tahunan IFF telah diadakan di Guangzhou selama tiga tahun berturut-turut. Dua bulan yang lalu, Nansha telah menyaksikan majlis meletakkan batu asas bagi tempat tetap IFF, yang akan dibangunkan sebagai platform bagi kewangan inovatif global dan yang akan memperuntukkan sumber kewangan.
Mengapa pilih Nansha? Baru-baru ini, ia telah memberikan jawapan dalam aspek seperti mengoptimumkan persekitaran perniagaan, menggalakkan inovasi kewangan, dan menyokong perkhidmatan kewangan.
Pada Julai, Biro Kewangan Nansha telah mengumumkan langkah-langkah yang dioptimumkan untuk menyokong industri kewangan, memperluaskan skop ganjaran, meningkatkan jenis-jenis ganjaran, meningkatkan jumlah ganjaran, dan meningkatkan daya tarikan bagi dasar-dasar. Langkah-langkah tersebut bertujuan meningkatkan persekitaran perniagaan bagi industri kewangan dan mengumpulkan sumber kewangan yang berkualiti tinggi.
Sebagai tambahan, Nansha secara aktif menggalakkan pembaharuan dan inovasi kewangan untuk menyuntikkan momentum baharu ke dalam ekonomi sebenar. Pada masa ini, Nansha mempunyai sejumlah 42 amalan inovasi kewangan atau projek perintis. Di antaranya, platform pemantauan dan pencegahan risiko kewangan tempatan yang cerdas telah dipilih sebagai satu daripada kes amalan terbaik di dalam zon perdagangan bebas perintis.
Setakat September 2020, Nansha telah menyelesaikan sejumlah 6,559 perusahaan kewangan dan kewangan yang serupa, jumlahnya yang meningkat 52 kali ganda berbanding dengan sebelum pelancaran zon perdagangan bebas perintis.
Sumber: Mesyuarat Tahunan Forum Kewangan Antarabangsa 2020
Sunday, November 22, 2020
PERSIDANGAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN SEDUNIA (WIDC) 2020 AKAN BERMULA PADA 25 NOVEMBER
YANTAI, China, 20 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/-- Persidangan Reka Bentuk Perindustrian Sedunia (WIDC) 2020 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November di Yantai, Shandong. Persidangan itu akan dihoskan bersama oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat dan Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong. Semasa persidangan itu, Majlis Anugerah dan Pameran Reka Bentuk Perindustrian Cemerlang (CEID) China 2020 akan juga diadakan, menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Yantai. Dengan bertemakan Reka Bentuk Pintar & Jalan ke Masa Hadapan, persidangan itu menyatukan penasihat akademik, pakar praktikal, dan golongan elit yang berinovatif dari bidang pembuatan pintar global. Mereka akan melihat secara meluas model pembangunan dan jalan inovasi untuk reka bentuk perindustrian pada era maklumat dan kecerdasan, dan meneroka kemungkinan yang tidak terbatas bagi kreativiti di dalam reka bentuk dengan produk pintar, perkhidmatan pintar, bandar raya pintar dan platform pintar. WIDC itu adalah satu acara pembangunan reka bentuk antarabangsa yang luar biasa yang diraikan oleh organisasi, institusi, dan perusahaan reka bentuk dari lebih 40 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Persidangan itu bertujuan menggalakkan penyatuan menyeluruh bagi reka bentuk perindustrian dengan pembangunan ekonomi dan sosial, dan pada masa yang sama menyediakan dorongan untuk pertukaran dan kerjasama reka bentuk. Semasa pembukaan persidangan itu, Majlis Anugerah CEID 2020 akan diadakan, dengan mengumumkan 10 pemenang anugerah emas. Ini adalah anugerah nasional kerajaan yang pertama yang diluluskan oleh kerajaan pusat dan satu-satunya anugerah nasional di dalam bidang reka bentuk perindustrian di China. Pameran Anugerah CEID itu, yang merangkumi kawasan seluas 20,000 meter persegi, akan mempamerkan lebih daripada 1,000 karya luar biasa dan produk inovatif dari 14 industri di lebih 30 wilayah. Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Yantai Pautan Lampiran Imej: Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=377476 Kapsyen: Logo WIDC2020 Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=377482 Kapsyen: Pameran Anugerah CEID --BERNAMA | |
EKSPOSISI INTERNET BENDA DUNIA 2020 BERAKHIR DENGAN JAYANYA DI WUXI, CHINA
Majlis Anugerah bagi Pemilihan Keputusan “Teknologi Baharu, Produk Baharu dan Aplikasi Baharu” WloT 2020 |
Pada 18 November, Persidangan Pencapaian Inovasi Eksposisi Internet Benda Dunia (WloT) 2020 dan Sidang Kemuncak Pelaburan Strategik Perusahaan China telah diadakan di Wuxi, yang juga merupakan acara penutup bagi WloT 2020.
Thursday, November 19, 2020
TOMMY HILFIGER MELANTIK AVERY BAKER SEBAGAI PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI JENAMA
Avery Baker, Presiden dan Ketua Pegawai Jenama, Tommy Hilfiger Global (Foto: Business Wire)
AMSTERDAM, Belanda, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Avery Baker sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Jenama, berkuat kuasa pada 17 November, 2020. Dalam peranan yang baharu diwujudkan itu, Baker mempunyai tanggungjawab global untuk produk, pemasaran dan pengalaman jenama itu merentasi semua kategori, wilayah dan saluran.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201119005356/en/
Sejak menyertai Tommy Hilfiger pada tahun 1998, Baker telah memegang banyak peranan merentasi pejabat-pejabat global syarikat itu, termasuk Ketua Pegawai Pemasaran dan Ketua Pegawai Jenama. Pada pertengahan tahun 2019, Baker melepaskan jawatan beliau untuk menumpukan masa kepada keluarga, dan beliau kini kembali kepada organisasi itu untuk menyumbang dalam melakar bab seterusnya bagi sebuah syarikat dan jenama yang sangat beliau minati. Semasa berkhidmat di syarikat itu, Baker telah memainkan peranan penting di dalam mengembangkan TOMMY HILFIGER menjadi satu daripada jenama gaya hidup premium yang terkenal di dunia. Beliau memiliki satu rekod perkhidmatan dalam membangun dan melaksanakan strategi membina jenama yang memacukan pertumbuhan perniagaan dan ekuiti jenama.
“Avery mempunyai kepekaan yang mendalam terhadap warisan dan DNA bagi TOMMY HILFIGER, dengan satu rekod prestasi dalam melancarkan inisiatif pengguna yang memberi impak yang mendorong kedua-dua jenama dan perniagaan,” kata Martijn Hagman, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger global dan PVH Eropah. “Satu komitmen terhadap aspirasi produk dan pemasaran bertaraf dunia merupakan teras bagi visi kami untuk menjadi sebuah jenama yang benar-benar bersifat global yang memimpin dengan tujuan. Kami sangat gembira untuk menyambut Avery kembali ke dalam keluarga Tommy Hilfiger untuk memimpin jenama itu merentasi kedua-dua bidang ini dan membuka potensi global sepenuhnya.”
“Pada masa yang mencabar ini, jenama mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk membuat perbezaan di dalam kehidupan pengguna,” kata Baker. “Saya percaya bahawa Tommy Hilfiger dapat memberikan kesan positif yang sangat besar sebagai sebuah syarikat yang sangat disayangi sama seperti tindakan kami dan juga produk luar biasa yang kami reka. Saya amat teruja kerana dapat memulakan perjalanan baharu ini dengan Tommy, Martijn, dan pasukan kepimpinan kami di Eropah, Asia Pasifik dan Amerika, ketika kami berusaha untuk mencapai potensi jangka panjang di setiap wilayah dan mengubah syarikat itu dari dalam ke luar - dari budaya kepada pengguna - untuk menjadi sebuah syarikat yang dibina untuk tahun 2020-an.”
Baker telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Jenama syarikat itu pada tahun 2014 dan telah menyatukan pengurusan kreatif dan perniagaan untuk menyampaikan satu visi jenama baharu, memanfaatkan satu gabungan budaya pop, fesyen, teknologi dan hiburan. Beliau telah memacukan program transformasi termasuk TOMMYNOW – pertunjukan “See Now, Buy now” yang terbesar dan paling berjaya di dalam industri fesyen - dan menghidupkan semula label TOMMY JEANS yang diilhamkan dari tahun 1990-an, memanfaatkan warisannya untuk muncul sebagai satu kegemaran di kalangan pengguna yang lebih muda. Sepanjang tempoh beliau, perkongsian berprofil tinggi itu yang terjalin dengan pencipta rasa yang berpengaruh termasuk Lewis Hamilton, Zendaya, Gigi Hadid, KITH dan Vetements telah meningkatkan kaitan jenama dan memperluaskan daya tarikan syarikat itu kepada generasi baharu peminat.
TOMMY HILFIGER adalah satu daripada jenama gaya hidup terkemuka di dunia, dengan nama dan identiti yang diiktiraf di seluruh dunia. Inisiatif pemasaran syarikat itu telah berperanan dalam meningkatkan jejak TOMMY HILFIGER melalui pertumbuhan kesedaran jenama global dan strategi yang berpusatkan pengguna yang konsisten yang membina dan mengekalkan asas peminat yang setia. Hari ini, pendedahan jenama berada pada tahap paling tinggi sepanjang masa hasil daripada koleksi, kempen, perkongsian dan pengaktifan pengguna yang hebat.
Maklumat mengenai Tommy Hilfiger
Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER and TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah dalam mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk pelengkap gaya hidup seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.
Maklumat mengenai PVH Corp.
PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik CALVIN KLEIN, TOMMY HILFIGER, Van Heusen, IZOD, ARROW, Warner’s, Olga dan jenam-jenama Geoffrey Beene, serta True&Co yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 40,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.9 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.
Ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn.
KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan strategi, objektif, harapan dan hasrat Syarikat itu, dibuat berdasarkan peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian tahun 1995. Pelabur diberi peringatan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut sememangnya tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagiannya mungkin tidak dapat dijangkakan, termasuk, tanpa had, (i) strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu boleh berubah pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu boleh dianggap sebagai mempunyai pengaruh yang tinggi dan menggunakan sebahagian besar aliran tunainya untuk menjelaskan hutang mereka, akibatnya Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan mereka dalam cara yang diinginkan atau telah dikendalikannya pada masa lalu; dan (iii) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.
Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20201119005356/en/
Hubungi
Tommy Hilfiger
Dana Perlman
Bendahari dan Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Pelabur
(212) 381-3502 pejabat
(917) 579 1374 telefon bimbit
investorrelations@pvh.com
Virginia Ritchie
Naib Presiden, Komunikasi Global
virginia.ritchie@tommy.com
Tel: +31 6 4318 4870
Sumber : Tommy Hilfiger
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...