SINGAPURA, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ZALORA, destinasi fesyen dalam talian terkemuka di Asia, dan The Trade Desk, sebuah platform teknologi pengiklanan global, telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pengintegrasian atribusi merentasi Asia. Pengintegrasian atribusi itu akan membolehkan jenama-jenama yang mengambil bahagian yang menjual di ZALORA dengan peluang untuk mengukur penukaran dan nilai jualan yang dijanakan daripada kempen pengiklanan yang disampaikan melalui The Trade Desk.
ZALORA adalah sebuah destinasi beli-belah dalam talian untuk berjuta-juta pengguna fesyen di Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Hong Kong dan Taiwan. ZALORA menawarkan sebuah koleksi yang pelbagai bagi jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang terkemuka, serta label dalaman untuk pakaian, kasut dan aksesori bagi lelaki dan wanita. Di bawah perkongsian itu, ZALORA memiliki keupayaan untuk mencatat atribusi bagi mana-mana pengguna yang melihat atau mengklik sesuatu iklan sebelum membeli jenama itu di ZALORA. Ini bermakna bahawa jenama-jenama yang layak mungkin dapat mengoptimumkan kempen mereka yang berjalan di The Trade Desk semasa ia sedang berjalan.
“Kerjasama ZALORA dengan The Trade Desk membuka banyak kemungkinan bagi kami dan rakan jenama kami. Ini akan membolehkan kami untuk memperkasakan jenama dengan data bagi mengoptimumkan kempen dan menjangkau ke lebih banyak pelanggan yang relevan. Ini juga bermaksud bahawa pembeli ZALORA mendapat pengalaman penemuan produk yang lebih baik semasa mereka mengimbas katalog. Data adalah sumber dan peranti paling penting untuk eDagang dan pengiklanan, dan kami gembira kerana dapat mengadakan perkongsian platform sisi permintaan ini dengan The Trade Desk,” kata Jo Bjordal, Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan ZALORA.
“ZALORA telah berada di barisan hadapan eDagang sejak mereka dilancarkan pada tahun 2012,” kata Mitch Waters, Naib Presiden Kanan, Asia Tenggara Australia dan New Zealand, The Trade Desk. “Memandangkan tumpuan bersama kami adalah kepada pengukuran, ZALORA adalah platform yang sempurna untuk menunjukkan pengintegrasian bagi eDagang dan pengiklanan yang dipacu oleh data melalui penukaran dan nilai jualan.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13446
No comments:
Post a Comment