KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bagi meraikan kesyukuran dan kemeriahan Aidilfitri, Radio IKIM tidak ketinggalan menerbitkan rancangan-rancangan istimewa yang disusun sepanjang sambutan Aidilfitri, sekalipun dalam tema yang berbeza demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dengan tujuan menyampaikan kefahaman berkaitan sambutan Hari Raya dalam Islam dan kaitannya dengan PKPB kini, Radio IKIM akan menerbitkan rancangan Aidilfitri antaranya, rancangan “Satu Kemenangan”, “Pesona Syawal” dan “Istiqomah Syawal” yang akan bersiaran pada hari raya pertama hingga ketiga pada jam 10.00 pagi. Manakala pada jam 5.00 petang hari raya pertama hingga ketiga, pendengar dihidangkan dengan rancangan “Sesuci Lebaran”, “Fitrah Aidilfitri” dan “Indahnya Aidilfitri Bersama Saudara Baru”.
Selain itu, bermula jam 9.00 malam hari raya pertama hingga keenam, rancangan “Raya Normal Baharu (RNB)” akan memberi peluang kepada pendengar berinteraksi dengan penyampai bertugas dan berkongsi suasana hari raya mereka, diikuti sebuah rancangan hiburan Islami “Lebaran Bersama Artis” pada jam 10 malam. Menerusi rancangan Lebaran Bersama Artis ini, pendengar akan dihiburkan dengan sesi temubual dan nyanyian dengan persembahan akustik daripada personaliti dan artis nasyid antaranya Hafiz Hamidun, Kumpulan Inteam, Saujana, Ikhwan Fatanna, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta Halim Ahmad. Dengarkan juga perkongsian mereka menyambut Aidilfitri dengan normal baharu ini.
Selain daripada dapat didengari, program-program ini juga dapat ditonton menerusi Facebook Live dengan melayari www.facebook.com/ikimfm. Semoga hari raya kita lebih bermakna dengan menghayati perkongsian ilmiah dan hiburan mendidik minda bersama Radio IKIM, Inspirasi Inforia Islami.
Unit Perhubungan Korporat
21 Mei 2020
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13434
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment