Friday, May 22, 2020

2Africa: Afrika Dan Rakan Kerjasama Global Mengumumkan Kabel Dasar Laut Transformatif Untuk Sambungan Internet Masa Hadapan Di Afrika




2Africa adalah salah satu projek dasar laut terbesar di dunia, yang menghubungkan 23 buah negara di Afrika, Timur Tengah dan Eropah dan diperluaskan ke Asia melalui kabel dasar laut utama Eropah-ke-Asia


HONG KONG, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- China Mobile International, Facebook, MTN GlobalConnect, Orange, stc, Telecom Mesir, Vodafone dan WIOCC hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk membina 2Africa, yang akan menjadikan kabel dasar laut paling komprehensif bagi menyalurkan perkhidmatan kepada benua Afrika dan rantau Timur Tengah, dan juga menghubungkan melalui Afrika timur dengan kabel dasar laut yang lain bagi memperluaskan sambungan di Asia. Pihak-pihak itu telah melantik Alcatel Submarine Networks (“ASN”) untuk membina kabel tersebut di dalam sebuah projek yang dibiayai sepenuhnya yang akan meningkatkan sambungan yang ketara merentasi Afrika dan Timur Tengah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200514005389/en/

Dengan jarak panjang 37,000km, 2Africa akan menjadi salah satu projek kabel dasar laut terbesar di dunia dan akan menghubungkan Eropah (ke arah timur melalui Mesir), Timur Tengah (melalui Arab Saudi), dan 21 pendaratan di 16 buah negara di Afrika. Sistem itu dijangka beroperasi pada tahun 2023/4, dengan menyampaikan lebih daripada jumlah gabungan kapasiti bagi kesemua kabel dasar laut yang  menyalurkan perkhidmatan ke Afrika pada hari ini, dengan kapasiti yang direka sehingga 180Tbps pada bahagian-bahagian utama pada sistem itu. 2Africa akan menyampaikan kapasiti dan kebolehpercayaan internet yang sangat diperlukan merentasi sebahagian besar Afrika, dengan melengkapkan permintaan kapasiti yang pesat berkembang di Timur Tengah dan menyokong pertumbuhan seterusnya bagi akses jalur lebar 4G, 5G dan tetap untuk ratusan juta orang.

Di negara-negara di mana kabel 2Africa akan mendarat, penyedia perkhidmatan akan mendapatkan kapasiti di pusat-pusat data neutral pembawa atau stesen pendaratan kabel akses terbuka secara adil dan saksama. Ini akan menyokong pembangunan ekosistem internet yang sihat dengan memudahkan peningkatan kemudahan akses bagi perniagaan dan pengguna.

Kabel 2Africa telah direka untuk meningkatkan daya tahan dan memaksimumkan prestasi, termasuk pilihan bagi sebuah lintasan optik yang lancar di antara Afrika Timur dan Eropah. Pihak-pihak 2Africa dan Airtel telah menandatangani satu perjanjian dengan Telecom Mesir untuk menyediakan sebuah lintasan yang serba baharu bagi menghubungkan Laut Merah dan Mediterranean, yang pertama dalam lebih satu dekad. Ini termasuk stesen pendaratan kabel baharu dan penyebaran gentian generasi seterusnya pada dua laluan terestrial yang baharu dan berbeza selari dengan Terusan Suez dari Ras Ghareb ke Pelabuhan Said, dan satu sambungan dasar laut baharu yang akan menyediakan satu laluan ketiga di antara Ras Ghareb dan Suez.

Kabel 2Africa itu akan melaksanakan satu teknologi baharu, SDMdari ASN, yang membolehkan penggunaan sehingga 16 pasangan gentian dan bukan lapan pasangan gentian yang disokong oleh teknologi yang lebih lama, sekali gus membawakan kapasiti yang jauh lebih besar dan penjimatan kos yang lebih. Kabel itu akan menggabungkan teknologi pertukaran optik bagi membolehkan pengurusan jalur lebar yang fleksibel. Kedalaman penanaman kabel juga telah meningkat sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sistem yang lebih lama, dan penghalaan kabel akan mengelakkan lokasi yang mengalami gangguan dasar laut yang diketahui, kesemuanya membantu untuk memastikan tahap ketersediaan yang paling tinggi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13432

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...