LOS ANGELES, 30 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- -- melalui NetworkWire -- InvestorBrandNetwork (“IBN”), agensi komunikasi korporat yang inovatif dan pengedar kandungan yang pelbagai, mengumumkan pelan akan datangnya untuk pengembangan pada tahun 2020 dan seterusnya.
Muncul dalam bidang komunikasi pada tahun 2006 melalui jenama syarikat pertamanya, IBN telah mengalami banyak tahun transformasi semenjak penubuhannya. Selepas 14+ tahun membina 40+ jenama dengan khalayak kolektif sebanyak 2+ juta pengikut dan rekod prestasi perkhidmatan kukuh yang berkhidmat untuk 500+ klien, syarikat ini mempunyai hubungan yang berharga dengan 5000+ rakan kongsi pensindiketan dan 50+ rakan kongsi acara.
InvestorBrandNetwork menggariskan siri inisiatif pertumbuhan:
• Audio siar untuk Eksekutif dan Firma IR – Pengarah IBN akan berkongsi pengalaman mereka membantu 500+ syarikat awam dan pra-IPO dengan strategi komunikasi digital mereka.
• Mengembangkan Pengedaran Siaran Akhbar Audio dan Temu ramah – IBN telah melancarkan 6 saluran audio siar baharu dan akan menambahkan episod baharu sepanjang tahun.
• Membantu Lebih Banyak Acara Pelabur Maya – Keupayaan IBN untuk bekerjasama dengan bilangan acara yang banyak besar membawa kerelevanan yang khusus pada tahun 2020 memandangkan bilangan acara maya telah meningkat.
• Apple TV, Roku dan 90+ Rangkaian OTT Tambahan – Pensindiketan IBN akan merangkumi saluran media penstriman popular tidak lama lagi.
• Melancarkan Jenama Tambahan – Dengan jenama tertentu untuk khalayak tertentu, IBN telah mencapai kadar penglibatan yang amat tinggi dan menawarkan kliennya keupayaan untuk menyasarkan pelabur yang betul.
“IBN mempunyai rekod prestasi pertumbuhan stabil yang baik. Selama lebih sedekad, kami secara konsisten telah mewujudkan hubungan, jenama dan kerjasama baharu yang menambah baik rangkaian penyelesaian komunikasi korporat kami,” kata Pengarah Penyelesaian Klien Sherri Franklin. “Kebolehsuaian ini telah membolehkan kami mengalami pertumbuhan pesat walaupun dalam suasana ketidakpastian pada tahun 2020. Kami berasa sukacita dengan kejayaan infrastruktur digital kami dan cara infrastruktur digital kami mewujudkan penyelesaian yang akan membantu perniagaan menavigasi cabaran komunikasi hari ini.”
“Kami mendapati bahawa strategi kami telah mencapai tahap keberkesanan yang baharu apabila pelabur lama menyertai komuniti dalam talian buat kali pertama dan pelabur dalam talian sedia ada meluangkan lebih masa berbanding sebelum ini menggunakan saluran Internet untuk penyelidikan mereka,” kata Pengarah Komunikasi Pensindiketan Chris Johnson. “Selain itu, strategi kandungan yang berterusan adalah lebih penting berbanding sebelum ini, memastikan aliran maklumat positif yang stabil untuk memastikan tahap keterlibatan yang tinggi dengan pelabur sedia ada.”
Evolusi berterusan IBN telah membantu IBN mengekalkan kedudukan utamanya dalam ruang komunikasi korporat.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13359
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment