Sebahagian daripada Jumlah Modal $2.6 Billion yang Dikumpulkan untuk Strategi Pinjaman Langsung Khusus
Platform Terkemuka Pasaran Memberi Tumpuan kepada Pinjaman Senior
WASHINGTON, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG Global Energy Partners (EIG) hari ini mengumumkan penutupan akhir yang berjaya bagi Dana Projek Global V EIG (GPF V atau Dana itu) dengan jumlah komitmen sebanyak $1.1 bilion, hampir 50% lebih tinggi daripada sasaran Dana itu $750 juta. EIG juga mengumpulkan satu komitmen tambahan $1.5 bilion dalam bentuk akaun yang diuruskan secara berasingan yang akan dilaburkan bersama-sama dengan GPF V. Secara keseluruhan, sejak penutupan pertama bagi GPF V pada Julai 2019, EIG telah mengumpulkan $2.6 bilion dalam bentuk komitmen untuk strategi pinjaman langsung mereka. GPF V adalah satu kesinambungan bagi platform EIG untuk pinjaman langsung tenaga dan infrastruktur yang dilaburkan merentasi seluruh tenaga, pertengahan, kuasa, tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur kompleks pada satu asas global. Lebih 70% daripada komitmen modal strategi itu adalah daripada pelabur yang berada di luar Amerika Syarikat, yang mencerminkan sifat global bagi perniagaan EIG.
Ketua Pegawai Eksekutif EIG R. Blair Thomas berkata, “Kami berasa gembira untuk menutupkan GPF V dengan sokongan berterusan daripada pangkalan pelabur global kami yang canggih. Kejayaan pengumpulan dana kami di dalam suasana semasa adalah satu bukti yang kukuh terhadap kepercayaan pelabur kami di dalam kemampuan kami untuk mengenal pasti dan melaksanakan peluang-peluang menarik merentasi rantaian nilai tenaga dan infrastruktur global. Modal adalah oksigen untuk industri tenaga, dan GPF V bersedia untuk membantu memenuhi permintaan modal yang teguh bagi projek tenaga dan infrastruktur. Dalam masa pergolakan yang hebat, kemampuan pengumpulan modal dan pengasalan kami yang terbukti dan platform global kami menempatkan kami pada kedudukan yang baik untuk masa hadapan.”
Presiden EIG Randy Wade berkata, “GPF V membolehkan EIG untuk membina di atas rekod prestasi 20 tahun kami di dalam pinjaman langsung. Dengan permintaan untuk modal tinggi dan banyak sumber tradisional bagi modal sedang mengundur, Dana itu mencari peluang-peluang di dalam peralihan global jauh daripada hidrokarbon tradisional ke arah pengeluaran tenaga yang lebih mapan. Kami percaya pendekatan khusus kami dan pengunderaitan yang berdisiplin dengan satu tumpuan pada kepelbagaian sektor harus meletakkan kami untuk terus menghasilkan pulangan yang kuat melalui kitaran pasaran.”
Ejen penempatan EIG untuk GPF V adalah Credit Suisse; Kirkland & Ellis berkhidmat sebagai penasihat undang-undang.
Maklumat mengenai EIG Global Energy Partners
EIG Global Energy Partners (EIG) adalah sebuah pelabur institusi terkemuka untuk sektor tenaga global dengan $22.4 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2020. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 38 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $33.7 bilion kepada sektor tenaga melalui 360 projek atau syarikat di 36 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web EIG di www.eigpartners.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200518005102/en/
Hubungi
Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly / Brandon Messina
EIG-SVC@sardverb.com
Sumber : EIG Global Energy Partners
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment