SINGAPURA, 6 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- V-Key hari ini mengumumkan bahawa telah dipilih untuk menjadi rakan keselamatan mudah alih bagi bank digital TONIK, bagi menyediakan sebuah platform perbankan runcit mudah alih yang selamat untuk pelanggan baharu mereka di Filipina.
TONIK yang merupakan sebuah “neobank” digital atau bank dalam talian bergantung kepada aplikasi mudah alih sebagai titik hubungan utama bagi pelanggan mereka. Keupayaan untuk menyediakan sebuah persekitaran yang dipercayai dan selamat bagi pelanggan mereka untuk melakukan urus niaga perbankan adalah sangat penting kepada pengalaman pelanggan untuk perkhidmatan mereka.
Dibangunkan berdasarkan kepada teknologi Elemen Keselamatan Maya yang dipatenkan oleh V-Key, Perlindungan Aplikasi V-OS memberikan satu lapisan tambahan bagi perlindungan gangguan dan penambahan keselamatan. V-OS menjaminkan keselamatan pemprosesan dan data yang sensitif, memastikan integriti aplikasi ketika digunakan, dan melindungi privasi pengguna walaupun jika peranti itu hilang atau dikompromi. Ia menyemak terhadap perisian hasad atau malware, mencegah serangan Main-in-the-Middle (MITM), menangani gangguan, dan bahkan menyediakan sebuah papan kekunci anti-penipuan yang selamat untuk input data.
Perlindungan Aplikasi V-OS yang dipilih oleh TONIK untuk digerakkan berada di Platform Awan V-Key, juga dikenal sebagai V-OS Awan. Dikuasakan oleh Platform Awan Microsoft Azure, V-OS Awan menawarkan fungsi Perlindungan Aplikasi yang sama kuat dengan pelayan yang berada di premis. Ini memberikan pengaturan kedudukan yang tangkas bagi penyelesaian itu, sekali gus memendekkan tempoh masa untuk memasar dan mempermudahkan sokongan pelanggan.
Greg Krasnov, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas di TONIK, berkata: “Kami memilih V-Key oleh kerana sejarah V-Key dengan bank-bank utama di seluruh rantau itu, di mana penyelesaian mereka telah disahkan dan diuji dengan baik. Teknologi mereka dilindungi oleh sebuah paten global dan telah terbukti untuk memberikan faktor keyakinan dan keselamatan kepada pelanggan, yang merupakan di antara isu paling penting bagi bakal pelanggan kami di Filipina.”
Joseph Gan, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas, V-Key, berkata: “Di V-Key, kami sentiasa meletakkan penyelesaian kami melalui ujian penembusan yang ketat dan mencapai persijilan global untuk memastikan kami memenuhi kepercayaan pelanggan kami. Bergerak satu langkah ke hadapan, kami telah menggabungkan Kecerdasan Ancaman di mana ancaman terbaharu yang dikenal pasti secara automatik dikemas kini ke platform Perlindungan Aplikasi V-OS kami yang digunakan. Kami berharap dapat menyediakan sebuah persekitaran yang selamat untuk TONIK agar dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka untuk memanfaatkan inovasi dan teknologi yang benar-benar berinovatif.”
Maklumat mengenai TONIK
TONIK Financial Pte Ltd (www.tonikbank.com) adalah merupakan bank digital berlesen yang pertama di Asia Tenggara, dalam misi untuk merevolusikan cara wang berfungsi di rantau itu. Ia menyediakan produk kewangan runcit, termasuk deposit, pinjaman, akaun transaksional, pembayaran, dan kad pada sebuah platform perbankan digital yang sangat selamat. TONIK diterajui oleh sebuah pasukan senior yang sebelumnya telah membangun dan meningkatkan pelbagai bank digital dan runcit dan fintech merentasi Pasaran Baru Muncul Global. Ditubuhkan pada tahun 2018, TONIK melancarkan operasi pada tahun 2020 di Filipina melalui lesen bank mereka sendiri, dengan sokongan dan fungsi R&D yang berpusat di Singapura dan Chennai, India.
Maklumat mengenai V-Key
V-Key adalah sebuah syarikat keselamatan digital berasaskan perisian yang disanjung di peringkat antarabangsa, yang beribu pejabat di Singapura. Teknologi perintis V-Key menjanakan penyelesaian keselamatan yang sangat tinggi bagi pengurusan identiti digital, pengesahan dan kebenaran pengguna, serta pembayaran elektronik untuk bank-bank utama, pintu gerbang pembayaran, dan agensi-agensi kerajaan. Menjadikan pengalaman pengguna menyeronokkan dan pada masa yang sama tidak menjejaskan keselamatan.
V-Key adalah pereka bagi V-OS, Elemen Keselamatan Maya yang pertama di dunia. Dipatenkan di peringkat antarabangsa, V-OS menggunakan perlindungan kriptografi dan keselamatan siber termaju untuk mematuhi dengan standard yang sebelumnya hanya dikhaskan untuk penyelesaian perkakasan yang mahal.
V-OS adalah FIPS 140-2 Disahkan (AS NIST) dan diakreditasi oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm Singapura (IMDA).
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200505005388/en/
Hubungi
Untuk maklumat lanjut:
Charlie Loke, +65 9795 1516, Charlie.loke@v-key.com
LinkedIn | Facebook | YouTube
http://www.v-key.com/
Sumber : V-Key
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
Hubungi
Untuk maklumat lanjut:
Charlie Loke, +65 9795 1516, Charlie.loke@v-key.com
LinkedIn | Facebook | YouTube
http://www.v-key.com/
Sumber : V-Key
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment