Friday, May 1, 2020

PENGELUARAN GLOBAL BAGI BLACK SHARK JOYUI 11 BERDASARKAN KEPADA ANDROID 10


· Memandangkan sistem operasi dikemas kini terbaharu Black Shark yang didasarkan kepada Android 10, JOYUI 11 akan dikeluarkan dari 27 April untuk pengguna Black Shark 2 dan Black Shark 2 Pro.
· Dibangunkan berdasarkan kepada MIUI11, JOYUI 11 telah membuat peningkatan besar pada kedua-dua pengalaman asas telefon pintar dan pengalaman permainan mudah alih.
· Kemas kini itu membawa ciri-ciri baharu seperti Mi Share, Sistem Bunyi Dinamik Asli, ciri-ciri permainan baharu dan banyak lagi.

BEIJING, 29 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat teknologi permainan canggih itu, Black Shark, mengumumkan JOYUI 11 sebagai versi kemas kini terbaharu bagi sistem operasi Black Shark. Berdasarkan kepada Android 10, sistem operasi baharu ini mempunyai peningkatan besar pada kedua-dua ciri-ciri sistematik asas dan berpusatkan pada permainan, termasuk peningkatan antara muka pengguna, pengoptimuman prestasi perisian, dan peningkatan ciri-ciri permainan unik Black Shark. Pengguna Black Shark 2 PRO dan Black Shark 2 akan menerima pemberitahuan peningkatan JOYUI 11 pada 27 April hingga 6 Mei.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200428005411/en/

“Kami menunjukkan dengan jelas komitmen kami untuk mewujudkan pengalaman permainan yang tiada tandingan melalui sistem operasi terbaharu kami, JOYUI 11. Berkat kemampuan inovasi teknikal kami yang mantap, sistem operasi baharu ini dapat membina pengalaman yang komprehensif bukan hanya untuk permainan tetapi juga bagi penggunaan telefon pintar asas kerana ia dibina berdasarkan kepada Android 10,” kata Harrison Luo (Yuzhou Luo), Ketua Pegawai Eksekutif bagi Black Shark.

Untuk Kemudahan Harian Anda

Peningkatan Aplikasi Sistem Utama

Dalam satu kemas kini sistematik baharu berdasarkan kepada JOYUI, aplikasi sistem utama itu telah mencapai kelancaran, kestabilan, dan kefungsian peringkat tinggi berbanding dengan sistem operasi yang lain. Skrin utama telah membolehkan ciri-ciri yang stabil dan lebih mudah untuk digunakan termasuk membuka aplikasi, beralih di antara aplikasi, dan pengurusan folder.

· Kemas kini itu juga membawa lebih banyak ciri-ciri baharu, termasuk jawapan pantas, dwi aplikasi, akses yang pantas, mod satu tangan, dll.
· Peranti Siri Black Shark 2 kini serasi dengan akaun Mi dan awan Mi, yang akan tersedia untuk Cari Telefon Saya, Sandaran dan Menyegerakkan Data.
· Aplikasi pengurus fail baharu menyokong kaji semula foto, video, dokumen, dan muzik, dan klasifikasi automatik bagi fail PDF, Word, Excel, dan PPT untuk memudahkan pengurusan fail.
· Kemas kini keselamatan yang membatasi aplikasi yang sedang berjalan untuk mengakses maklumat lokasi dan maklumat lokasi itu dilindungi semasa imbasan rangkaian bagi menghalang pengesanan. Juga, tampalan keselamatan Google dipertingkatkan untuk keselamatan dan kestabilan.
· Beribu-ribu tema baharu yang menarik diperkenalkan ke dalam sistem itu, yang dapat diakses secara dalam talian secara percuma1.
·  236 Emoji baharu ditambah
 
Semua Gerak Isyarat Skrin

JOYUI 11 menyediakan gerak isyarat skrin yang ringkas dan mudah, termasuk meleret ke atas untuk Skrin Utama, meleret ke atas dan bertahan untuk Aplikasi Baharu, dan meleret ke sebelah kiri untuk kembali. Ketiga-tiga butang palang navigasi juga dapat disembunyikan untuk pengalaman paparan yang maksimum, atau untuk menghalang daripada sentuhan tidak sengaja semasa dalam permainan.

Keupayaan IoT

Penambahbaikan lain yang dibuat oleh JOYUI 11 adalah kesalinghubungannya dengan peranti IoT (Internet Benda).

·  Perkongsian Mi: Black Shark adalah sebahagian daripada Peer-to-Peer Transmission Alliance, yang membolehkan peranti untuk berkongsi fail dengan lebih pantas dan lebih mudah dengan telefon pintar android yang lain.
·  Cetakan Tanpa Wayar: Peranti itu kini serasi untuk melakukan cetakan pantas tanpa wayar melalui halaman ‘Kongsi ke’ dengan lebih daripada 2,000 mesin pencetak yang meliputi 25 jenama.
·  Acuan: Ciri-ciri acuan itu membolehkan kandungan telefon, seperti dokumen, video, foto, dll., untuk dipaparkan ke TV, selagi kedua-dua belah pihak berhubungan dengan WiFi yang sama.
 
Sistem Bunyi Dinamik Asli dan Sentiasa Dipaparkan

· Sistem Bunyi Dinamik Asli: Ia mengandungi Nada Dering Penggera Dinamik, Nada Dering Penggera Cuaca dan Bunyi Burung Dinamik untuk Pemberitahuan. Nada Dering Penggera Dinamik membolehkan pengguna untuk menikmati nada dering yang berbeza setiap hari dalam seminggu, sementara Nada Dering Penggera Cuaca berubah mengikut cuaca. Bunyi Burung Dinamik untuk Pemberitahuan mempunyai pelbagai bunyi semula jadi untuk pemberitahuan.
· Sentiasa Dipaparkan: Ia mengandungi Jam Sentiasa Dihidupkan dan kesan Cahaya untuk pemberitahuan
 
Lebih Banyak Ciri-ciri

Perakam skrin, penatalan tangkapan skrin, nota, kompas, kalkulator, pengimbas, perakam, cuaca, dan pusat keselamatan.

Untuk Permainan Anda yang Sempurna

Bukan sahaja untuk pengalaman asas telefon pintar, sebagai syarikat teknologi permainan canggih, Black Shark melancarkan sistem operasi JOYUI 11 untuk juga meningkatkan pengalaman permainan bagi pengguna mereka melalui Shark Space 3.0 dan Shark Arsenal.

Shark Space 3.0

Kemas kini itu membawa semua reka bentuk baharu Shark Space UI yang memberikan akses mudah kepada semua tetapan permainan di Gamer Studio, kesan pilihan baharu ketika memasuki permainan, dan sebuah Shark Arsenal bersepadu yang menguruskan semua aksesori Black Shark.

Shark Arsenal

Shark Arsenal adalah satu ciri yang disepadukan di dalam Shark Space, untuk pengurusan mudah bagi semua aksesori Black Shark. Ciri itu mengawal penyambungan pantas, panduan pengguna, kesan cahaya, kemas kini perisian tegar atau firmware, dll.

Maklumat mengenai Black Shark
Syarikat teknologi permainan canggih, Black Shark, mencipta eko-sistem permainan berdasarkan kepada perkakasan, perisian dan perkhidmatan, kini kebanyakannya dibawa oleh telefon pintar. Black Shark berhasrat untuk menyediakan pengalaman permainan yang tiada tandingan dan unik dan membina dunia permainan terbaik dengan pemain-pemain global. Black Shark terletak di Beijing, Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web global syarikat itu: http://global.blackshark.com/

1 Wilayah yang berbeza mungkin mempunyai pakej tema yang berlainan
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200428005411/en/ 

Hubungi

Media
liya.huang@blackshark.com
Liya Huang

Sumber : Black Shark

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...