ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- PETRONAS, menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat Yayasan PETRONAS dan anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas makanan seperti beras, susu, minyak, telur, makanan dalam tin, tepung gandum dan kad minyak Mesra PETRONAS kepada 900 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.
Sumbangan tersebut yang merupakan sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih PETRONAS, disampaikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri-negeri terlibat. Mewakili penyampaian ini, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman berkata: “Di samping meringankan beban golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sumbangan ini juga diharap dapat membantu membangkitkan kegembiraan mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.”
Melalui program Sentuhan Kasih, 5,000 buah keluarga golongan kurang berkemampuan di seluruh negara menerima sumbangan bernilai RM1 juta sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai tidak lama lagi.
Sumbangan disampaikan secara berperingkat bermula dari 4 Mei hingga 5 Jun 2020 dan dikendalikan oleh lebih 100 pengedar stesen minyak PDB bersama-sama wakil JKM serta sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan PETRONAS dan Yayasan PETRONAS.
Program Sentuhan Kasih dianjurkan sempena sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia sebagai saluran bagi Yayasan PETRONAS bekerjasama dengan komuniti dalam menyediakan keperluan sara hidup dan membina keyakinan diri.
Mengenai Yayasan PETRONAS
Yayasan PETRONAS merupakan cabang Tanggungjawab Sosial Korporat PETRONAS dengan misinya untuk menyumbang terhadap kesejahteraan masyarakat. Yayasan PETRONAS berhasrat untuk menyampaikan kelestarian impak, mempertingkatkan kualiti kehidupan dan hasil sosioekonomi komuniti di seluruh negara menerusi bidang-bidang fokus yang merangkumi Pendidikan, Kesejahteraan dan Pembangunan Komuniti serta Alam Sekitar.
Website: https://www.yayasanpetronas.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/yayasanpetronasmy/
Instagram: https://www.instagram.com/yayasanpetronas
Dikeluarkan bagi pihak:
Yayasan PETRONAS
Gambar: https://www.dropbox.com/t/rdgQMNLqcOnHnwnN
Kapsyen Gambar
Gambar 1: Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Perlis dengan dibantu oleh wakil Jabatan Kemajuan Masyarkat.
Gambar 2: Sumbangan disampaikan kepada Asrama Anak-anak Yatim Soleha, Tanjung Tualang, Perak dengan dibantu sukarelawan daripada Universiti Teknologi PETRONAS.
Gambar 3: Antara barangan keperluan asas makanan untuk disampaikan kepada 900 keluarga di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Gambar 4: Antara sukarelawan PETRONAS dan Yayasan PETRONAS yang terlibat dalam penyampaian sumbangan
SUMBER: Yayasan PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Helmi Majid
Tel: +6014 228 0877
E-mel: muhamadhelmi.abdmaj@petronas.com
Nama: Putri Nur Asma
Tel: +6012 299 5727
E-mel: tunkuputrinurasma.t@petronas.com
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment