Turbin gas M501JAC MHPS sedang dihasilkan di Takasago Works di Wilayah Hyogo, Jepun. (Foto: Business Wire) |
-- Permintaan Melonjak untuk Turbin Gas Kelas Maju –
YOKOHAMA, Jepun, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Hitachi Power Systems (MHPS) menduduki tempat pertama di dalam bahagian pasaran mengikut megawatt untuk pesanan turbin gas pada tahun 2020 menurut data yang diperolehi daripada McCoy Power Reports. Pesanan global untuk suku pertama bagi 2,638 MW menjadikan bahagian pasaran MHPS meningkat kepada 28.5 peratus di seluruh dunia. Peningkatan ini di dalam bahagian pasaran turbin gas sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk tempahan pesanan di seluruh dunia yang meningkat 19.7 peratus semasa tahun fiskal MHPS yang berakhir pada 31 Mac, 2020.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200519005485/en/
“Pasaran turbin gas global yang sangat kompetitif itu telah bergerak ke arah kami dengan satu pilihan yang jelas untuk turbin gas JAC kami, yang lebih boleh dipercayai berbanding dengan turbin gas pesaing dan pada masa yang sama memberikan kecekapan bahan api dan output yang mencatatkan rekod,” kata Ken Kawai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MHPS. “Penjualan bagi turbin gas MHPS di dalam segmen kelas termaju dan derivatif aero telah mendapat momentum ketika utiliti, pengeluar kuasa persendirian dan perbandaran di seluruh dunia berusaha untuk menurunkan kos elektrik mereka melalui gabungan kami yang unik yang terbukti boleh dipercayai dan berprestasi kelas dunia.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13426
No comments:
Post a Comment