Teknologi NLP proprietari Senseforth.ai tertanam di dalam platform AI Perbualan, A.ware, yang digunakan oleh lebih daripada 35 organisasi di Asia dan Amerika Utara untuk memperolehi pelanggan, mendorong penglibatan pengguna dan menyediakan sokongan pra-jualan & selepas jualan. Senseforth.ai telah muncul sebagai rakan AI Perbualan pilihan untuk jenama-jenama terkemuka seperti Nestle, PwC, Future Generali, HDFC Bank, SBI Card, ICICI Bank, RBL Bank, Airtel, Kotak Mutual Fund dan Stanton Optical, antara lain.
Bercakap tentang perkembangan itu, Shridhar Marri, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama, Senseforth.ai berkata, "Memperolehi tempat ke-6 di papan pendahulu SQuAD 2.0 memantapkan kewibawaan kami sebagai sebuah pemimpin di dalam ruang AI Perbualan. Kedudukan kami yang unggul merupakan satu bukti terhadap komitmen kami kepada membangunkan penyelesaian teknologi canggih yang menangani cabaran-cabaran utama bagi perusahaan yang berkembang."
SQuAD 2.0 mengandungi lebih daripada 100,000 soalan dengan lebih daripada 50,000 soalan baharu yang tidak dapat dijawab yang kelihatan seperti yang boleh dijawab. Untuk melaksanakan dengan baik, sistem itu bukan sahaja harus menjawab soalan-soalan sebaik mungkin tetapi juga menahan diri daripada menjawab apabila tiada jawapan tersedia.
Krishna Kadiri, Ketua Pegawai AI dan Inovasi, Senseforth.ai berkata, "Keupayaan enjin NLP kami telah meningkat secara dramatik sejak beberapa tahun yang lalu. Ketepatan bagi sebuah bot untuk memahami satu pertanyaan dan mengambil tindakan yang sesuai adalah pemutus urus janji bagi perusahaan yang mengendalikan berjuta-juta pertanyaan pelanggan setiap bulan."
Senseforth.ai adalah sebuah penerima anugerah “produk AI terbaik untuk tahun 2018” oleh Frost & Sullivan dan “Anugerah Produk Paling Inovatif” dari Netapp.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13037
No comments:
Post a Comment