HONG KONG, 13 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Tricor (Tricor), pakar pengembangan perniagaan terkemuka dan penyedia terkemuka bagi perkhidmatan profesional di Asia, telah mengumumkan penandatanganan satu perjanjian jual beli untuk memperolehi operasi di Malaysia bagi Axcelasia Inc. (“Urus Niaga” itu), sebuah firma perkhidmatan profesional bersepadu yang menyampaikan penyelesaian tadbir urus, risiko & pematuhan (GRC), korporat, perniagaan dan perkhidmatan cukai.
Axcelasia Inc., (“Axcelasia”) sebuah syarikat yang disenaraikan di SGX, mempunyai lebih 100 kakitangan profesional dan sebuah portfolio melebihi 1,000 pelanggan yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam, syarikat persendirian, entiti yang berkaitan kerajaan dan perbadanan multinasional. Firma itu diketuai oleh eksekutif berpengalaman dengan legasi Big Four, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encik Ranjit Singh, Pengerusi Bukan Eksekutif Dr. Veerinderjeet Singh, dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Dato Peter Tang.
Setelah selesai Urus Niaga itu, perkhidmatan korporat dan perkhidmatan sokongan perniagaan Axcelasia akan bergabung ke dalam Tricor Malaysia, untuk menjadikan Tricor sebagai satu daripada penyedia perkhidmatan korporat terbesar di Malaysia kepada syarikat-syarikat antarabangsa dan Malaysia. Di samping itu, Tricor akan melancarkan satu barisan perniagaan serantau baharu yang memberi tumpuan kepada menyampaikan urus tadbir bersepadu, penyelesaian risiko & pematuhan kepada lebih 50,000 pelanggan mereka di seluruh dunia.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13061
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia
OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment