Friday, February 21, 2020

KIOXIA YANG PERTAMA UNTUK MENYAMPAIKAN PCIE® 4.0 PEMACU KEADAAN PEPEJAL



Table

Kioxia Corporation: PCIe(R) 4.0 NVMe(TM) SSDs Perusahaan dan Pusat Data (Foto: Business Wire)


Pelanggan Kini Berkelayakan Generasi Terbaharu bagi PCIe®/NVMe™ SSDs Memacukan Prestasi Peringkat Seterusnya untuk Perusahaan, Pusat-pusat Data Berskala Hiper


TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PCI Express® 4.0 telah direka untuk membolehkan penggandaan prestasi bagi sistem pelanggan, pelayan dan sistem storan, meningkatkan kelajuan sehingga 16.0GT/s (pemindahan giga sesaat bagi setiap laluan), memacukan tahap prestasi baharu untuk aplikasi awan dan perusahaan. Hari ini, Kioxia Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, telah mengumumkan bahawa barisan PCIe® 4.0 NVMe™ pemacu keadaan pepejal (SSDs) perusahaan dan pusat data mereka kini dihantar kepada pelanggan[1].

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200220005997/en/

Sebuah pemimpin yang mantap di dalam membangunkan PCIe® 4.0 NVMe™ SSDs, Kioxia terus meningkatkan had bagi prestasi penyimpanan kilat. Kioxia adalah merupakan syarikat pertama yang memperlihatkan PCIe® 4.0 SSDs[2] kepada umum, dan kini menjadi yang pertama untuk memulakan penghantaran bagi pemacu generasi akan datang ini.

Siri CM6 NVMe SSDs Perusahaan
Dwi-port untuk ketersediaan yang tinggi, Siri CM6 Kioxia bagi PCIe® 4.0, Gen4 4laluan (atau Dwi-port, 2laluan) dan NVMe™ 1.4 SSDs Perusahaan menyampaikan prestasi membaca/menulis berurutan dan secara rawak yang terbaik di dalam kelasnya[3] sehingga 6.9 GB/s dan sehingga 1.4M IOPS. Ini merupakan penambahbaikan sehingga 2x ke atas pendahulunya PCIe® 3.0 dan adalah 12x lebih pantas daripada pemacu SATA[4] yang lazim. Direka untuk aplikasi perusahaan dan menggunakan kes – termasuk pengkomputeran berprestasi tinggi, kecerdasan buatan, lapisan cache, dagangan kewangan dan analisis data – Siri CM6 itu boleh didapati di dalam kapasiti sehingga 30.72TB[5].
 
Siri CD6 NVMe SSDs Pusat Data
Siri CD6 Kioxia bagi PCIe® 4.0, Gen4 4laluan dan NVMe™ 1.4 SSDs pusat data adalah port tunggal untuk pelayan, dan disasarkan kepada pusat data berskala hiper dan aplikasi serbaguna, seperti pangkalan data, persekitaran awan/kontena, pelayan web dan penstriman media. Siri CD6 itu akan tersedia di dalam kapasiti sehingga 15.36TB, sehingga mencapai 6.2GB/s daya pemprosesan dan 1.0 M IOPS prestasi capaian rawak.
 
Kedua-dua Siri CM6 dan CD6 itu mempunyai satu barisan 1 DWPD (Pemacu Menulis setiap Hari) dan 3 DWPD[6], dan termasuk satu pilihan[7] yang luas bagi keselamatan/penyulitan. Juga, SSD baharu itu telah berjaya melepasi pematuhan Bengkel PCI-SIG dan berada pada senarai UNH-IOL Integrator untuk keserasian peranti NVMe™ 1.4.

Nota
[1] Sampel bagi produk 30.72TB dijadual tersedia selepas Jun.
[2] Dipamerkan pada Sidang Kemuncak Ingatan Kilat pada Ogos 2019.
[3] Setakat 21 Februari, 2020, di dalam kategori SSDs perusahaan. Kaji selidik Kioxia Corporation.
[4] Berbanding dengan produk Kioxia antara muka SATA yang sedia ada. Kaji selidik Kioxia Corporation. Anggaran prestasi adalah di peringkat awal dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
[5] Definisi bagi kapasiti: Kioxia Corporation mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kurang kapasiti penyimpanan. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft® dan/atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
[6] Model 1DWPD akan dapat diperolehi di dalam kapasiti 960GB sehingga 30.72TB, manakala model 3DWPD akan tersedia di dalam kapasiti 800GB sehingga 12.8TB.
[7] Ketersediaan bagi pilihan keselamatan/penyulitan mungkin berbeza mengikut rantau.

 
* PCI Express dan PCIe adalah merupakan tanda dagangan berdaftar bagi PCI-SIG.
* NVMe adalah merupakan tanda dagangan bagi NVM Express, Inc.
* Microsoft adalah sama ada sebuah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan bagi Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau di negara lain.
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda dagangan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.

Pautan Berkaitan:
* Siri CM6 baharu itu dan barisan bagi SSDs Perusahaan Kioxia
https://business.kioxia.com/en-jp/ssd/enterprise-ssd.html
* Siri CD6 baharu itu dan barisan SSDs Pusat Data Kioxia
https://business.kioxia.com/en-jp/ssd/data-center-ssd.html

Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2427
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200220005997/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Kioxia Corporation

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...