Dijangka dapat mencapai $100 Juta di dalam Pendapatan Berulang Tahunan pada Awal 2020 Hanya Lebih Empat Tahun Selepas Penubuhan, Pelaburan Baharu Akan Membantu HeadSpin Memperkuat Kedudukan di dalam Ekosistem Awan
PALO ALTO, Calif., 27 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HeadSpin, syarikat yang memastikan pengalaman bersambung yang sempurna yang dibolehkan oleh web, mudah alih, loT dan 5G, hari ini mengumumkan satu pusingan pembiayaan Siri C $60 juta yang diketuai oleh Dell Technologies Capital dan ICONIQ Capital dengan penyertaan daripada pelabur institusi Tiger Global Management, Kearny Jackson, dan Kumpulan Alpha Square. Pusingan itu membawa jumlah keseluruhan yang dikumpulkan sejak penubuhannya kepada $117 juta. HeadSpin akan menggunakan pembiayaan itu untuk membangunkan penawaran produk baharu, mengembang ke dalam segmen pasaran baharu, dan mendalami kedudukan di dalam ekosistem awan.
HeadSpin juga mengumumkan bahawa Nikesh Arora, Pengerusi Ketua Pegawai Eksekutif bagi Palo Alto Networks, telah menyertai Lembaga Pengarah syarikat itu sebagai Pengerusi bagi Lembaga tersebut. Arora adalah bekas Ketua Pegawai Perniagaan di Google yang paling terbaharu berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi bagi SoftBank sebelum menyertai Palo Alto Networks.
Turut menyertai di dalam pusingan itu ialah pelabur malaikat atau individu kaya yang terkemuka, termasuk Jeff Weiner dari LinkedIn, Shiva Rajaraman dari We, Alex Will dari Calm, Akshay Kothari dari Notion, Derek Callow dari Bumble, Gokul Rajaram dari Caviar, Manik Gupta dari Uber, Amber Feng dari Stripe, Kevin Weil dan Andrea Moore dari Facebook, Sheila Tran dari OpenDoor, Sunil Pai dari AngelList, Jason Sew Hoy dari Supercast, Michael Katz dari mParticle, Cheryl Sew Hoy dari SVB, Thejo Kote dari Airbase, John Bonten dari Spotify, Lisa Kleinsorge dari Twitter, dan Ali Altaf dari Pinterest.
“Teknologi luar biasa HeadSpin telah memecahkan halangan dan mendefinisikan semula perbatasan bagi ujian, pemantauan, dan analisis merentasi peranti, lokasi dan rangkaian untuk memahami pengalaman pelanggan yang berkaitan. Ini bermakna perniagaan, pembangunan, devops iaitu satu set amalan yang menggabungkan pembangunan perisian dan operasi teknologi maklumat, dan pasukan produk boleh akhirnya berada di halaman yang sama dan menumpukan kepada perkara yang paling penting: menyampaikan pengalaman digital yang berkualiti tinggi dan inovatif yang dibolehkan oleh web, mudah alih, loT, dan 5G,” kata Nikesh Arora.
Memahami bahawa pengalaman bersambung yang dibolehkan oleh teknologi web, mudah alih, loT dan 5G telah menjadi titik utama bagi interaksi di antara syarikat dan pelanggan mereka, HeadSpin mengembangkan Platform Kecerdasan Bersambung™ atau Connected Intelligence Platform™ yang pertama di dunia untuk menyatukan pengujian, pemantauan dan analisis merentasi aplikasi, peranti, dan rangkaian. Ini membolehkan syarikat-syarikat untuk mengoptimumkan fungsian dan prestasi bagi pengalaman yang bersambung sepanjang kitaran hayat pembangunan itu dan merentasi ekosistem bagi perisian dan infrastruktur yang semakin kompleks yang digunakan untuk mencapai khalayak global pada hari ini.
“HeadSpin telah mencapai keputusan yang luar biasa dalam masa hanya empat tahun,” kata Deepak Jeevankumar, Pengarah Urusan, Dell Technologies Capital. “Bukan sahaja pasukan itu berjaya menguruskan pelaksanaan jualan yang luar biasa, ia juga telah menciptakan satu kategori penyelesaian baharu yang kini merupakan standard untuk bagaimana syarikat-syarikat pengguna dan perusahaan G2000 yang terbaik memastikan pengalaman bersambung yang hebat untuk pengguna dan pelanggan mereka. HeadSpin pada hari ini merupakan satu daripada syarikat perisian yang paling pantas meningkat yang saya lihat dalam 10 tahun saya melabur dan mempunyai potensi pertumbuhan yang benar-benar luar biasa.”
Sejak dilancarkan pada tahun 2015, HeadSpin telah menggandakan pendapatan tahunan mereka dari tahun ke tahun, memperoleh kepercayaan lebih daripada 1,000 pelanggan perusahaan dan pengendali telekomunikasi. Pelanggan perusahaan HeadSpin yang baharu termasuk Microsoft, Tik Tok, Bandai Namco Studios, Yahoo!, Uber, DeNA, AirBnB, Kohls, ByteDance, BYJUs, Optus, Australian Post, Telefonica, dan Walmart. Sebagai sebahagian daripada pengembangan mereka di peringkat antarabangsa, syarikat itu baru-baru ini telah membuka pejabat serantau di London, Berlin, dan Cape Town untuk menangani peningkatan permintaan pelanggan di Eropah, Timur Tengah dan Afrika.
“HeadSpin berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang pasaran yang besar ini ketika perusahaan beralih kepada menyediakan pengalaman digital dan mudah alih yang berkualiti lebih tinggi,” kata Manish Lachwani, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, HeadSpin. “Kami agak istimewa kerana dapat mengembangkan syarikat itu dengan pasukan, rakan dan pelabur kami yang sangat cemerlang.”
HeadSpin beribu pejabat di Palo Alto. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.headspin.io atau ikuti HeadSpin di Twitter (@headspin_io) dan LinkedIn.
Maklumat mengenai HeadSpin
HeadSpin adalah Platform Kecerdasan Bersambung™ atau Connection Intelligence Platform™ yang pertama di dunia yang menyediakan penyelesaian Web, Mudah Alih, loT, dan 5G untuk menyatukan pengujian, pemantauan, dan analisis merentasi aplikasi, peranti, dan rangkaian. HeadSpin memberi kuasa kepada pasukan-pasukan pembangunan, QA, operasi, dan produk untuk mengoptimumkan pengalaman bersambung dan memastikan kejayaan perniagaan digital. Ketahui mengapa HeadSpin dipercayai oleh sebahagian daripada perusahaan terbesar di dunia di https://www.headspin.io, di Twitter @HeadSpin_IO, dan di LinkedIn di https://www.linkedin.com/company/headspin/
Maklumat mengenai Dell Technologies Capital
Dell Technologies Capital adalah cabang pelaburan modal teroka global bagi Dell Technologies. Pasukan pelaburan itu menyokong pengasas peringkat awal yang penuh ghairah yang memperluaskan had bagi sebarang kemungkinan terhadap inovasi teknologi untuk perusahaan. Sejak ditubuhkan pada tahun 2012, pasukan itu telah mengekalkan kadar pelaburan sebanyak $150 juta setahun dan telah melabur dalam lebih daripada 100 syarikat permulaan, 40 daripadanya telah diperolehi dan 5 telah menjadi syarikat awam. Syarikat-syarikat portfolio juga mendapat akses unik kepada keupayaan pergi-ke-pasaran bagi Dell Technologies (Dell, Dell EMC, VMWare, Pivotal, RSA, Secureworks). Pelaburan yang ketara termasuk Adallom, Arista Networks, Cylance, Docusign, Graphcore, JFrog, MongoDB, Netskope, Nutanix, RedLock, RiskRecon, TwistLock, Wavefront dan Zscaler. Beribu pejabat di Palo Alto, California, Dell Technologies Capital mempunyai pejabat di Boston dan Austin. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.delltechcapital.com.
Maklumat mengenai ICONIQ Capital
ICONIQ Capital adalah sebuah firma penasihat dan pelaburan kewangan milik persendirian, dan sebuah rakan pilihan untuk usahawan, pemimpin dan institusi yang luar biasa di seluruh dunia. Firma itu melabur di dalam ekuiti pertumbuhan teknologi dan kelas aset hartanah dan menggunakan ekosistem yang tersendiri untuk membina perniagaan yang berterusan. ICONIQ adalah sebuah penasihat yang dipercayai yang memupuk hubungan strategik yang bermakna merentasi industri untuk mendapatkan idea yang mantap, meningkatkan impak global dan menyokong satu generasi baharu usahawan dan syarikat. Untuk satu senarai penuh pelaburan yang dibuat oleh ICONIQ Growth, sebuah anggota gabungan bagi ICONIQ Capital, sila layari di sini.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200225005402/en/
Hubungi
Sriram Krishnan
sriram@headspin.io
+1-408-601-0523
Sumber : HeadSpin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment