NEW YORK, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (“Kumpulan Aptorum”), sebuah syarikat farmaseutikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan terapeutik baharu bagi menangani keperluan perubatan global yang tidak dipenuhi, mengumumkan pengkomersilan tambahan diet untuk wanita yang sedang menopaus dan mengalami gejala-gejala berkaitan. Tambahan diet ini diperbuat daripada bahan bioaktif yang diekstrak daripada tepung keledek Cina mengandungi “DOI”, yang merupakan pendekatan bukan-hormon Kumpulan Aptorum bertujuan memenuhi trend dan menangani kebimbangan nutrisi para pengguna yang semakin banyak. Dianggarkan 1.2 bilion wanita di seluruh dunia akan mengalami menopaus atau pasca menopaus menjelang 20301. Pasaran tambahan diet kesihatan wanita global untuk gejala-gejala menopaus dijangka mencapai lebih ASD$50bn menjelang 2025 dengan kadar CAGR 16.4% (2016-2025)2. Buat permulaan, tambahan diet ini akan dikomersilkan dan dijual di Hong Kong; Syarikat sedang mendapatkan kelulusan kawal selia untuk memasarkan produk ini di lokasi-lokasi utama yang lain.
Sebagai sebahagian daripada usaha pengkomersilan, Kumpulan Aptorum, melalui anak syarikat milikannya Nativus Life Sciences Limited, memeterai perjanjian pengedaran serantau dengan Multipak Limited, kumpulan berpangkalan di Hong Kong yang mengoperasikan jenama-jenama isi rumah termasuklah uncang teh Luk Yu® dan produk-produk kesihatan berkaitan.
Melalui Multipak, Kumpulan Aptorum boleh meningkatkan akses produk ini kepada pangkalan pelanggan serantau yang besar. Pengeluaran tablet dioscorea opposita bioactive nutraceutical Kumpulan Aptorum ini telah bermula di Kanada dan akan dipasarkan di bawah jenama NativusWellTM.
Tablet Nativus’s NativusWellTM adalah tambahan diet semulajadi, bukan-hormon mengandungi DOI. Tepung keledek yang mengandungi DOI menggunakan pendekatan bukan-hormon bertujuan merangsang kesejahteraan am wanita yang sedang mengalami menopaus. Kajian saintifik pihak ketiga menunjukkan DOI, bahan bioaktif semulajadi dalam keledek Cina, didapati merangsang biosintesis estradiol, mencetuskan pengeluaran estradiol dan progesteron dan meningkatkan kepadatan tulang, dengan itu berpotensi mencegah kemaraan osteoporosis³, salah satu gejala biasa yang dikaitkan dengan menopaus4.
Untuk pembentangan umum lanjut, sila lawati: http://ir.aptorumgroup.com/static-files/bcf77574-7bd6-4b9d-8110-d53837238f16
Untuk pembentangan teknikal lanjut, sila lawati: http://ir.aptorumgroup.com/static-files/66346f79-7a03-474a-89be-0eaafaa00d9d
Mengenai Aptorum Group Limited
Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) adalah syarikat farmaseutikal yang komited untuk membangunkan dan mengkomersilkan terapeutik baharu bagi menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Kumpulan Aptorum sedang melaksanakan projek terapeutik di dalam penyakit yang jarang berlaku, penyakit berjangkit, penyakit metabolisme dan bidang penyakit yang lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai Aptorum Group, sila lawati www.aptorumgroup.com.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13112
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment