Wednesday, February 12, 2020

MOENGAGE MENGUMPULKAN $25 JUTA DALAM PUSINGAN PELABURAN SIRI C, DIKETUAI OLEH EIGHT ROADS VENTURES


Table

Pasukan MoEngage (Foto: Business Wire)


Dengan penyertaan dari F-Prime Capital, Matrix Partners India dan Ventureast


JAKARTA, Indonesia, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setelah baru-baru ini mencapai Kecekapan Runcit Perkhidmatan Web Amazon (AWS), MoEngage, sebuah platform analisis pelanggan dan penglibatan rentas saluran pintar, telah mengumpulkan $25 Juta dalam pembiayaan Siri C. Eight Roads Ventures mengetuai pusingan itu dengan penyertaan daripada dana kembar mereka yang berpangkalan di Amerika Syarikat, F-Prime Capital, bersama dengan Matrix Partners India dan Ventureast. Pusingan baharu bagi pembiayaan akan digunakan untuk memperdalamkan perhubungan di Asia, mengintegrasikan keupayaan termaju ke dalam campuran produk dan operasi skala di Amerika Syarikat dan Eropah, dua pasaran MoEngage yang paling pesat berkembang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200211005891/en/ 

“Pusingan terbaharu bagi pembiayaan akan membantu kami menjangkau kepada lebih banyak jenama dan memperkasakan mereka dengan platform penglibatan pelanggan generasi akan datang yang dibina untuk dunia pertama mudah alih yang lebih mudah untuk digunakan, bersepadu sepenuhnya dan pintar,” kata Raviteja Dodda, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, MoEngage Inc. “Kami juga mengalu-alukan pengalaman dan kepakaran luas yang dibawa oleh Eight Roads Ventures dan F-Prime Capital ke dalam bilik lembaga pengarah dengan pelaburan ini.”

MoEngage memusatkan analisis tingkah laku pengguna, pandangan dan automasi pemasaran ke dalam satu papan pemuka di mana jenama boleh melibatkan diri dengan pelanggan mereka merentasi saluran dan memperibadikan titik sentuh.

“Peningkatan pesat bagi mudah alih telah meningkatkan kerumitan mengenai bagaimana perusahaan pertama digital dan yang memberi tumpuan kepada pengguna berinteraksi dengan pelanggan. Pemasar kini perlu melibatkan secara lancar dengan pelanggan di dalam satu cara yang bersifat peribadi dan tepat masa merentasi saluran yang berbeza,” kata Shweta Bhatia, Rakan di Eight Roads Ventures. “Apa yang membezakan MoEngage daripada platform penglibatan yang lain adalah gabungan keupayaan perjalanan pelanggan mereka yang sentiasa berkembang yang dibolehkan oleh AI, kebolehakses saluran terbaik industri dan sokongan pelanggan yang terkemuka. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Raviteja dan pasukan beliau ketika mereka berusaha untuk berkembang secara global.”

“MoEngage telah mendapat kepercayaan pelanggan-pelanggan perusahaan yang bernilai  di seluruh dunia dan terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemimpin pasaran di dalam ruang analisis dan penglibatan pelanggan pertama mudah alih. Kami berasa istimewa kerana dapat menjadi rakan awal dengan Raviteja dan pasukan itu dan kerana mempunyai pandangan jelas mengenai perjalanan perkembangan mereka. Kami mengalu-alukan Eight Roads dan F-Prime kepada perkongsian itu,” kata Tarun Davda, Pengarah Urusan, Matrix India.

Platform AI dan automasi MoEngage melakarkan perjalanan pelanggan dan membangunkan tawaran, kemas kini, cadangan dan komunikasi lain yang personalisasi hiper merentasi mudah alih, web, e-mel dan SMS – oleh itu menyampaikan suatu pengalaman saluran semua arah. Beratus-ratus jenama global merentasi 35 buah negara menggunakan MoEngage untuk menyambungkan lebih 400 juta pengguna aktif setiap bulan, memproses lebih daripada 65 bilion interaksi dan lebih 40 bilion pesanan setiap bulan.

MoEngage telah dipaparkan di dalam Gartner Magic Quadrant untuk Platform Pemasaran Mudah Ahli sebanyak dua kali berturut-turut dan telah menerima Penarafan Pelanggan Keseluruhan Paling Tinggi (4.6/5) pada Laporan ‘Voice of the Customer’ Gartner Peer Insights 2019. Syarikat itu mengambil kira beberapa jenama unikorn dan perusahaan sebagai pelanggan mereka, termasuk Deutsche Telekom, CIMB Bank, Travelodge, Samsung, McAfee, Vodafone, Future Retail, Landmark Group, Mashreq Bank bersama-sama dengan jenama pertama internet seperti Ola, OYO, Bigbasket, dan Tokopedia. Hari ini, pelanggan perusahaan menyumbang hampir 50% daripada jumlah pendapatan MoEngage.

“Di Kredivo, misi kami adalah untuk meningkatkan akses kepada kredit kepada generasi millennial yang tidak mempunyai akses yang mencukupi kepada perkhidmatan kewangan arus perdana dengan menyediakan kredit yang pantas, mampu dimiliki dan mudah diakses secara langsung kepada telefon bimbit mereka. MoEngage telah menjadi sebuah rakan yang bernilai di dalam membantu kami menganalisis tingkah laku pelanggan kami dan meningkatkan pengekalan dan penglibatan melalui pengalaman peribadi merentasi pelbagai saluran.”

- Akshay Garg, Ketua Pegawai Eksekutif, FinAccel (menjanakan Kredivo, platform kredit segera yang terkemuka di Indonesia)

Maklumat mengenai MoEngage

MoEngage adalah sebuah platform penglibatan pelanggan yang pintar, yang dibina untuk dunia pertama mudah alih. Dengan keupayaan automasi, pengoptimuman yang dijanakan oleh AI, dan analisis yang terbina dalam, MoEngage membolehkan personalisasi hiper pada skala merentas pelbagai saluran seperti tekan mudah alih, e-mel, aplikasi dalam, tekan web,  pesanan di laman, dan SMS. Jenama-jenama Fortune 500 merentasi lebih 35 buah negara seperti Deutsche Telekom, Samsung, Vodafone dan McAfee bersama-sama dengan jenama pertama internet seperti Ola, OYO, Bigbasket, dan Tokopedia menggunakan MoEngage untuk menguruskan kempen rentas saluran mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penglibatan pengguna saluran semua arah dengan MoEngage, sila layari laman web kami di www.moengage.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200211005891/en/

Hubungi

MoEngage | Suraj Dubey | +91 9036324705 | suraj@moengage.com

Sumber : MoEngage
 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...